Connect with us

Kisah

Remaja KemaI4ngan Ketika Dalam Perjalanan Menuju Ke Tempat Dia Berkhidmat Sebagai Guru Mengaji Dan Asas Pengajian Agama, Kem4t!annya Dicembvrui Dan Menjadi Bualan Ramai

Published

on

wgewdg

Remaja KemaI4ngan Ketika Dalam Perjalanan Menuju Ke Tempat Dia Berkhidmat Sebagai Guru Mengaji Dan Asas Pengajian Agama, Kem4t!annya Dicembvrui Dan Menjadi Bualan Ramai

Setiap yang h1dup pasti akan mer4sai m4ti. Ramai yang mend4mbakan kem4t1an atau pengakh1ran yang baik iaitu disebut sebagai “husnul khatima”. Pengakh1ran yang mulia, itulah kata-kata yang tepat digambarkan kepada Muammar Ashraf Ahmad Faizul, 21, yang kem4t!annya dicembvrui dan menjadi bualan ramai.

Pengebum!annya di Tanah Perkub0ran Islam Sungai Karang, Kuantan pada Jumaat lalu sangat lancar dan diiringi r!buan orang dari dekat atau jauh termasuk guru yang pernah mend1diknya, rakan pengaj1an, kenalan, keluarga serta pendvduk setempat.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu memiliki sif4t yang sangat istimewa kata bapanya, Datuk Ahmad Faizul Ghazali, 44.

Bukanlah tujuan saya berbangga mendɛd4hkan s1fat anak kepada khal4yak bagi saya semua orang ada kebaikan mas1ng-masing cuma ini lebih kepada insp1rasi, dakw4h dan teladan sekal1gus menj4wab pertanyaan (kebaikan Muammar) diajukan kepada kami sebelum ini.

“Muammar adalah se0r4ng anak yang sangat penyayang kepada orang tua, ibu bapa dan ad1k-berad1knya, mal4h kasih sayangnya dan peranannya seperti anak sulung.

“Rut1nnya, dia sering bangun malam menunaikan s0lat taub4t dan hajat untuk keselam4tan kami semua.

Muammar juga lebih suka memilih berk4wan dengan orang terbu4ng (yang tidak dipand4ng atau dijauhi orang lain) itu caranya memul1akan dan memberi s0k0ngan terhadap orang itu.

arw4h juga amat penyayang dengan ha1wan seperti uI4r, kuc1ng dan burvng seb0leh mungkin dia akan cuba mencar1 jalan untuk membantu,” katanya.

Menvrutnya, peluang meny4ksikan waj4h Muammar yang tenang ketika memand1kan jen4zahnya bersama guru pengaj1an anaknya itu menjadi satu pengal4man yang tidak dapat digamb4rkan dengan kata-kata.

Kead4an j4sad Muammar suci bers1h. Waj4hnya sangat tenang seperti t1dur nyenyak.

Urusan pengebvm1annya sangat l4ncar dan cepat serta dip1mpin seorang t0koh al-Quran dari Syria, Syeikh Must0fa Zaidan yang turvt bersama sej4k awal lagi.

Keh1Iangannya memang tiada galang g4nti dan suatu keh1Iangan bes4r buat kami, tetapi kami sangat terh4ru mengenangkan cara dia perg1 dengan segala kurniaan Allah ini sed1kit sebany4k membaluti segala kɛduk4an kami semua.

K4mi red4 dan meng4nggap ada h1kmahnya mud4h-mud4han dapat menvmpang syafaat darinya,” katanya sambil menjel4skan anaknya itu adalah penvntut Maahad Tahfiz Al-Quran Pandang Rengas, Kuala Kangsar.

Ahmad Faizul berkata, mem4ng ada perub4han ketara Muammar tunjvkkan sej4k sebulan sebelum pemerg1annya lagi, namun mereka sekeluarga tidak terlalu memik1rkannya.

Sehari sebelum kem4langan, dia beriya-iya minta meng4dakan majlis sambut4n hari lah1rnya walaupun tarikh lah1rnya pada 7 Ogos.

Dia mendes4k supaya buat awal sebab macam tak semp4t katanya.

Seb4gai bapa, saya bel1lah barang keperlvan termasuk k3k dan bel0n demi menvruti kehend4knya.

Pada malam itu, dia ada memberitahu k3k ini yang terakh1r dia makan, selepas ini t1dak dap4t makan lagi.

Kami juga tidak terfikir apabila dia juga mem4klumkan bulan Ogos nanti tidak semp4t meny4mbut kelah1rannya selain ker4p meminta mer4kam gambar ken4ngan, katanya.

Menurvtnya, Muammar kemaI4ngan pada kees0kkan harinya ketika dalam perj4lanan menuju ke temp4t dia berkh1dmat sebagai guru meng4ji dan asas peng4jian agama sej4k Per1ntah Kawalan Perger4kan (PKP).

Muammar menunggang m0tos1kal dari rumah kami di Sungai Karang meng1ringi datuknya yang berkereta ke rumahnya di Batu H1tam, Beserah pada 6.30 petang, 7 Julai lalu.

Selepas sel4mat mengh4ntar datuknya pulang, dia ke temp4t meng4jar di Cenderawas!h kira-kira 10 kil0meter dari Batu H1tam sebelum terbab1t dalam kemaI4ngan di s1tu.

M0t0s1kal yang ditungg4ngnya bertembung dengan sebuah kender4an h1ngga menyeb4bkan bahunya pat4h dan par4h di kep4Ia, katanya.

Muammar k0ma selama dua hari selepas sel4mat menj4Iani pembed4han membu4ng pend4rahan di kep4Ianya.

Pemer1ksaan d0ktor menges4hkan Muammar meng4lami keret4kan pada tempvrung kep4Ianya serta pend4rahan tervk di bah4gian 0tak.

Selep4s selesai pembɛd4han, dia k0ma dan memerlvkan b4ntuan mes1n pern4fasan seh1nggalah kira-kira 10 pagi pada Jumaat lalu, d0ktor menges4hkan pelu4ngnya t1pis apab1la 0taknya tidak berfvngsi.

Ketika itu kami dapat l1hat keadaan Muammar sed4ng n4zak apab1la tangan kak1nya sem4kin sejvk dan perl4han-lah4n menghembvskan naf4s ter4kh!r sebelum mes1n pernaf4san dim4t1kan pada 11 pagi.

Seb4gai bapa, det1k itu mem4ng satu per4saan yang sangat meny4yat hat1 apatah lagi mengen4ngkan sif4tnya yang sangat ist1mewa bagi kami semua,” katanya.

Kredit: blogammar

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending