Connect with us

Pendidikan

SPM 2023: Tarikh & Jadual SPM Terkini (2023-2024)

Published

on

SPM

SPM 2023: Tarikh & Jadual SPM Terkini (2023-2024)

Tarikh & Jadual SPM Terkini (2023-2024)  ~ Untuk makluman semua terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal, iaitu pada 5 Disember 2023. 

Tarikh SPM Diawalkan

Penjadualan tarikh Sijil Pelajaran Malaysia 2O23 ini adalah sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur. 

Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan.

Oleh itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember 2023 diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari 2024. 

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari 2024 dengan kertas terakhir pada 7 Mac 2024. 

Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA: 7 Rahsia Pelajar Cemerlang Dalam Pelajaran Azali Azlan, 21A SPM

Jadual SPM Terkini (2023-2024) 

Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.

Sila rujuk gambar di bawah atau,  muat turun jadual lengkap SPM 2023: http://lp.moe.gov.my/files/JWP/2023/JWP%20SPM%202023.pdf

 

SPM

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2023 (30 Januari – 7 Mac 2024)

SPM

SPM

SPM

FB IMG 1692696964580

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 – Ujian Bertutur, Mendengar & Amali

NOTA: AKAN DIKEMASKINI KELAK

Arahan Am Kepada Calon SPM 2023

  • Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar.
  • Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  • Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.
  • Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  • Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Kesimpulan

Semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Semoga berjaya!

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

Prof Norazah, Wanita Malaysia Ini Tersenarai 7 Tahun Berturut-Turut Antara 2% Saintis Terbaik Dunia

Published

on

Saintis Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Nama Malaysia sekali lagi mengharum di pentas antarabangsa apabila Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur diiktiraf sebagai antara dua peratus saintis terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut, dari 2019 hingga 2025.

Senarai berprestij itu diterbitkan oleh Universiti Stanford dan penerbit akademik Elsevier, yang menilai lebih sembilan juta penyelidik global — namun hanya sekitar 100,000 saintis dipilih berdasarkan impak penyelidikan, petikan karya (citation), indeks-H, dan kepengarangan utama.

Bagi Prof Norazah, pengiktirafan ini bukan hanya kejayaan peribadi, tetapi bukti bahawa penyelidik Malaysia mampu berdiri setaraf dengan saintis antarabangsa.

Saintis Terbaik Dunia

“Apabila saya tahu disenaraikan buat kali ketujuh, saya amat bersyukur. Ia bukan sekadar penghargaan terhadap kerja keras saya, tetapi juga legasi buat UUM dan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau kini berada di kedudukan ke-167 dunia dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan, serta ke-5,173 secara keseluruhan. Dengan lebih 196 artikel diterbitkan dan lebih 5,000 petikan global, beliau mencatat H-Index 39, satu pencapaian luar biasa dalam bidang sains sosial dan pengurusan.

“Untuk kekal dalam senarai ini bukan mudah. Tiada permohonan, tiada pencalonan — semuanya berdasarkan data sebenar. Ia hasil disiplin, konsistensi dan rasa ingin tahu yang tinggi,” jelasnya.

Dilahirkan di Kluang, Johor pada 1977, anak kepada seorang jururawat dan bekas anggota TLDM ini menamatkan pengajian doktor falsafahnya dalam bidang pemasaran dan e-dagang pada usia 29 tahun.

Sejak itu, beliau berkhidmat di beberapa universiti termasuk MMU, UNITEN, UTP, UMS dan kini UUM, di mana beliau memegang jawatan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Hubungan Korporat) di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB).

552764808 1109007108049565 8620140757243313550 n

Pernah menerima Malaysia’s Research Star Award (MRSA) pada 2018, Prof Norazah juga dikenali sebagai penyelia berdedikasi — membantu lebih 100 pelajar menerbitkan artikel berindeks Scopus.

“Saya mahu pelajar saya rasa sendiri pengalaman menjadi penyelidik sejati. Bukan hanya belajar teori, tetapi mencipta ilmu baharu,” katanya.

Di sebalik kejayaan akademik, beliau turut aktif dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai Lt. Kolonel Bersekutu dan kini Timbalan Komandan KorSispa UUM, di mana beliau membimbing mahasiswa dalam semangat patriotisme dan kesukarelawanan.

Ketika pandemik COVID-19, Prof Norazah juga memainkan peranan penting menyelaras operasi Home Surveillance Centre (HSC) di Jitra, Kedah — kerja sukarela yang melayakkannya menerima Pingat Bakti Pertahanan Awam pada 2021.

“Ilmu dan pangkat tidak bermakna jika kita tidak kembali menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Kisah Prof Norazah bukan sekadar tentang kecemerlangan akademik, tetapi juga tentang semangat, disiplin, dan nilai kemanusiaan — membuktikan wanita Malaysia mampu menjadi antara saintis terbaik dunia tanpa perlu berada di makmal sains tulen sekalipun.

Sumber: Bernama

Continue Reading

Pendidikan

Pelajar Miskin Kini Doktor: Abdul Manaf Tunai Janji Kepada Ayah Selepas 6 Tahun Berjuang

Published

on

28925rafi1 1759034756

Pelajar Miskin Kini Doktor: Abdul Manaf Tunai Janji Kepada Ayah Selepas 6 Tahun Berjuang

Dari Impian Kecil ke Realiti

Kuantan, 2025 – Kisah Abdul Manaf Abdul Aziz, anak kampung dari Pekan, sekali lagi membuktikan bahawa kemiskinan bukanlah alasan untuk berhenti bermimpi. Selepas enam tahun berhempas pulas, beliau kini berjaya menggenggam ijazah kedoktoran dan menunaikan janji yang pernah diucapkan kepada ayahnya.

Perjuangan Bermula Dari Bawah

Pada tahun 2019, Harian Metro melaporkan kisahnya sebagai pelajar cemerlang yang memperoleh 10A dalam SPM. Namun, di sebalik keputusan gemilang itu, Abdul Manaf mengakui kehidupannya penuh kesempitan.

“Impian saya mahu jadi doktor walaupun peluang masih samar kerana kemiskinan. Saya bergantung kepada biasiswa untuk sambung pengajian,” katanya ketika berusia 18 tahun.

Pelajar Miskin Kini Doktor

Antara Pengajian & Cabaran Hidup

Bergelar mahasiswa perubatan bukanlah jalan yang mudah. Abdul Manaf perlu berdepan jadual ketat, cabaran kewangan, dan tekanan emosi. Namun, berkat doa ibu bapa serta bantuan pelbagai pihak, beliau melangkah setapak demi setapak hingga akhirnya menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kulliyyah Perubatan.

Janji Kepada Ayah Ditunaikan

Dalam majlis konvokesyen baru-baru ini, Abdul Manaf tidak mampu menyembunyikan rasa syukur. Beliau mengangkat sijil anugerahnya lalu menghadiahkan kepada ayah tercinta, Abdul Aziz Osman.

“Hampir setiap hari selama enam tahun saya pendam cita-cita untuk jadi doktor. Hari ini janji saya pada ayah akhirnya tertunai,” katanya sebak.

Inspirasi Untuk Generasi Muda

Kejayaan Abdul Manaf adalah bukti bahawa ilmu dan tekad mampu menewaskan segala kesempitan. Dari rumah usang di kampung hingga ke pentas konvokesyen, kisah ini menjadi sumber motivasi buat pelajar lain agar tidak mudah menyerah kalah.

Sumber: Metro

 

 

Continue Reading

Pendidikan

Top Student Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI? Netizen Berang, Isu Ini Jadi Viral!

Published

on

Top Student Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI Netizen Berang, Isu Ini Jadi Viral!

Kisah Sebenar

Seorang graduan cemerlang universiti awam – bukan calang-calang, malah penerima Anugerah Naib Canselor – dilaporkan tidak layak menghadiri temuduga guru hanya kerana ukuran BMI melebihi syarat. Pelajar ini membawa pencapaian akademik yang membanggakan, tetapi hasratnya untuk menjadi pendidik tersekat di pintu peraturan fizikal.

@datosyed616 #CapCut ♬ original sound – dsa

Isu Panas

Video di TikTok oleh Dato’ Syed Agil (DSA) menimbulkan perdebatan besar. Beliau mempersoalkan logik di sebalik syarat BMI ini. Katanya, “Ilmu dan keupayaan mengajar sepatutnya jadi keutamaan, bukan angka pada penimbang berat.”

Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI

Reaksi Netizen

Ruang komen di TikTok penuh dengan perdebatan:

  • Ada yang bersetuju BMI penting kerana guru sering naik turun tangga, bergerak aktif, dan perlu sihat untuk tugas berat.

  • Namun ramai yang tidak puas hati: “Yang kurus tak semestinya rajin mengajar, yang besar tak semestinya tak mampu.”

  • Malah ada pelajar IPG kongsi pengalaman sanggup berjoging setiap petang hanya untuk lepasi syarat BMI.

Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI

Persoalan Besar

Adakah wajar capaian akademik dan potensi seorang pendidik terhenti hanya kerana BMI? Bukankah lebih baik menilai melalui kesihatan sebenar, stamina, atau kemampuan mengajar – bukan sekadar angka?

Isu ini kini jadi viral di media sosial, mencetuskan perbincangan hangat tentang kriteria kelayakan guru di Malaysia. Ramai berharap KPM akan menilai semula syarat ini supaya tidak ada lagi anak muda cemerlang terpinggir hanya kerana saiz badan.

Sumber : TT

Continue Reading

Trending