Connect with us

INFO

myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun

Published

on

myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun

myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun 

Seperti bank-bank lain, Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan atas talian yang dikenali sebagai BSN Online Banking atau myBSN. 

Melalui perkhidmatan ini, pengguna dapat melakukan pelbagai transaksi seperti semakan baki, pembayaran bil, pemindahan wang, dan banyak lagi secara mudah dari mana-mana sahaja tanpa perlu ke cawangan BSN. 

Artikel ini akan memberikan panduan lengkap mengenai cara daftar BSN Online Banking serta langkah-langkah untuk login akaun BSN online anda. 

BACA JUGA: Renew Lesen Memandu Dan Roadtax Online Tanpa Perlu Ke Kaunter, Cara Daftar mySIKAP Untuk Bayar Saman JPJ

BSN Online Banking

BSN Online Banking

BSN Online Banking adalah platform perbankan dalam talian yang dibangunkan oleh Bank Simpanan Nasional. 

Ia berfungsi untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi perbankan,  mengakses dan mengurus akaun perbankan mereka dengan mudah dan selamat, pada bila-bila masa tanpa perlu mengunjungi cawangan bank.

Dengan kemudahan ini, pelanggan boleh melakukan pelbagai urusan perbankan seperti:

  • Semakan baki akaun
  • Pemindahan wang ke akaun lain
  • Pembayaran bil utiliti dan perkhidmatan
  • Pengurusan kad kredit
  • Semakan sejarah transaksi
  • Dan pelbagai lagi!

MyBSN turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi, seperti sistem pengesahan dua faktor (2FA), bagi melindungi akaun daripada sebarang ancaman siber.

Siapa yang Layak Mendaftar BSN Online Banking?

  1. Pemegang Akaun BSN dengan Kad ATM / Debit / Kredit BSN.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.

Kelebihan BSN Online Banking

  • Menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan anda sendiri.
  • Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank!
  • Transaksi dalam talian yang selamat.

Ciri-Ciri & Manfaat BSN Online Banking

  1. Pertanyaan Akaun: Lihat butiran akaun, baki dan sejarah transaksi anda (Simpanan/Semasa/Kad Kredit).
  2. Pindahan Dana: Pindah dana ke akaun sendiri dan pihak ketiga (Simpanan/Semasa/Kad Kredit/Pinjaman/Pembiayaan).
  3. Safe Switch: Ciri keselamatan layan diri membantu melindungi dana anda dan menyekat transaksi yang tidak dibenarkan.
  4. QR Pay: Pembayaran tanpa tunai. Imbas, bayar dan pergi.
  5. DuitNow: Pindah, terima dan bayar kad kredit atau akaun pinjaman/pembiayaan dengan serta-merta.
  6. ID Biometrik / Muka & Cap Jari: Ciri fizikal yang unik untuk mengesahkan identiti anda.
  7. Simpanan e-SSP: Simpan untuk masa depan anda.
  8. Tambah Nilai Prabayar: Tiada masalah habis kredit lagi. Tambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
  9. Pembayaran Pembiayaan: Anda boleh membuat bayaran ke semua akaun Pinjaman BSN (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli).
  10. Muat Turun e-Penyata: Mohon e-penyata melalui dalam talian.

Cara Menggunakan BSN Online Banking 

BSN Online Banking

Secara keseluruhannya, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah cara untuk menggunakan BSN Online Banking bermula daripada langkah muat turun aplikasi myBSN. 

A. Bagi pengguna baharu

LANGKAH 1: Muat-turun Aplikasi myBSN Mobile melalui Apple App Store atau Google Play Store atau Huawei App Gallery. Pastikan versi telefon yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Apple iOS (versi 15.0 atau ke atas).
  • Android/Huawei (versi 11.0 atau ke atas).

LANGKAH 2: Log masuk ke Aplikasi myBSN Mobile dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan myBSN.

LANGKAH 3: Daftar fungsi BSNSecure dengan memasukkan jenis peranti (model telefon) dan nombor ID pengenalan dalam Aplikasi Mudah Alih myBSN.

LANGKAH 4: Aktifkan fungsi BSNSecure dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau kunjungi Cawangan BSN terdekat.

Nota: Tempoh bertenang 12 jam akan diaktifkan selepas pengaktifan dilakukan.

B. Bagi pelanggan yang sudah mendaftar Perbankan Internet myBSN tetapi belum memuat turun dan mendaftar Aplikasi myBSN Mobile

LANGKAH 1: Muat-turun Aplikasi myBSN Mobile melalui Apple App Store atau Google Play Store atau Huawei App Gallery.

LANGKAH 2: Log masuk dengan mengunakan nama pengguna dan kata laluan. 

LANGKAH 3: Daftar fungsi BSNSecure dengan memasukkan jenis peranti (model telefon) dan nombor ID pengenalan dalam aplikasi Mudah Alih myBSN.

LANGKAH 4: Aktifkan fungsi BSNSecure dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau kunjungi Cawangan BSN terdekat.

C. Bagi mana-mana pelanggan yang menukar peranti (model telefon)

LANGKAH 1: Log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan. 

LANGKAH 2: Daftar fungsi BSNSecure dengan memasukkan jenis peranti terkini (model telefon) dan nombor kad pengenalan dalam Aplikasi Mudah Alih myBSN.

LANGKAH 3: Aktifkan fungsi BSNSecure dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau kunjungi Cawangan BSN terdekat.

BACA JUGA: Cara Check Balance Digi (Check Balance, Kredit, Data Internet & Semak Baki melalui Aplikasi)

Cara Daftar BSN Online Banking

1 ib

LANGKAH 1: Layari portal Perbankan Internet myBSN melalui www.mybsn.com.my , kemudian klik Register untuk pendaftaran kali pertama.

LANGKAH 2: Masukkan maklumat seperti; Nombor Kad Debit / Kad Kredit dan tarikh tamat tempoh Kad.

LANGKAH 3: Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.

LANGKAH 4: Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan.

LANGKAH 5: Skrin Pengesahan akan muncul, sila klik di sini untuk log masuk kali pertama anda.

LANGKAH 6: Sila log masuk buat kali pertama – masukkan Nama Pengguna, Kata Laluan dan Klik Login.

LANGKAH 7: Kemas kini Butiran Peribadi anda dan klik Hantar.

LANGKAH 8: Cipta Soalan Rahsia & Jawapan dan klik Hantar.

LANGKAH 9: Halaman gambaran keseluruhan akaun akan muncul.

LANGKAH 10: Halaman pemberitahuan dengan kod QR akan muncul, apabila menu transaksi di klik. Pelanggan dikehendaki mengimbas atau klik ikon untuk memuat turun aplikasi Mudah Alih myBSN dari Apple App Store atau Google Play Store atau Huawei App Gallery dan Daftar fungsi BSNSecure anda.

10 ib

Cara Mengaktifkan Aplikasi myBSN Mobile (BSN Online Banking)

Setelah memuat turun aplikasi MyBSN, pengguna perlu mengaktifkannya. Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan aplikasi MyBSN Mobile:

  1. Klik pada ikon Get Started dan terus klik butang Login.
  2. Masukkan Nama Pengguna dan semak Gambar Keselamatan anda. Masukkan Kata Laluan yang sah mengikut butir-butir Perbankan Internet myBSN anda.
  3. Skrin welcome akan muncul dan teruskan dengan persediaan BSNSecure untuk pengaktifan.
  4. Masukkan Nama Peranti dan Nombor ID anda, kemudian klik Hantar untuk pengesahan.
    • Nama Peranti/Model Telefon: (Contoh: iPhone 14 Pro, Galaxy S23 Ultra, Huawei P60 Pro).
    • Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan: (Contoh: 95131314***).
  1. Setelah pendaftaran berjaya, skrin pengakuan akan dipaparkan.

Rujuk video berikut:

 

Cara Aktifkan BSNSecure

Setelah anda melakukan semua langkah di atas, anda boleh mengaktifkan BSNSecure anda melalui saluran berikut:

  • Kunjungi cawangan BSN terdekat untuk bantuan.
  • Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 (Dalam Negara) atau +603-2613 1900 (Luar Negara), dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

NOTA: Setelah pendaftaran BSNSecure berjaya, pelanggan hanya boleh melakukan transaksi myBSN selepas 12 jam (Tempoh Bertenang). Ini adalah untuk menyediakan pelindungan yang dipertingkatkan kepada pelanggan dalam usaha kami mencegah transaksi yang tidak sah.

bsn online banking

>> Apa itu BSNSecure?

BSNSecure merupakan ciri keselamatan dalam talian yang dipertingkatkan untuk Perbankan Internet myBSN & Aplikasi MyBSN Mobile.

Fungsi BSNSecure membolehkan anda mengesahkan transaksi myBSN dengan selamat dan lancar.

Sebaik sahaja anda telah mendaftar dan mengaktifkan BSNSecure pada Aplikasi myBSN Mobile sebagai mod pengesahan, ia akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan SEMUA transaksi myBSN anda menggantikan SMS TAC yang akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2023.

>> Kelebihan BSNSecure

  • Cara yang lebih mudah dan selamat untuk mengesahkan transaksi myBSN.
  • Pengesahan menerusi peranti pelanggan yang telah didaftarkan.
  • Menghindarkan daripada terdedah kepada penipuan SMS TAC.
  • Tidak perlu menunggu SMS TAC untuk mengesahkan transaksi myBSN.

>> Bagaimanakah Caranya Untuk Mengesahkan Transaksi Perbankan Internet Mybsn Melalui BSNSecure?

  1. Secure Verification

Satu pemberitahuan semerta (Push Notification) akan dihantar ke aplikasi myBSN Mobile anda untuk mengesahkan transaksi myBSN. Anda dikehendaki tekan pada pemberitahuan tersebut untuk “Approve” atau “Reject” transaksi dalam masa 60 saat.

  1. Secure TAC

Sekiranya tiada Secure Verification (Pemberitahuan Semerta) diterima, Secure TAC akan berfungsi untuk anda mengesahkan transaksi myBSN.

Nombor Secure TAC 6 digit akan dijana pada aplikasi myBSN Mobile. Anda boleh menggunakan nombor tersebut untuk mengesahkan transaksi pilihan yang dilakukan melalui myBSN.

Cara Login Akaun myBSN (BSN Online Banking)

Untuk log masuk ke akaun myBSN, sila Log Masuk ke Aplikasi myBSN yang sudah dimuat turun di peranti anda. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan myBSN. 

Atau, layari www.mybsn.com.my. Kemudian, masukkan username dan klik ‘Login’. 

NOTA: Sekiranya anda mempunyai masalah untuk log masuk,sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Perkhidmatan disediakan 24 jam sehari.

Lupa Kata Laluan

Sekiranya anda lupa kata laluan, sila layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do dan klik ‘Forgot Password’. 

Pastikan anda sediakan nombor kad debit/kredit BSN dan nombor telefon berdaftar. 

Peningkatan Keselamatan BSN Online Banking & BSN Secure

Perbankan Internet myBSN: 

Tempoh bertenang selama 12 jam akan diaktifkan apabila anda meningkatkan had transaksi pihak ketiga.

BSNSecure:

  1. Pendaftaran kali pertama BSNSecure pada peranti pelanggan atau apabila menukar peranti memerlukan pengaktifan melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau Cawangan BSN sahaja.
  2. Pengesahan BSNSecure diperlukan untuk transaksi berikut:
    • Pindahan ke akaun BSN sendiri dan pembayaran kad kredit & Pembiayaan RM10,000 dan ke atas.
    • Simpanan BSN SSP / SSP Platinum melalui Perbankan Internet myBSN RM10,000 dan ke atas.
    • Penukaran kata laluan myBSN melalui pautan“Forgot Password”.

PENTING:

Sekiranya anda mengesyaki berlaku transaksi haram dan penipuan pada akaun anda, segera hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (24 jam) di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara), atau pergi ke cawangan bank terdekat untuk membuat laporan rasmi.

Safe Switch myBSN

bsn online banking

BSN telah memperkenalkan Safe Switch myBSN, satu ciri keselamatan layan diri yang boleh diakses melalui laman sesawang Perbankan Internet myBSN.

Safe Switch ini membolehkan anda menyekat akses Perbankan Internet myBSN anda sebagai suatu langkah untuk melindungi akaun bank anda sekiranya anda mengesyaki akaun perbankan internet anda telah dikompromi. 

Safe Switch myBSN membolehkan anda melindungi wang anda daripada penipuan dalam talian dan meningkatkan ciri keselamatan perbankan Internet anda.

>> Kelebihan Safe Switch myBSN

  • Melindungi wang anda serta-merta sekiranya anda mengesyaki anda telah ditipu atau akaun anda telah dikompromi.
  • Mencegah akses Perbankan Internet myBSN anda tanpa kebenaran memandangkan penipu dalam talian tidak dapat mengakses Perbankan Internet myBSN anda.
  • Meningkatkan ciri keselamatan perbankan dalam talian anda kerana pengaktifan semula memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau Cawangan BSN.
  • Mempunyai kawalan ke atas kewangan anda dengan perkhidmatan keselamatan layan diri melalui Perbankan Internet myBSN.

>> Langkah-Langkah Menggunakan Safe Switch myBSN

  1. Log masuk ke www.mybsn.com.my.
  2. Klik ‘Manage Account’ yang terdapat di bahagian menu sebelah kiri.
  3. Klik ‘Account Setting’ dan pilih ‘Safe Switch’.
  4. Klik ‘Deactivate’.
  5. Klik ‘Confirm’.
  6. Satu pemberitahuan semerta (Push Notification) telah dihantar ke peranti mudah alih anda yang berdaftar bagi mengesahkan transaksi Perbankan Internet. Lancarkan Aplikasi BSNSecure bagi mengesahkan transaksi.
  7. Klik ‘Approve’ dalam Aplikasi BSNSecure anda bagi meneruskan proses penyahaktifan atau pembekuan akses Perbankan Internet myBSN anda.
  8. Akses Perbankan Internet myBSN anda telah berjaya disekat.

NOTA: Akaun anda akan di log keluar secara automatik sejurus akses Perbankan Internet myBSN anda disekat.

>> Bagaimana Untuk Aktifkan Semula Akses Akaun?

Untuk mengaktifkan semula akaun Perbankan Internet myBSN, anda perlu menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 atau kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran.

BACA JUGA: Tips Masukkan Duit Syiling Terus Ke Akaun Bank Dengan Mengunakan Mesin Deposit Syiling, Tak Perlu Beratur Di Kaunter. Jimat Masa

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan lanjut mengenai BSN online banking, sila layari Portal Rasmi BSN, atau hubungi talian khidmat pelanggan di talian: 1300 88 1900. 

Rujuk sebarang persoalan di bahagian FAQ, atau kunjungi cawangan BSN terdekat anda.  

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending