SEMASA
Salah Siapa Wujudnya Jurang Gaji Pekerja? Dapat Gaji RM2,160 Jadi “Kuli Bangunan” Di Malaysia, Kalau CEO RM438,00

Salah Siapa Wujudnya Jurang Gaji Pekerja? Dapat Gaji RM2,160 Jadi “Kuli Bangunan” Di Malaysia, Kalau CEO RM438,00
Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum pekerja kepada RM1,500 menjadi topik hangat yang menyebabkan orang ramai tertanya-tanya mengenai kadar sebenar gaji yang ditawarkan di Malaysia mengikut sektor. Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin, Malaysia hanya membelanjakan 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebagai upah kepada pekerja. Selepas membuat perbandingan dengan negara-negara serantau, sekaligus ini bermaksud majikan di Malaysia antara yang paling “kedekut” di Asia Tenggara. Jurang gaji pekerja wujud dengan sangat perit untut diterima kerana ia memberi impak kepada kehidupan masyarakat setiap hari.
Jurang gaji pekerja antara pekerja dan CEO di sektor pembinaan
Graf di atas adalah ringkasan dari laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bertajuk Pemantauan Urustadbir Korporat 2019 mengenai jurang gaji pekerja dan CEO dalam beberapa sektor di Malaysia. Sektor Pembinaan, Telekomunikasi dan Media serta Barangan Pengguna dan Perkhidmatan merupakan sektor yang mempunyai jurang gaji CEO dan pekerja paling tinggi di Malaysia.
Secara umumnya, CEO di Malaysia dibayar dengan angka 141 kali lebih tinggi berbanding pekerja biasa. Sedangkan CEO dalam sektor pembinaan memperoleh pendapatan 203 kali lebih banyak berbanding pekerja berdasarkan gaji penengah. Dalam kata lain, gaji per bulan CEO adalah sama dengan gaji pekerja yang perlu bekerja selama 16 tahun 11 bulan untuk memperoleh jumlah tersebut.
Sungguhpun begitu, setiap CEO mempunyai kadar nishah gaji yang berbeza bergantung kepada sektor yang dia terlibat. Setakat ini, gaji penengah CEO paling tinggi sebenarnya terletak di dalam sektor telekomunikasi dan media dimana gaji penengah tahunan CEO pada sektor ini ialah RM7.98 juta setahun. Diikuti CEO di dalam sektor perkhidmatan kewangan (RM6.23 juta), dan sektor utiliti (RM5.64 juta) setahun.
Apa yang pasti, pekerja yang bekerja di Malaysia mempunyai tangga gaji yang lebih kecil berbanding pekerja di negara lain. Bayangkan setiap RM100 pendapatan negara, pekerja hanya memperoleh RM35.70.
Ini berdasarkan laporan tahunan 2018, yang menunjukkan bahawa pampasan pekerja di Malaysia hanyalah sebanyak 35.7 dari keselurhan pendapatan negara kita. Isu ini bukan baru tetapi sudah lama sejak 2016 lagi semenjak angka jurang gaji pekerja ini tidak berubah sama sekali.
Pampasan pekerja Malaysia masih rendah berbanding negara lain
Pampasan pekerja di Singapura adalah 39.7% manakala di negara maju lain seperti Korea Selatan dan Australia berada di paras yang lebih tinggi iaitu masing-masing pada 45.7% dan 47.1%. Dalam masa yang sama dari Laporan Bank Negara Malaysia (2018) menunjukkan bahawa pekerja di Malaysia dibayar rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain seperti Singapura, Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.
Mereka hanya dibayar $340 untuk setiap $1,000 pengeluaran yang dihasilkan. Sedangkan pekerja di negara-negara maju lain dibayar $510 untuk setiap $1,000 pengeluaran. Kesimpulannya, sebagai pekerja kita tidak dapat menerima gaji atau bayaran yang setimpal berbanding pekerja lain di negara mereka. Namun kita “menerima bulat-bulat” hanya untuk meneruskan kehidupan dan menghidupkan keluarga di rumah.
Impak kerja gaji ‘ciput” dan langkah mengatasi
Golongan muda khususnya sebagai penerus kepada pembangunan masa depan yang ketika ini sedang bergelut dengan masalah pekerjaan, ekonomi, dan sebagainya perlu kita fikirkan. Mereka sedang berusaha untuk menaikkan taraf diri namun dengan situasi yang sedemikian rupa apa yang mereka dapati adalah sebahagian golongan ini terus gagal untuk menaikkan taraf diri.
Sudahlah faktor penawaran dan permintaan industri pekerjaan semakin berkurang, inikan pula mereka perlu berhadapan lagi dengan isu jurang gaji pekerja yang tidak berkesudahan.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak yang berkenaan boleh melakukan beberapa usaha seperti:
- wajib syarikat tersenarai untuk mendedahkan gaji penengah pekerja dan CEO di dalam laporan tahunan.
- kerajaan boleh menghadkan gaji CEO berdasarkan gaji penengah pekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Polisi yang dicadangkan ini bukanlah baru dan kedengaran pelik. Mungkin pelik bagi kita di Malaysia tetapi tidak di negara luar. Hal ini kerana pada tahun 2009, kerajaan China telah memperkenalkan dasar terhadap syarikat milik negara dengan memastikan CEO tidak memperoleh gaji 10 kali lebih tinggi berbanding mana-mana pekerja di dalam mana-mana sektor yang ada dalam ekonomi negara.
Sumber: Ekonomi Rakyat
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














