Connect with us

INFO

Rakyat Dinasihat Untuk Kurangkan Lompat Kerja, Ekonomi Makin Gawat Jaga Kerja Dengan Baik

Published

on

kurangkan lompat kerja

Rakyat Dinasihat Untuk Kurangkan Lompat Kerja, Ekonomi Makin Gawat Jaga Kerja Dengan Baik

“Tempat kerja terlalu stress patut ke saya tukar kerja?” Persoalan ini kadang kala berlegar-legar dalam fikiran kita apabila berada dalam situasi yang tertekan semasa berkerja. Namun, adakah ia keputusan yang tepat pada hari ini? Atau kurangkan lompat kerja lebih baik bagi mengatasi masalah pengangguran? Ikuti perkongsian ini sehingga ke penghujungnya.

Ekonomi dunia berdepan kemelesan tidak dijangka

kurangkan lompat kerja

Ahli Ekonomi yang juga bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid dalam ucapannya turut berkata bahawa Malaysia sedikit sebanyak akan merasai kesan dari kewangan global berpunca daripada kedudukan dan kebergantungan negara kepada perdagangan antarabangsa.

Justeru, ianya akan menyebabkan Malaysia terlalu terdedah dengan apa jua risiko yang akan berlaku pada Amerika Syarikat. Semuanya diluar kawalan kita sendiri. Oleh yang demikian, kita perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan dengan mengambil langkah paling utama untuk kurangkan lompat kerja.

Kemelesetan ekonomi adalah masalah dunia yang sangat membimbangkan khususnya kepada negara sendiri. Masyarakat Malaysia tidak boleh berada dalam gaya hidup yang sama lagi. Sumber pendapatan iaitu pekerjaan yang ada sekarang perlu dijaga terlebih dahulu.

Kurangkan lompat kerja, kawal tekanan dalam diri

kurangkan lompat kerja

Melalui perkongsian dari seorang pengguna akaun Facebook Puan Sharifah Zahidah menasihati masyarakat untuk lebih menjaga dengan baik pekerjaan yang sedia ada sekarang. Perkongsiaan ini sebenarnya bukanlah kepada pekerja semata-mata tetapi untuk majikan di luar sana juga.

“Saya ada terbaca satu tulisan yang menjangkakan bulan Ogos nanti adalah bulan bermulanya kegawatan ekonomi yang jauh lebih dahsyat kerana inflasi yang sedang kita semua lalui. Sekarang, kita dalam fasa “peralihan” atau adaptasi. Keadaan menjelang bulan Ogos tentu akan kian memburuk. Dan antara pesanan yang banyak berlegar ialah, kurangkan lompat kerja dan jagalah diri dengan kerja sedia ada,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, malah disaran untuk kurangkan lompat kerja kerana ia akan memberi impak kepada individu tersebut khususnya. Sebab pertama adalah seseorang yang lompat kerja dan mempunyai majikan baru, majikan tersebut tidak wajib untuk membayar gaji kita seperti mana jumlah dahulu. Dalam erti kata lain, tawaran kerja diberi jika kita berminat, kita ambil. Namun jika tidak berminat, kitalah juga yang perlu cari lagi di tempat lain.

Kedua, apabila syarikat atau majikan mahu mengecilkan skop atau mengurangkan sebarang kos dalam perniagaan mereka, individu yang lompat kerja ini lah yang akan diberhentikan paling awal atau tidak disambungkan kontrak lagi. “Last first in, first out”.

Ketiga, tekanan yang tiada habisnya. Mana ada kerja yang tiada tekanan. Jika kita mahu berdebat soal gaji yang tidak setimpal dengan majikan sendiri pun, hakikatnya mereka sudah lama berhadapan dengan keuntungan yang tidak setimpal langsung dengan cabaran, kesusahan dan ujian yang menghenyak mereka sejak PKP dan pasca PKP ini.

Apa yang diberitahu ini bukanlah mengenai syarikat-syarikat level antarabangsa seperti Sime Darby atau Petronas tetapi majikan dari IKS pun.

Bisnes banyak yang gulung tikar

Isu mengenai gaji tidak setimpal, berbaloi atau tidak, penat atau tidak, kita semua saling merasainya dalam kegawatan ekonomi sekarang. Kalau bukan sebab syarikat berdepan dengan isu hasil tidak setimpal seperti ini, masakan banyak bisnes sekarang ditutup?

“Pekerja rasa tak setimpal, lepas 2 – 3 bulan dia berfikir, dia tukar atau berhenti kerja. Majikan bila rasa tak setimpal, lepas 2 – 3 tahun sekurang-kurangnya dia bertahan dengan ketidak-setimpalan itu, akhirnya dia tutup bisnes,” katanya lagi.

Namun cubalah bayangkan, sekiranya semua pekerja ingin tukar kerja, kemudian semua majian terpaksa tutup bisnes, lalu bagaimana ekonomi negara akan pulih seperti sedia kala? Perkara ini bukanlah 2 -3 bulan kesannya tetapi makan masa bertahun-tahun. Sekiranya masalah lompat kerja sering berlaku, orang dari negara lain yang datang ke negara kita untuk bekerja seperti orang Bangladesh, Aceh, Myanmar, China, dan sebagainya inilah yang akan mengambil alih ekonomi.

kurangkan lompat kerja

Pekerja dan majikan perlu saling bantu-membantu

Di saat kegawatan dan zaman kesusahan yang melanda ini, pekerja dan majikan mestilah sentiasa berganding bahu bersama-sama dalam memastikan ekonomi negara kembali stabil semula. Majikan jaga kebajikan, kesihatan mental dan fizikal pekerja manakala pekerja pula jaga prestasi kerja sebaik mungkin.

Pekerja jangan tekan majikan dengan alasan gaji tidak setimpal, hidup susah, dan sebagainya sekiranya kita sendiri mempunyai tahap kemahiran dan produktiviti yang rendah dan memalukan.

Majikan pula jangan cepat melenting sekiranya menerima aduan dari pekerja yang tidak berpuas hati dengan gaji yang tidak cukup. Gaji minima RM1500 yang diwar-warkan pun tidak semua syarikat yang menguna pakainya. Walaupun gaji dengan jumlah tersebut memang tidak releven untuk hidup dalam dunia hari ini. Sekurang-kurangnya RM2000 dalam jawatan paling rendah dalam syarikat yang menawarkan pekerjaan.

Ambil peluang jangan pilih peluang

Apa-apa pun dalam keadaan sekarang ini, apa yang boleh kita lalukan adalah ambil sahaja peluang yang datang di depan mata tanpa memilih yang terbaik. Jika masih merungut dan mengeluh, bagaimana kita mahu hidup dan menyara kehidupan sehari-hari?

Sedar tidak sedar boleh lunyai kita dikerjakan dan dijajah dari sudut ekonomi gara-gara sikap kita yang tidak “fighter” langsung dalam perang ekonomi hari ini. Sabarlah sikit, majikan kena sabar. Pekerja pun kena sabar.

Orang yang sabar pada hari ini, akan menang pada esok hari! Untuk menang dalam percaturan ekonomi yang kian lemas ini kita perlu:

  1. Ubah jati diri.
  2. Baiki jati diri.
  3. Sabar.
  4. Kuat semangat
  5. Gigih.
  6. Tekad.
  7. Tanamkan jiwa fighter dalam diri.

Merungut  sama sekali tidak akan selesaikan masalah. Rezeki yang baik dan murah hanya akan datang kepada mereka yang sabar dan gigih. Insha Allah, Allah akan bantu setiap dari kita dengan rezeki yang melimpah-ruah.

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.