INFO
PGBF 2023 : Cara Permohonan Perumahan Generasi Baharu FELDA PGBF 2023

PGBF 2023: Perumahan Generasi Baharu FELDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu inisiatif perumahan untuk warga FELDA bersempena dengan Sambutan Hari Peneroka FELDA ke-67, iaitu Perumahan Generasi Baharu FELDA.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perumahan Generasi Baharu FELDA ini, sila baca perkongsian dibawah.
Pengenalan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF 2023)
Perumahan Generasi Baharu FELDA merupakan sebuah program yang dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA. Program ini merupakan salah satu usaha untuk menyiapkan 283 unit Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) bagi menyelesaikan isu perumahan untuk belia FELDA.
Sebagai objektif utama, program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah bagi mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa supaya dapat didiami bersama keluarga.
Selain daripada itu, inisiatif dari pelbagai aspek termasuk kesihatan, pembekalan air bersih, subsidi diesel, pendigitalan dan prasarana juga turut diutarakan. Pada waktu yang sama, kerajaan juga turut meluluskan dana sehingga RM 1 billion setiap tahun bagi tempoh 10 tahun bagi menjamin pembangunan FELDA.

Pakej Rumah Lot Kediaman yang ditawarkan
Menerusi program ini, terdapat 6 pakej perumahan yang ditawarkan dan memiliki kos serendah RM78 ribu. Berikut adalah pakej-pakej perumahan tersebut.
1. Rumah Katagori A (Alamanda):
- 4 Bilik & 2 Bilik Air
- Kos Rumah: RM199,800
2. Rumah Katagori B (Anggerik):
- 3 Bilik & 2 Bilik Air
- Kos Rumah: RM155,800
3. Rumah Katagori C (Teratai):
- 3 Bilik & 2 Bilik Air
- Kos Rumah: RM135,800
4. Rumah Katagori D (Kenanga):
- 3 Bilik & 2 Bilik Air
- Kos Rumah: RM113,800
5. Rumah Katagori E (Rafflesia):
- 3 Bilik & 2 Bilik Air
- Kos Rumah: RM87,800
6. Rumah Katagori F (Orkid):
- 2 Bilik & 2 Bilik Air
- Kos Rumah: RM78,800
Syarat Kelayakan
Anda boleh memohon untuk bantuan Perumahan Generasi Baharu FELDA ini sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 70 tahun
- Pemohon Lot Generasi Felda (LGF) yang telah memiliki geran lot rumah daripada Pejabat Tanah
- Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu)
- Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan
- Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri
- Tidak diisytiharkan bangkrap
- Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan

BACA JUGA: Sumbangan Kesihatan Rahmah – Warga Felda Terima RM300 Untuk Penjagaan Kesihatan
Cara Permohonan PGBF 2023
Di sini, kami kongsikan cara permohonan untuk bantuan perumahan ini bagi yang berkelayakan.
1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan (KLIK PAUTAN): Borang Permohonan Lot Kediaman Generasi
2. Seterusnya, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang berikut;
- MyKad
- Salinan geran individu
Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
- Pendaftaran syarikat/perniagaan
- Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A
- Penyata bank 6 bulan terkini
Bagi berpendapatan tetap:
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan
- Penyata bank 3 bulan terkini
3. Akhir sekali, pemohon perlu menghantarkan borang permohonan beserta dokumen yang lengkap ke alamat berikut : FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.

Proses Permohonan PGBF 2023
Berikut merupakan proses permohonan untuk bantuan PGBF ini.
- Pemohon perlu mengisi borang permohonan Lot Generasi Baharu Felda yang disediakan oleh pihak FIC Supplies.
- Borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak FIC Supplies.
- Permohonan yang LAYAK akan meneruskan untuk proses pinjaman pembiayaan;
- manakala permohonan yang TIDAK LAYAK anda akan dimaklumkan oleh wakil jualan FIC Supplies.
- Bagi yang layak, wakil jualan akan menghantar borang pinjaman pembiayaan perumahan bank untuk dilengkapkan oleh pemohon.
- Borang pinjaman pembiayaan perumahan bank perlulah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan bagi proses permohonan pinjaman pembiayaan.
- Wakil jualan akan menghantar borang pinjaman pembiayaan perumahan bank beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak bank bagi pemohon-pemohon yang LAYAK.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Perumahan Generasi Baharu FELDA, sila hubungi Pn Mas Suri di talian berikut: 010-2321037.
INFO
Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

INFO
Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat
Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.
Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.
Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.
Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.
LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR
Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:
- Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
- Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
- Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.
PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN
- Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
- Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
- Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.
Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.
Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia
INFO
Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi
Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.
Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.
Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.
Tangan Terkeluar Dari Kotak
Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.
Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.
Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam
Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.
Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


