Connect with us

AGAMA

Kisah Peristiwa Badar Titik Penting Sejarah Dunia, Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan

Avatar of majalahilmu

Published

on

Kisah Peristiwa Badar Titik Penting Sejarah Dunia Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan

Kisah Peristiwa Badar Titik Penting Sejarah Dunia, Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan

Ia bukan sekadar salah satu kisah dari perjuangan Rasulullah saw yang panjang, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra yang panjang dan silih berganti. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Ia adalah Ramadan pertama bagi umat Islam dan ditakdirkan Allah S.W.T berlakunya peperangan Badar. Betapa hebatnya Anbiyak ra yang mengharungi Ramadan dengan menghadapi musuh Islam.

Majalah Ilmu merungkaikan 5 fakta ringkas tentang perang badar :

1. Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan bersamaan dengan 2 Hijrah.

2. 2 Ekor Kuda sahaja yang dimiliki pihak kaum Muslimin. Iaitu milik Zubair bin al-Awwam dan Miqdad bin al-Aswad.

3. Hanya memiliki 70 ekor unta sahaja

4. 14 sahabat Nabi S.A.W yang syahid dalam peperangan Badar iaitu:

  • Umair bin Abu Waqqas
  • Safwan bin Wahb
  • Umair (Zul Syimalain bin Abdu Amru)
  • Mihja’ bin Soleh (Sahabat pertama yang meninggal dalam perang Badar)
  • Aqil bin Bukair
  • Ubaidah bin al-Harith
  • Saad bin Khaisamah
  • Mubassyir bin Abdul Munzir
  • Harithah bin Suraqah
  • Rafi’ bin Ma’la
  • Umair bin Humam
  • Yazid bin Harith
  • Muawwiz bin Harith
  • Auf bin Harith

5- Jumlah ahli badar dalam 300 belasan orang.

Terdapat pelbagai riwayat mengenai jumlah ahli Badar. Menurut Ibn Kathir di dalam al-Bidayah menyebut ada 317, 313, 314, dan 315 orang. Waallahu a’lam.

Rintihan Seorang Nabi Kepada Tuhannya

Daripada Sayidina Umar, beliau merakamkan peristiwa tersebut:

“Semasa hari Badar, Nabi S.A.W melihat puak musyrikin. Mereka sekitar 1000 orang, sedangkan para sahabat hanya 319 orang sahaja. Lalu Nabi S.A.W menghadap kiblat kemudian mengangkat tangan ke langit bermunajat kepada Allah.

‘Ya Allah, sampaikanlah apa yang engkau janjikan untukku. Ya Allah, berikan apa yang engkau telah janjikan. Ya Allah, jikalau musnah kumpulan orang Islam ini, engkau tidak akan disembah lagi di bumi.’

idak henti-henti Nabi S.A.W merintih kepada Tuhan dengan tangan yang terangkat sehingga selendang Nabi S.A.W menggelongsor jatuh daripada bahu Baginda S.A.W. Abu Bakar mengutip dan meletakkan kembali ke bahu Nabi S.A.W. Beliau menunggu di belakang Nabi.

Selepas itu beliau (Abu Bakar as-Siddiq) berkata: ‘Wahai Nabi Allah, cukuplah tuan merintih kepada Tuhan. Dia pasti berikan tuan apa yang dijanjikan kepada tuan.’”

Riwayat Muslim

Perang Badar adalah peperangan yang penting di dalam Islam. Ia penentu tertegaknya agama Islam. Ya, ketika itu umat Islam masih dalam kuantiti yang sedikit berbanding dengan orang musyrikin.

Kemenangan dalam perang Badar adalah satu harapan yang diinginkan. Alhamdulillah, Islam menang dalam peperangan Badar.

Sejarah Perang Badar Lengkap

Malaikat Turut Bersama

Allah S.W.T turut menghantar tentera malaikat dalam perang Badar. Dalam al-Quran turut tercatat tentang tentera malaikat yang turut bersama dalam peperangan Badar:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.”

Surah Al-Anfal 8:9

Allah S.W.T berfirman;

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): ‘Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?’ Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

Hebatnya Ahli Badar

Sahabat Nabi S.A.W yang menyertai peperangan Badar adalah sahabat yang istimewa dan mulia. Mulia di sisi Allah dan juga mulia sisi malaikat.

Suatu hari Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia bertanya: “Apa pandangan kamu tentang ahli Badar dalam kalangan kamu?” Nabi S.A.W menjawab: “Mereka golongan Muslim yang terbaik!” Jibrail membalas, “Begitulah juga tentang malaikat yang menyertai Badar.”

Riwayat al-Bukhari

Walaupun bilangan kaum Muslimin yang menyertai perang Badar adalah kecil tetapi semangat mereka besar. Jumlah yang sedikit tidak mematahkan semangat juang dalam diri mereka.

Semoga artikel pertama ini memberi sedikit sebanyak gambaran tentang perang Badar. Berjumpa lagi pada artikel yang kedua yang lebih berfokus kepada pengajaran peristiwa perang badar dan kaitannya dengan Ramadan.

Waallahu a’lam.

Sumber: tzkrh.com

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan lupa Follow first dan Subscribe Saluran Media sosial Majalah Ilmu.

Youtube 
Telegram
Facebook page
Instagram

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU