INFO
KLT Sorting Centre: Dekat Mana?

KLT Sorting Centre: Dekat Mana?
‘Parcel has arrived at the sorting facility: KLT Sorting Centre’.
Bagi mereka yang sering membuat pembelian dalam talian, ayat bukanlah sesuatu yang asing lagi. Sudah pasti nama tempat ini sering dilihat muncul di aplikasi pembelian online semasa sedang menjejak pesanan yang dibeli.
Tapi sebenarnya, apa KLT Sorting Centre ni? Di mana terletaknya KLT Sorting Centre ni?
Hah, mari baca perkongsian di bawah mengenai KLT Sorting Centre, fungsi dan kepentingannya serta bagaimana ia memainkan peranan penting dalam industri logistik.
KLT Sorting Centre
KLT Sorting Centre adalah merupakan salah satu pusat pengasingan barang yang penting dalam sistem penghantaran di Malaysia, khususnya bagi pengguna Shopee yang menggunakan perkhidmatan Shopee Express.
Ia adalah pusat pemprosesan di mana bungkusan yang dihantar melalui Shopee Express akan disusun dan ‘diproses’ sebelum dihantar ke destinasi akhir.
Pusat ini berfungsi sebagai titik tengah untuk menguruskan aliran bungkusan yang datang dan pergi sekaligus memastikan bahawa setiap bungkusan diproses dengan efisien.
Ia dilengkapi dengan sistem pengasingan dan penjejakan yang canggih bagi memastikan setiap bungkusan disusun dan dihantar tepat pada masanya.
Sistem pengasingannya yang automatik dan canggih memastikan setiap bungkusan diklasifikasikan mengikut destinasi dan jenis produk. Ini membantu mengurangkan risiko kesilapan dalam penghantaran.
Dengan bantuan teknologi penjejakan, setiap bungkusan dapat dipantau dalam masa nyata, memberikan ketelusan kepada pelanggan yang ingin mengetahui status penghantaran mereka.
KLT Sorting Centre memainkan peranan penting dalam memastikan penghantaran bungkusan berjalan lancar. Dengan adanya pusat ini, Shopee Express dapat menguruskan jumlah bungkusan yang besar, terutama semasa musim jualan atau promosi, di mana permintaan penghantaran meningkat secara mendadak.

Tambahan lagi, KLT Sorting Centre ini juga membolehkan Shopee Express menampung jumlah pesanan yang tinggi, terutama semasa musim jualan seperti kempen.
Dengan keupayaan untuk mengendalikan lebih daripada 1 juta bungkusan sehari, pusat ini memastikan penghantaran berjalan lancar dan mengurangkan risiko penghantaran lewat, meskipun terdapat peningkatan mendadak dalam pesanan.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian logistik yang lebih besar, Pusat Penyortiran KLT memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan keseluruhan operasi penghantaran Shopee Express di seluruh negara.
NOTA: KTL Sorting Centre berfungsi sebagai pusat penyortiran utama bagi Shopee Express, tetapi tidak semua penghantaran Shopee melalui KTL Sorting Centre.
BACA JUGA: BRS Sorting Centre – Lokasi dan Maksud
Fungsi Utama KLT Sorting Centre
1. Pengasingan Bungkusan
Salah satu fungsi utama KLT Sorting Centre adalah untuk mengasingkan bungkusan berdasarkan destinasi akhir. Setiap bungkusan yang tiba akan dikategorikan dan disusun mengikut kawasan penghantaran. Proses ini membantu dalam mempercepatkan penghantaran dan memastikan bahawa setiap bungkusan sampai ke alamat yang betul.
2. Pengurusan Aliran Bungkusan
KLT Sorting Centre juga berfungsi untuk menguruskan aliran bungkusan yang masuk dan keluar. Dengan jumlah bungkusan yang tinggi, terutamanya semasa musim jualan atau promosi, pusat ini memastikan bahawa semua bungkusan diproses dengan efisien untuk mengelakkan kelewatan.
3. Penyimpanan Sementara
Pusat ini juga bertindak sebagai tempat penyimpanan sementara bagi bungkusan yang mungkin memerlukan tindakan tambahan sebelum dihantar. Ini termasuk penyusunan semula untuk mengelakkan kerosakan atau pengemaskinian maklumat alamat.
4. Memastikan Kualiti Perkhidmatan
Dengan adanya KLT Sorting Centre, Shopee Express dapat memastikan kualiti perkhidmatan penghantaran mereka. Pusat ini membantu dalam meminimumkan kesilapan penghantaran dan memastikan bahawa pelanggan menerima bungkusan mereka dalam keadaan baik.
BACA JUGA: 15 Produk Dari Shopee Ini Boleh Buat Dapur Anda Kemas Dan Menarik
Lokasi KLT Sorting Centre
Sebenarnya, terdapat banyak spekulasi mengenai lokasi sebenar KLT Sorting Centre ini. Tiada maklumat rasmi daripada pihak Shopee Express mengenai alamat spesifik pusat ini.
Walaubagaimanapun, kebanyakan sumber menyatakan bahawa ia terletak di Kuala Terengganu meskipun tidak ada bukti yang jelas mengenai kewujudan gudang besar yang dikenali sebagai KLT Sorting Centre.
Proses Pengasingan di KLT Sorting Centre
Proses pengasingan akan bermual setelah bungkusan tiba di KLT Sorting Centre. Bungkusan-bungkusan yang sampai akan dikumpulkan berdasarkan destinasi akhir mereka sebelum dihantar ke lokasi seterusnya.
Proses ini biasanya mengambil masa kurang daripada 24 jam bergantung jumlah bungkusan. Sekiranya jumlah bungkusan melebihi limit seperti semasa waktu puncak seperti jualan besar-besaran, mungkin terdapat kelewatan masa penghantaran.
Penghantaran Melalui KTL Sorting Centre
KTL Sorting Centre biasanya digunakan untuk penghantaran bungkusan yang dihantar melalui Shopee Express (SPX). Namun, terdapat beberapa jenis kurier lain yang juga mungkin menggunakan pusat penyortiran ini, tetapi SPX adalah yang paling dominan.
KTL biasanya digunakan untuk penghantaran ke kawasan di Terengganu dan Kelantan. Pesanan yang menggunakan Shopee Express dan dihantar ke kawasan ini akan melalui KTL Sorting Centre, di mana bungkusan disortir sebelum dihantar ke alamat penerima.
Selain KTL, Shopee Express mempunyai pusat penyortiran lain di lokasi berbeza yang juga berfungsi untuk menyortir bungkusan berdasarkan destinasi mereka. Oleh itu, tidak semua bungkusan Shopee Express akan melalui KTL Sorting Centre; ia bergantung kepada lokasi pengirim dan penerima.
Apa Maksud ‘Parcel has arrived at the sorting facility: KLT Sorting Centre’?
Sekiranya anda menyemak status penghantaran barang anda di Shoppe, dan menunjukkan status ‘Parcel has arrived at sorting facility: KLT Sorting Centre’, ia bermaksud barang anda sedang dalam proses pengasingan.
Ia akan mengambil masa sehari untuk diproses ke destinasi seterusnya. Kebiasaannya, status tersebut akan berubah menjadi ‘Parcel has departed from sorting facility’ sekiranya sudah diproses untuk destinasi seterusnya.
Apa Nak Buat Jika Parcel Tersekat di KLT Sorting Centre?
Jika anda mendapati bahawa parcel anda terperangkap di KLT Sorting Centre lebih lama daripada biasa, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:
- Semak Status Penghantaran: Sentiasa periksa aplikasi Shopee untuk mendapatkan status terkini tentang bungkusan anda.
- Hubungi Khidmat Pelanggan: Jika parcel anda tidak bergerak selepas beberapa hari, hubungi khidmat pelanggan Shopee melalui aplikasi atau laman web mereka. Berikan nombor pesanan dan nombor penjejakan anda untuk mendapatkan bantuan lanjut.
- Bersabar: Dalam kebanyakan kes, kelewatan adalah sementara dan parcel anda akan sampai ke tangan anda dalam masa terdekat.
- Permohonan Pemulangan Dana: Jika parcel anda tidak tiba selepas jangka waktu yang ditetapkan dan dianggap gagal dihantar, anda boleh memohon pemulangan dana melalui aplikasi Shopee.
- Jangan Panik: Ingatlah bahawa situasi ini adalah biasa dan sering berlaku semasa waktu puncak seperti jualan besar-besaran.
Cara Menyemak Status Penghantaran Barang Melalui Aplikasi Shopee
Untuk menyemak status penghantaran barang melalui aplikasi Shopee, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Buka Aplikasi Shopee. Log masuk ke dalam aplikasi Shopee pada peranti anda.
- Klik pada ikon ‘Saya’ yang biasanya terletak di bahagian bawah kanan aplikasi.
- Dalam menu, cari dan pilih pilihan ‘Pembelian Saya’ untuk melihat semua pesanan yang telah anda buat.
- Semak Status Pesanan: Pesanan anda akan dipaparkan mengikut status semasa.
Sekiranya pesanan anda berada dalam status “Untuk Dihantar” atau “Untuk Diterima”, anda boleh mengakses kemaskini penghantaran terperinci untuk mengetahui status penghantaran barang anda.
Status yang dipamerkan mempunyai maksud tertentu dan menunjukkan lokasi barang anda pada masa tersebut.
Status Penghantaran Barang Shopee & Maksudnya
Berikut adalah senarai status penghantaran bungkusan Shopee Express dan maksudnya:
- Your order has been created: Pesanan anda telah berjaya dibuat dalam sistem.
- Your parcel has arrived at sorting center: Bungkusan anda telah tiba di pusat penyortiran dan sedang menunggu untuk diproses.
- Parcel has departed from the sorting facility: Bungkusan anda sudah dihantar ke lokasi seterusnya dari pusat pengasingan.
- Your parcel is being transported to another station: Bungkusan anda sedang dalam perjalanan ke stesen penghantaran seterusnya.
- Your parcel has arrived at destination hub: Bungkusan anda telah tiba di hab penghantaran akhir dan bersedia untuk dihantar.
- Courier is delivering your parcel: Kurier sedang dalam proses menghantar bungkusan anda ke alamat yang ditetapkan.
- Your parcel has been delivered: Bungkusan anda telah berjaya dihantar kepada penerima.
- Parcel is on-hold: Bungkusan anda ditahan atas sebab tertentu, seperti alamat tidak lengkap.
- Incomplete Address: Alamat yang diberikan tidak lengkap, menyebabkan kesulitan dalam penghantaran.
- Address does not match: Alamat bungkusan tidak sepadan dengan lokasi penerima.
- Inaccessible Location: Lokasi penerima tidak dapat diakses, mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca atau bencana.
- Buyer not on location: Penerima tidak berada di alamat yang diberikan pada waktu penghantaran.
- No payment received (COD): Pembayaran untuk penghantaran secara tunai belum diterima dari penerima.
- Misroute: Bungkusan dihantar ke pusat yang salah atau kawasan yang tidak dilayani.
- Item lost: Bungkusan hilang semasa proses penghantaran.
- Damaged item: Bungkusan diterima dalam keadaan rosak oleh penerima.
- Rejected by buyer: Penerima menolak untuk menerima bungkusan tersebut.
- Buyer Re-Schedule: Penerima meminta agar penghantaran dijadualkan semula ke tarikh lain.
Dengan memahami status-status yang dipamerkan pada aplikasi Shopee, ia dapat membantu anda untuk lebih bersedia dan mengambil tindakan yang sesuai jika terdapat masalah dengan penghantaran bungkusan anda melalui Shopee Express.
Penutup
KLT Sorting Centre atau Pusat Pengasingan KLT memainkan peranan yang sangat penting dalam industri logistik untuk memastikan setiap pakej dihantar dengan tepat dan selamat.
Dengan teknologi yang canggih dan kapasiti yang besar, fasiliti ini bukan sahaja membantu memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, tetapi juga memastikan Shopee Express dapat terus memberikan perkhidmatan penghantaran yang pantas, tepat, dan boleh dipercayai di seluruh Malaysia.
INFO
Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ
Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.
Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.
Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan
Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.
Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.
Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?
Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.
Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.
Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.
APA YANG PATUT KITA BUAT?
Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!
Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.
Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah
INFO
”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat
Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.
Perbualan Di Tepi Liang Lahad
Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.
“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.
Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”
Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:
“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”
Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.
Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah
Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.
Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.
Rindu Yang Tiada Penghujung
“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”
Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.
Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin
Kredit asal: fatinmzri
INFO
Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI
Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).
Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.
Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲🏻
Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah





