Connect with us

INFO

Panjat Pinang & Pakai Baju Warna Warni, 11 Tradisi Hari Kemerdekaan Di Dunia Yang Unik Tak Pernah Ada Di Malaysia

Published

on

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Panjat Pinang & Pakai Baju Warna Warni, 11 Tradisi Hari Kemerdekaan Di Dunia Yang Unik Tak Pernah Ada Di Malaysia

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Hari ini sudah 65 tahun kita merdekakan tanah air dari penjajah. Setiap tahun juga keterujaan kita pastinya memuncak untuk meraikannya bersama masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan. Bunga api sudah semarak berkelap-kelip di langit sejak tengah malam. Paginya pula masing-masing sibuk ke Dataran Merdeka untuk lihat perarakan berlangsung sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Namun, tahukah anda bagaimana tradisi Hari Kemerdekaan di dunia yang masih diamalkan oleh masyarakatnya?

Uniknya tradisi Hari Kemerdekaan di dunia, siap ada kuda dan sukan berkumpulan

Setiap negara sudah tentu mempunyai makna kemerdekaannya yang tersendiri. Walaupun sudah berpuluh tahun merdeka, tradisi Hari Kemerdekaan di dunia yang diamalkannya tidak akan pernah hilang dan pudar dek zaman. Keunikan inilah yang melambangkan jati diri bangsa mereka di mata masyarakat luar.

1. Mexico

Where Travelers Can Celebrate Mexican Independence Day | TravelAge West

Mexico adalah salah satu negara yang terkenal dengan tradisi Hari Kemerdekaan di dunia yang sangat meriah. Setiap 16 September, jutaan rakyat Mexico akan berpusu-pusu menonton perarakan dan konsert yang disediakan secara terbuka.

Bahkan ia dirayakan pada malam hari sebelum Hari Kemerdekaan itu berlaku. Kerana Mexico memiliki daerah yang besar, Zocalo telah terpilih menjadi pusat perayaan tradisi kemerdekaannya.

2. Australia

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Negara kangaroo sentiasa bersiap sedia setiap kali 26 Januari untuk menyambut Hari Kebangsaan negara mereka. Masyarakat Australia akan mengadakan ferrytho atau lumba lari kapal feri di pelabuhan di Sydney.

Selain itu, mereka juga mengamalkan tradisi barbeque, main kriket, main di pantai, dan mengeratkan silaturahim antara warga yang lain.

3. Indonesia

Sejarah dan Lika Liku Panjat Pinang

Negara jiran kita, Indonesia akan memulakan sambutan Hari Kebangsaan mereka dengan upacara bendera yang dihadiri oleh orang kenamaan hingga dari kalangan artis dan rakyat biasa di Istana Negara Jakarta.

Usai acara itu, tradisi perayaan diteruskan dengan perlumbaan berkumpulan seperti lari dalam guni, panjat pinang, dan sebagainya.

4. India

Independence Day celebrations: Here is how India is gearing up for August 15 | India News,The Indian Express

India juga merayakan Hari Kemerdekaannya pada tanggal 15 Ogos. Masyarakat akan melakukan bermacam-macam aktiviti.

Bermula dari upacara bendera dan menampilkan pasukan berkuda. Bahkan, beberapa masyarakat akan menerbangkan layang-layang yang menjadi simbol kebebasan masyarakat selama ini.

5. Ghana

Ghana dey celebrate 61st Independence anniversary today - BBC News Pidgin

Sebuah negeri yang popular di Afrika Barat dan berbatasan dengan Pandai Gading di sebelah barat, Burkina Faso di utara, Togo di timur, dan Teluk Nugini di selatan, tentunya adalah Republik Ghana.

Uniknya Ghana, ia merupakan negara berkulit hitam Afrika pertama yang mendapat kemerdekaan dari Britain pada tahun 1957. Masyarakat Ghana akan menyambut kemerdekaan mereka dengan bunga api, perarakan, tarian berunsur Afrika Barat, muzik, dan melancong.

6. Peru

Surprising Facts to Celebrate About Perú on its Independence | BELatina

“Fiestas Patrias” itulah gelaran yang diberikan oleh Hari Kemerdekaan negara Peru pada 28 Julai. Mereka merayakan hari tersebut dengan berkumpul di Miraflores untuk mengikuti upacara kenegaraan.

Kemudian, perarakan warna-warni akan berlangsung yang khusus Amerika Selatan. Ketika hari itu, Peru diibaratkan seperti syurga makanan yang sangat lezat dan menyelerakan.

7. Perancis

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Negara yang menjadi tarikan dengan Menara Eiffel ini menyambut kemerdekaan pada 14 Julai. Apa yang menarik, jika selama ini Menara Eiffel menjadi tempat pelancong mengambil gambar. Pada Hari Kemerdekaan, lokasi tersebut mereka gunakan untuk pesta bunga api dan perarakan tentera Perancis.

8. Filipina

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Hari Kemerdekaan Filipina sudah tentu akan menonjolkan kekuatan barisan tentera mereka. Perarakan tentera akan berlangsung dan ditutup sekali dengan 21 das tembakan simbolik dari sebuah penghormatan.

9. Korea Selatan

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Negara yang paling diminati oleh peminat Kpop dan Kdrama ini meraikan Hari Kebangsaan pada 15 Ogos. Ia juga disebut sebagai “gwangbokjeol” yang bermaksud “membawa kembali cahaya”.

10. Norwegia

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Norwegia terletak di bahagian utara benua Eropah. Jika di Indonesia biasanya makanan khas yang dipanggil “tumpengan” popular di daerah mereka, masyarakat Norwegia pula menjadikan sosej besar yang banyak dan ais krim untuk meraikan kemerdekaan.

Mereka akan membahagikan sarapan pagi ini berserta hadiah menyambut Hari Kebangsaan. Anak-anak pula sudah siap memakai pakaian tradisional Norwegia iaitu Bunad untuk mengelilingi kota.

11. Amerika Syarikat

tradisi hari kemerdekaan di dunia

Negara paling moden, Amerika Syarikat berlangsung cukup meriah dan bersemangat setiap kali menjelang 4 Julai. Dulu, ketika merayakan Hari Kemerdekaan, biasanya mereka akan membacakan kembali deklarasi secara lantang dan diiringi dengan tembakan senapang juga meriam.

Sekarang, masyarakat Amerika Syarikat biasa merayakan Hari Kemerdekaan dengan menyalakan bunga api yang indah, mengadakan pararakan di seluruh kota, memasak barbeque hingga memasang bendera Am.

Seronok dapat belajar keunikan tradisi negara luar sebagai ilmu pengetahuan tambahan untuk kita tahu. Bagaimana pun cara negara ini meraikan merdeka, sudah tentu makna kemerdekaan yang paling dekat dengan jiwa mereka adalah kebebasan dari belenggu penjajahan tanah air dan pemikiran.

Sumber: Johan Sompotan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260911 002606 0000

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

MELAKA — Nilai kejujuran dan amanah terus menjadi bukti bahawa integriti tidak bergantung kepada jawatan atau ganjaran. Sikap murni ini ditunjukkan oleh seorang pekerja pembersihan di Muzium Samudera, Banda Hilir, yang memulangkan seutas gelang emas bernilai tinggi yang ditemuinya di kawasan kerja.

​Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan berkhidmat di muzium berkenaan, tidak berfikir panjang untuk menyerahkan barang kemas tersebut kepada pihak pengurusan muzium sejurus menemuinya.

​Kronologi Penemuan

Penemuan Awal Pagi: Barang kemas seberat 25 gram itu dianggarkan bernilai RM15,000. Beliau menemuinya sekitar jam 7 pagi sewaktu menjalankan tugas pembersihan rutin di sekitar kawasan muzium.

Penyerahan Kepada Pihak Berkuasa Muzium: Tanpa teragak-agak, beliau terus menyerahkan gelang tersebut kepada Pembantu Khidmat Am Muzium Samudera, Khairuddin Mohamad Yusop, untuk tindakan susulan.

Penyimpanan Selamat: Barangan berkenaan disimpan secara selamat sebelum dimaklumkan kepada pegawai bertugas Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bagi tujuan pengesahan pemilik.

​”Mencari Rezeki Berkat Untuk Keluarga”

​Mengulas mengenai tindakannya, bapa kepada dua orang anak itu menegaskan bahawa prinsip mencari rezeki yang berkat untuk isteri dan anak-anak menjadi pegangan utamanya.

“Tak ada rambang mata dan tidak fikir apa-apa. Saya nampak gelang emas itu, terus bagi kepada staf. Kenapa saya pulangkan? Sebab amanah. Itu tanggungjawab kita dalam kerja,” katanya ketika ditemui di muzium berkenaan.

​Sebelum berkhidmat di Melaka, beliau pernah bekerja sebagai tukang kebun di sebuah muzium di Terengganu sebelum berpindah mengikut isterinya yang berasal dari Melaka.

​Budaya Amanah Di Perbadanan Muzium Melaka

​Pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sentiasa menerapkan nilai integriti dan kejujuran dalam kalangan warga kerjanya. Menurut wakil muzium, sebarang barangan tertinggal milik pelawat seperti beg tangan mahupun telefon bimbit sentiasa disimpan rapi sehingga dituntut semula oleh pemilik asal.

​Gelang emas berkenaan dijangka dituntut oleh pemiliknya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Continue Reading

INFO

Guna Hukuman Kasar Sampai Lebam & Pecah Bibir, Cikgu Fadli Salleh Buat Laporan SISPAA Terhadap Guru Subjek

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260910 235351 0000

Isu Hukuman Kasar Di Sekolah: Pentingnya Menjaga Keselamatan Anak-Anak Dan Saluran Aduan Yang Betul

​Isu disiplin dan keselamatan murid di sekolah primary sentiasa menjadi perhatian utama para ibu bapa dan warga pendidik. Baru-baru ini, tular pendedahan daripada bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh, berkenaan tindakan hukuman fizikal yang keterlaluan terhadap murid sekolah rendah.

​Antara ringkasan pendedahan dan iktibar yang boleh diambil daripada kejadian ini:

​📌 Kronologi Ringkas Kejadian

• Pendedahan mendakwa murid-murid di sebuah sekolah rendah berdepan tindakan fizikal yang keras daripada seorang guru subjek Sains, termasuk lempangan, ketukan di kepala, hingga meninggalkan kesan lebam pada pipi.

• Difahamkan, tindakan tersebut berlaku berulang kali dan turut melibatkan beberapa murid lain di tahap satu.

​📌 Pendekatan Profesional Ibu Bapa

Saluran Aduan Rasmi: Daripada mengambil tindakan melampau, langkah melaporkan terus melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) digunakan agar siasatan telus dapat dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perbincangan Bersama Pentadbir: Pertemuan bersama Guru Besar dan Penolong Kanan (PK) Petang dijalankan bagi mendapatkan kepastian dan memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

​📌 Respon Pihak Sekolah & PPD

• Pihak pentadbir sekolah dipuji atas sikap terbuka, prihatin, dan pantas menerima aduan demi kesejahteraan murid.

• Guru berkenaan juga telah dipanggil oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan siasatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan.

​💡 Pengajaran Untuk Semua

Ketegasan dalam mendidik amat penting, namun ia mestilah berlandaskan panduan disiplin yang ditetapkan oleh kementerian. Kerjasama yang mesra dan matang antara ibu bapa, pihak sekolah, serta PPD sangat krusial dalam menyelesaikannya secara berhemah demi kebaikan anak-anak.

Continue Reading

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

Trending