Connect with us

Pendidikan

Kisah Penuh Inspirasi, Puan Nurul Huda Mengenai Caranya Mendidik Anak Mengikut Panduan Islam, Apa Yang Membanggakan, Sebelum Usia 5 Tahun, Anak Perempuannya Dah Pun Berjaya Khatam Al-Quran Sebanyak 4 Kali

Published

on

DFHBRG

Kisah Penuh Inspirasi, Puan Nurul Huda Mengenai Caranya Mendidik Anak Mengikut Panduan Islam, Apa Yang Membanggakan, Sebelum Usia 5 Tahun, Anak Perempuannya Dah Pun Berjaya Khatam Al-Quran Sebanyak 4 Kali

Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah. Apa yang kita tunjuk dan lakukan untuk anak-anak, semua itu akan menjadi pegangan buat mereka hingga besar.

Kisah penuh inspirasi seorang ibu ini, Puan Nurul Huda mengenai caranya mendidik anak mengikut panduan Islam sangat hebat. Apa yang membanggakan, sebelum usia 5 tahun, anak perempuannya dah pun berjaya khatam al-Quran sebanyak 4 kali. Tanpa p4ksaan tetapi semua itu dilakukan dengan cara yang menyeronokkan.

5652

Mengenal al-Quran seawal usia 3 tahun

Atas permintaan ramai Mommy nak share sedikit pengalaman Nur Madeena dapat mengenal Al-Quran seawal 3 tahun dan dapat khatam sebelum umur 4 tahun. Semua ni dengan izin Allah jua.

Tiada lain yang mampu melainkan Dia. Alhamdulillah.. Tapi apa-apa pun bermula dari kita sebagai mak ayah. Kita nak anak mengaji jadi kita pun kena mengaji. Kita hadkan masa kita dengan hp, tapi kita banyakkan masa kita dengan al-Quran. InsyaAllah anak pun akan ikut kita.

Itu pengalaman Mommy, Mommy kurangkan pegang hp. Lepas tu kenal dia Allah, sayang Allah, ajarkan dia menutup aurat seawal mungkin, ajar dia bab malu, ajarkan dia s0lat. Nak ajar s0lat jangan kita ajarkan tapi ajak dia s0lat sama.

5651

Mula soIat seawal usia setahun setengah

Nur Madeena s0lat seawal setahun setengah. Ikut dia la s0lat macam mana pun. Tapi lepas dah pandai ngaji, ajar dia bacaan dalam s0lat. Biar mak ayah orang pertama ajarkan anak-anak s0lat sebab dia s0lat insyaAllah kita pun akan dapat ganjaran.

Jadi kalau dia s0lat sampai akhir hayatnya, insyaAllah ganjarannya sampai ke akhir hayatnya juga. Rugi kita sebagai mak ayah kalau s0lat tiang agama kita harap guru yang ajarkan. Alhamdulillah sekarang Nur Madeena dah tak tinggal s0lat.. Subuh pun dia bangun.. Cuma perlu diperbetulkan lagi s0lat dia.. Apa-apa pun mak ayah perlu mulakan..

PERDENGARKAN AL-QURAN SEJAK AWAL KANDUNGAN

5650

1- Hampir semua sahabat-sahabat Mommy tahu Mommy lambat dapat Nur Madeena kan.. 5 tahun penantian baru dapat dia.. Berkat doa di Tanah Suci, sebulan balik dari Tanah Suci Allah hadirkan Nur Madeena dalam rahim Mommy..

Sebab tu namanya di beri sempena namanya MADINAH.. Mudahan dengan namanya Nur Madeena dijauhi dari fitnah Dajjak seperti mana haramnya Dajjal memasuki kota Madinah..

2- Seawal usianya dalam kandungan, Nur Madeena tak pernah sekali pun terlepas dari mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.. Sebab setiap hari Mommy ajar mengaji jadi memang dari awal kandungan setiap hari Nur Madeena akan dengan orang mengaji..

Mommy pun akan mengaji setiap hari untuk dia.. Selama hampir 9bulan10hari Nur Madeena dalam kandungan, Mommy akan bangun tahajjud dan mengaji dengan Nur Madeena(janin dalam rahim)..

SEAWAL UMUR SEBULAN DIA SELALU PEGANG DAN BELEK AL-QURAN

5649

1- Lepas Nur Madeena lahir dan lepas Mommy habis pantang, pada usia sebulan Mommy biasakan dia dengan naskah Al-Quran.. Letakkan dia dengan Al-Quran.. Lepas habis pantang, Mommy pun start mengajar balik.. Jadi Nur Madeena duduk di tepi Mommy ja teman Mommy ngajar.. Letak Al-Quran kat dia satu..

2- Bila dia mula meniarap, bagi dia pegang Al-Quran, selak-selak Al-Quran tu.. Selalunya mak-mak mesti tak bagi pegang kan sebab t4kut dikoyakkan.. Takpa, biarkan je.. Biar dia biasa dengan tulisan Al-Quran..

3- Bila dia dah boleh duduk, Mommy letak satu meja dan Al-Quran atau buku Iqra kat dia.. Duduk sama-sama budak-budak ngaji.. Biarkan ja dia.. Kalau koyak jangan di marah tapi cakap, jaga baik-baik nah.. InsyaAllah Allah akan bagi kefahaman kat dia.

BIAR DIA DUDUK DENGAN BUDAK2 MENGAJI LAIN DAN MENGAJI IKUT CARA DIA

5648

1- Bila dah pandai bejalan, dah reti sikit berkawan Mommy biar dia mengaji dengan kawan-kawan ngaji.. Ikut cara suka dia ja dia bunyi. Dia ikut orang bunyi dia pun bunyi sambil tunjuk-tunjuk huruf kat buku Iqra.

2- Sambil-sambil tu Mommy ajar dia jugak tapi jangan p4ksa.. Ikut je dia.. Masa tu baru setahun lebih

MULA FOKUS AJAR IQRA PADA US1A 2 TAHUN 5 BULAN

5647 1

1- Bila dia dah biasa dengan suasana mengaji Mommy pun mula lah ajar dia iqra 1.. wahh sangat mencabar tau.. Bukan senang.. Yang penting jangan p4ksa.. Ikut mood dia, biar dia seronok mengaji, bukan terp4ksa mengaji..

2- Masa tu dia masih menyusu badan, jadi setiap kali nak menyusu Mommy akan cakap mengaji dulu baru susu.. Jadi kalau 5x menyusu, 5x la mengaji.. (masa ni bulan 5 2018)

3- Alhamdulillah lepas hampir 2 bulan dia dah habis iqra 1.. Tapi bukan senang tau.. Banyak dramanya.. Ya, Nur Madeena tak pelat jadi situ satu kelebihan untuk Mommy gunakan..

Kalau ada anak-anak pelat, jangan risau sebab insyaAllah ajar ngaji lama-lama dia takkan pelat.. Itu pengalaman Mommy ajar budak-budak ngaji..

4- Alhamdulillah sampai bulan 11 2018 Nur Madeena dah masuk iqra 3.. Ambik masa lama kan.. Sebab macam-maca, drama nak kena layan. Tapi kita layan je dia.

Tapi masa bulan 12 2018, budak-budak ngaji ramai cuti.. Jadi Nur Madeena pun ada jugak la skip mengaji.. Masuk bulan 1 2019 Nur Madeena dah banyak lupa. Allah.. Jadi Mommy kena ambik satu tindakan drastik..

5647

Kena ada target.. Bulan 1 2019 Mommy ulang balik iqra 2.. Lepas tu disiplinkan dia kena ngaji paling kurang 3x sehari.. Selalunya 4x sehari.. Pagi, lepas zohor, lepas asar dan lepas maghrib.. Setiap satu sesi 10minit je.. Jangan lama.. Ini cara Mommy.. sebab budak-budak boleh serap apa diajar lebih kurang 5-10minit saja.. Lebih dari itu ke laut. Kalau ada yang mampu sampai 15 minit itu bonus.

5- Yang penting disiplin dan reward. Contoh reward bagi satu hari cuti ngaji.. Nur Madeena dapat cuti pun kadang-kadang tanya lagi, hari ni nak ngaji pukul berapa?

Alhamdulillah dari bulan 1 sampai bulan 4 dia berjaya habiskan sampai iqra 4.. Ingat, anak-anak kena puji, kena belai.. Masa Nur Madeena ngaji Mommy banyakkan belai kepala dia tangan dia.. Anak kita kan, jadi belai je.. Sambil-sambil tu selawat.

6- Bulan 4 2019 Mommy sekeluarga dapat jemputan ke Tanah Suci. Ini pun berkat doa Nur Madeena sebab dia nak sangat mengaji depan Kaabah. Hari-hari doa.. Jadi Tok dia pun nak tunaikan impian dia, Tok dia dengar doa Nur Madeena..

Dapatlah Nur Madeena ngaji depan Kaabah.. Masa tu dia ngaji iqra 4 lagi.. Di sana dia banyak doa nak cepat baca Al-Quran nak cepat khatam..

7- Lepas balik sini, pertengahan bulan 5 masa tu bulan Ramadhan Alhamdulillah Nur Madeena dah masuk Al-Quran.. Semangat dia nak baca..

DISIPLlNKAN LAGI DIA DENGAN AL-QURAN

1- Sejak dia masuk Al-Quran Mommy suruh dia mengaji 1 hari 5 kali (wajib).. Kalau balik kampung atau bercuti bawak Al-Quran jugak dan mengaji sekurang-kurangnya 2x sehari.. Sekali mengaji 3muka surat..

2- Jangan p4ksa tapi cerita kenapa kena mengaji.. Mommy selalu ceritakan, dalam kvbur nanti Al-Quran akan teman kita, akan jadi lampu kita sebab dalam kubvr gelap.. Tanya dia sayang Allah dak, kalau sayang ngaji banyak-banyak sebab Allah nak bagi hadiah..

Dalam kubvr banyak uI4t, uI4r, c4cing.. Kalau tak ngaji nanti semua g1git-g1git dan makan badan kita.. Jadi bila cerita macam tu dia akan suka mengaji dan nak ngaji banyak.. Sampai kadang-kadang Mommy bagi cuti, dia akan tanya kenapa tak ngaji hari ni..

3- Dia mula hafal lepas masuk juzuk 2.. Masa tu bacaan dah lancar.. Mula hafal surah An-Nas.. Mommy rasa sus4h jugak nak suruh dia hafal sebab baru 3 tahun..

Nak suruh baca ulang-ulang bukan dia nak.. Jadi Mommy ajar dia baca sekali lalu surah tu.. Lepas 3,4 hari dia dah boleh hafal.. (bab hafazan kalau ada nak tahu kita share lain sebab panjang jugak)

4- Alhamdulillah pada umur 3tahun 10bulan pada bulan 10 2019 Nur Madeena dah selesai khatam untuk pertama kali. Allah, macam tak pecaya.. Dalam masa 5 bulan dia dah khatam.. Tok dan wan happy sangat depa pun buat kenduri besaran..

6- Alhamdulillah bulan 3 2020 Nur Madeena selesai khatam kali kedua pulak.. Dan dah hafal hampir satu juzuk dalam juzuk ke 30..

7- Jadual mengaji Nur Madeena, lepas s0lat subuh baca surah Al-Kahfi 1-10 & 100-110, lepas s0lat dhuha baca surah Al-Mulk, lepas s0lat zohor mengaji tempat dia mengaji, lepas s0lat asar mengaji tempat ngaji, lepas s0lat maghrib ngaji lagi.. Itulah rutin Nur Madeena.

AMALAN MOMMY UNTUK NUR MADEENA

1- Buat air penerang hati- Mommy buat air penerang hati untuk Nur Madeena setiap hari.. Setiap hari dia kena habiskan air tu (1botol mineral kecil)

2- Bacakan alfatihah, ayat qursi, surah taha 1-5, selawat tafrihiyyah (niatkan apa yang kita nak untuk dia) dan tiup pada ubun-ubun dia setiap kali dia tidur..

3- Banyakkan belai dan selawat pada ubun-ubun

4- Baca doa Nabi Muhammad kepada Ibnu Abbas r.a اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allahumma faqqihhu/ha fiddin wa a’llimhu/ha ttakwil -hu bagi lelaki, ha bagi perempuan) Jangan pernah tinggal doa ni. Baca sebelum dia mula mengaji dan tiup pada ubun-ubun.

5- Bila suapkan makan pada anak doakan untuk dia sambil suap.. Selawat banyak-banyak

6- Selawat Tafrijiyyah jangan tinggal, amalkan setiap hari.. Setiap kali selawat niatkan apa yang kita hajatkan.. InsyaAllah Allah buka jalan untuk kita..

7- Jaga pemakanan anak-anak kita..

8- Selalu doakan dia jadi anak solehah luar biasa.. Dan selalu panggil dia “anak solehah luar biasa sayang mommy”

KAEDAH AIR PENERANG HATI

  • Selawat tafrijiyyah 3x
  • Baca Al-Fatihah 1x
  • Baca Ar-Rahman 1-6, Al-Qiyamah 16-19, Al-Buruj 21-22
  • Doa Rasulullah pada Ibnu Abbas
  • Niatkan hajat untuk anak dan tiupkan
  • Doa seorang ibu lebih hebat dari doa seorang wali.. Jadi ibu-ibu, mak-mak semua jom doa untuk anak-anak.. Ini saja pengalaman Mommy dengan Nur Madeena. InsyaAllah bila anak-anak boleh mengaji, anak-anak jugak cepat belajar yang lain. Percaya kalimah Allah itu keajaiban Allah untuk kita.

pengalaman Mommy ni hanya biasa-biasa saja. Kita doa, kita dapat, kita amal kita rasa.. Anak-anak kita, kita yang corakkan.

Kredit: Nurul Ismail

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Published

on

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal melalui satu perubahan besar yang dilihat mampu memberi manfaat kepada guru dan pelajar apabila semua 58 buah MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa.

Apa yang menarik perhatian, warden-warden ini bukan lagi terdiri daripada guru, sebaliknya akan dipilih daripada bekas anggota beruniform yang melalui tapisan ketat serta latihan khas.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu diambil bagi membolehkan guru memberi fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar, mendidik dan membentuk kemenjadian pelajar.

“Bermula tahun depan semua 58 buah MRSM akan ada warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Menurut beliau, warden yang dipilih bukan sekadar menjaga disiplin atau rutin harian di asrama, tetapi memainkan peranan besar sebagai pendidik watak dan ibu bapa kedua kepada pelajar.

Mereka akan bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar terjamin, disiplin sentiasa terkawal serta membantu membentuk sahsiah, nilai kasih sayang dan keperibadian pelajar.

Dalam masa sama, pelaksanaan warden sepenuh masa ini juga memberi ruang kepada guru untuk lebih memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran, pembangunan potensi pelajar dan aspek pembelajaran secara lebih mendalam.

Sebelum ini, dua MRSM iaitu MRSM Besut di Terengganu dan MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang menjadi antara perintis kepada penggunaan warden daripada bekas anggota beruniform.

Warden yang dipilih perlu menjalani beberapa siri tapisan termasuk sesi temu duga komprehensif bagi memastikan mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

Langkah ini dilihat sebagai satu usaha serius untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan pembangunan pelajar di asrama lebih terjaga tanpa membebankan guru.

Ramai melihat keputusan ini sebagai perubahan positif kerana guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan, manakala warden pula memainkan peranan lebih khusus dalam membimbing kehidupan pelajar di asrama.

Pendekatan MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa ini juga seiring dengan ketegasan MARA yang sebelum ini menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku, namun tetap mengutamakan pendekatan mendidik, memulih dan berlaku adil kepada pelajar.

 

Sumber : FB

 

Baca lagi : Mohd Fadli Mencadangkan Sudah Masanya Mewujudkan Jawatan Khas Sebagai Warden Asrama Seperti Warden Penjara – Majalah Ilmu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

Pendidikan

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

Published

on

pasti

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.

Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.

Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.

“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.

Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka

Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.

Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.

keluarga pasti

Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan

Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:

  • “Ibu”

  • “Duduk”

  • Nombor “satu, tiga, empat”

Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.

“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.

Hantar Anak Ke PASTI,

Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati

Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.

Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.

“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”

Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal

Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.

Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.

Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu

Continue Reading

Trending