Petua
10 Tips Moden Bersihkan Tandas Kuning & Kotor Dengan Pantas, Dijamin Mudah & Berkesan

10 Tips Moden Bersihkan Tandas Kuning & Kotor Dengan Pantas, Dijamin Mudah & Berkesan
Kerja rumah yang paling kita malas hendak buat semestinya bersihkan tandas terutamanya mangkuk tandas di rumah. Kalau disuruh, mulalah kita tolak tanggungjawab itu kepada orang lain. Selagi tandas tidak berkilat, selagi itulah kita tidak berhenti menyental. Jangan risau, ini adalah tips paling terkini bagaimana untuk bersihkan tandas dengan pantas, dan mudah menggunakan bahan-bahan yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan pun selama ini.
Bersihkan tandas selalu, boleh hindarkan penyakit dalam rumah?
Keutamaan tandas yang bersih memberi kesan kepada kesihatan seisi rumah. Hal ini kerana, keadaan pada zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Di mana tandas pada zaman dahulu diasingkan di luar rumah jauh dari ruangan atau bilik yang lain. Sedangkan tandas moden hari ini terletaknya di dalam rumah dan sangat hampir dengan bilik tidur.
Kita mungkin tidak perasan kuman tersebut berasal atau boleh tersebar dari tandas, tetapi ianya memang terbukti ada. Kajian daripada Jabatan Seni Bina dan Kejuruteraan Sivil Universiti City mendedahkan banyak bakteria ada di tandas termasuklah titisan air ketika tandas dipam.
Jadi tidak hairanlah sekiranya tandas yang bersih banyak dibicarakan umum sebagai rumah yang sihat.
Berapa kerap perlu bersihkan tandas?
Persoalan ini sentiasa berlegar-legar dalam fikiran kita khususnya kepada ibu-ibu muda yang baru mendirikan rumah tangga. Seberapa kerap anda bersihkan tandas, ia bergantung kepada berapa orang yang menggunakannya. Jika hanya anda seorang yang guna mungkin ia lebih terjaga dan tidak akan mudah kotor.
Walau bagaimanapun yang terbaik adalah bersihkan dan cuci tandas setiap hari. Hal ini kerana, setiap hari juga tandas digunakan untuk anda mandi, membuang air, menggosok gigi, dan sebagainya. Mungkin anda rasa macam susah sahajakan?
Sebenarnya tidak susah pun. Untuk menjimatkan masa, ketika anda mandi atau basuh kain boleh basuh tandas sekali. Kalau tandas dibasuh setiap hari, ia akan mengelakkan dari pertumbuhan kulat bilik air yang menyebabkan mangkuk tandas kuning dan kehitaman.
Namun jika anda memang tidak ada masa, cukuplah bersihkan tandas dua atau tiga kali seminggu sahaja.
Tips bersihkan tandas dengan bahan-bahan di rumah
Ramai yang tidak tahu, kita tidak perlu keluar beratus ringgit untuk mendapatkan tandas yang bersih. Hanya gunakan bahan-bahan di rumah sahaja, ia sudah membantu kerja rumah lebih mudah.
1. Minuman coca-cola
Selalu ia di minum, kali ini digunakan untuk membersihkan tandas pula. Minuman ringan berkarbonat ini dapat membersihkan kotoran degil dan karat di mangkuk tandas kita. Yang penting setelah tuangkan ia di sekeliling mangkuk tandas, jangan lupa untuk biarkan seketika sekurang-kurangnya 1 jam.
Asid yang terkandung di dalam Coke akan mula bertindak “melemahkan” kotoran degil. Untuk hasil yang lebih baik, dicadangkan anda untuk tinggalkan ia selama semalaman.
2. Pumice stone
Sesetengah orang memanggil sebagai batu asah tumit atau nama yang lebih glamour adalah pumice stone. Batu ini bertindak sebagai scrub yang amat berkesan menghilangkan daki di celah-celah jubin tandas anda.
3. Cuka
Cuka mengandungi bahan berasid dan mempunyai nilai PH rendah. Bukan sahaja merupakan bahan untuk masakan, malah ia juga boleh digunakan untuk mencuci tandas. Rata-rata pengguna yang telah menggunakan cara ini berpuas hati kerana cuka dapat menjalankan kerja sebagai agen untuk membersihkan kotoran, dan dalam masa yang sama mengembalikan serta mengilatkan semula warna jubin kepada rupa asal.
4. Hidrogen peroksida
Hidrogen peroksida selamat dan berkesan sebagai pembasmi kuman. Untuk membasmi kuman di tandas anda, tuangkan setengah tutup hidrogen peroksida ke dalam mangkuk tandas. Kemudian, biarkan selama 30 minit dan flush sehingga bersih.
5. Fizzy Toilet Bomb
Fizzy Toilet Bomb adalah bahan yang larut dalam air, dan akan mengeluarkan bau yang sangat harum. Jika anda ingin tandas lebih wangi, lebih baik gunakan fizzy toilet bomb sahaja berbanding bahan pewangi lain yang di jual di pasaran.
6. Minyak baby
Manfaat minyak baby bukan sahaja sesuai digunakan untuk melembapkan kulit bayi, malah kandungan utamanya juga boleh gunakan untuk mengilatkan kepala pili air di singki tandas.
Beberapa kandungan utama yang biasa ditemukan dalam baby oil seperti mineral oil, vitamin E, vitamin A, minyak zaitun, dan minyak almond adalah agen pengilat untuk lebih menawan.
7. Pengilat kuku
Kegunaaan pengilat kuku sama juga seperti minyak baby, namun ia mempunyai tambahan sebagai agen anti karat. Boleh digunakan khususnya di bahagian skru dan bolt nut sesuatu benda seperti penutup mangkuk tandas dan sebagainya. Apabila karatnya kurang, maka skru itu akan tahan lama, dan mengelakkan ia dari longgar.
8. Air mendidih
Antara banyak tips yang diberikan, ini adalah yang paling mudah kerana hanya memerlukan air sahaja. Untuk lebih berkesan, gunakanlah air yang mendidih kerana ia mampu untuk melembutkan kotoran yang melekat pada simen atau mana-mana alatan di dalam tandas.
Caranya, tuang dahulu keliling jubin tandas dengan air panas, kemudian biarkan seketika. Selang beberapa minit, barulah anda gosok atau bersihkan. Sekiranya lubang tandas atau singki anda tersumbat, ia juga boleh digunakan untuk melancarkan pengaliran air.
9. Bubble wrap
Selalu kalau kita beli barang online, biasanya bubble wrap ini kita akan buang dalam tong sampah. Eh, tunggu dulu!
Lapisan bubble wrap boleh menjadi bahan penebat untuk memastikan bahan luar tangki tandas daripada menjadi terlalu sejuk.
10. Botol plastik
Penjimatan air sangat memainkan peranan yang penting dalam menjimatkan kos bil setiap bulan. Dengan menggunakan botol plastik kosong, anda boleh berjimat.
Caranya, isi botol plastik yang tidak digunakan lagi dengan satu atau dua inci pasir. Kemudian, tambahkan air di bahagian atas. Skru penutupnya lalu letakkan botol di dalam tangki tandas anda. Ianya dapat mengurangkan penggunaan air setiap kali anda flush tandas.
Belum cuba belum tahu. Sudah cuba, mesti gembira selalu. Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk membersihkan tandas dengan lebih kreatif dan efektif.
Sumber: thespruce
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.