SEMASA
Ulasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan lsu viral pender4an kanak-kanak, Apakah hukvm 0rang yang mempertahankan pelaku, walaupun bukti menujukkan dia melakukan kesalahan?

Ulasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan lsu viral pender4an kanak-kanak, Apakah hukvm 0rang yang mempertahankan pelaku, walaupun bukti menujukkan dia melakukan kesalahan?
Bella, Remaja Slndr0m D0wn yang disy4ki dider4 kini semakin puli dan menunjukkan tahap keyakinan diri yang tinggi.
Perdana M3nteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil pem3rhatian beli4u ketika melawat remaja itu di sebuah pus4t jagaan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini hari ini.
“Hari ini saya berpelu4ng berjumpa dengan Bella, dia ditempatkan di sini sejak 5 Julai tahun lalu. Dari pem3rhatian, saya dapati dia dalam keadaan n0rmal, tidak ada ganggu4n em0si, malah k3ceder4an luk4 yang dialami juga sudah pulih.
“Saya nampak dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, boleh melukis, malah ketika saya melawat tiga buah d0rm di sini, Bella yang mengiringi saya dan memperkenal saya kepada rakan-rakannya yang lain.
“Nampak ada perub4han ketara kepadanya dan saya berterima kasih kepada JKM serta pusat jagaan ini yang menjaga Bella sejak 5 Julai 2021,” katanya dalam sidang akhb4r selepas lawatan tersebut.
Yang hadir sama Ment3ri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Berikut pula ulasan dari pend4kwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu tersebut
“lsu vir4l pender4an kanak-kanak, Apakah hukvm 0rang mempert4hankan pelaku, walaupun bukti menujukkan dia melakukan kes4lahan?
‘Pegu4m bela dalam islam membela 0rang salah daripada di ani4yai , itu sahaja
“Bukannya menyebel4hi 0rang salah dan berbuat b0hong supaya 0rang salah terlepas, itu h4ram berd0sa besar,
“Pembela bagi orang s4lah maksudnya, orang salah tidak boleh di z4limi oleh m4hkhamah kerana dia ada pemb3la
“Tapi bukan dia berbuat z4lim, masing-masing pandai put4r cakap supaya z4lim itu tersembunyi. Supaya 0rang yang sepatunya di hukvm terlepas dari hukuman, ini semua adalah h4ram” terang Ustaz Azhar lagi.
Alhamdulillah. Islam itu agama yg adil bagi semua org. Terimalah hukvm dan peratur4n yg telah ditetapkan oleh Allah agar tidak di so4l di akhir4t nanti.”
“Betul spt yg dikatakan Ustaz itu. Pegu4m2 yg ada sekarang lebih kearah memb3la dan menyelamatkan org yg telah membuat sesustu kesal4han.
Dia dianggap pegu4m yg bijak dan pintar kalau berjaya menimbulkan ker4guan dlm satu2 k3s dan tertuduh terlepas.”
Bella sebelum ini disy4ki dider4 di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan ker4jaan (NGO) di Kuala Lumpur.
Perbicaraan k3s pend3raan Bella berlangsung di Mahk4mah Sesy3n Kuala Lumpur sejak 30 Mac lalu dan akan bersambung 30 Mei ini.
Sementara itu, Perdana M3nteri menasihatkan orang ramai supaya memberi kepercayaan penuh kepada mahk4mah untuk membuat penentuan berhubung k3s melibatkan Bella.
“Perkara ini telah dibawa ke mahk4mah, oleh itu adalah subjvdis untuk ia dibincangkan secara terbuka. Apabila sudah dibawa ke mahk4mah, kita serahk4n kepada mahk4mah untuk buat keputusan.
“Kalau kita terl4mpau kom3n, boleh diangg4p mengg4nggu perjalanan mahk4mah dan boleh dianggap subjvdis kepada perbicaraan tersebut,” kata beliau.
Pegu4m Siti Bainun Relaks, Tak K0yak
Nama pegu4m Nurul Hafidzah menjadi medan kutvkan netiz3n selepas dia membela Siti Bainun berhubung pender4an terhadap Bella yang turut mendapat perhati4n masyarakat.
Sebenarnya bagi saya ia agak melucukan sebab saya rasa macam kiddish begitu
Selain itu, Hafidzah yang sering menerima kec4man sejak kebelakangan ini berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk terus membe.nciny4.
Bagaimanapun, dia juga mempunyai hak dalam mempertah4nkan dirinya jika sesuatu tuduhan itu dilihat mel4mpau dan keterl4luan.
“Kalau mereka buat begitu supaya orang b3.nci saya, saya tak boleh buat apa-apa… saya jadi diri sendiri saja.
“Terpulang kepada mereka. Cumanya jika mereka bercakap begitu boleh timbulkan k3san lain, saya juga berhak pertah4nkan diri,” ujarnya.
Sumber: Trending sgt via Youtube
SEMASA
“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat” – Kisah Alang Eppy Buat Ramai Sebak

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat Dan Banyak Bersedekah Dalam Diam”
Ada waktu, Allah memperlihatkan kepada kita betapa luasnya kebaikan seseorang hanya selepas dia pergi.
Begitulah kisah menyentuh hati seorang wanita bernama Afenorain, atau lebih dikenali sebagai Alang Eppy, yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 2026 selepas bertarung dengan kanser usus tahap empat.
Penyakit yang dihidapinya dikesan kira-kira seminggu sebelum cuti sekolah tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Ketika itu, sel kanser sudah sangat agresif dan telah merebak ke paru-paru serta hati.
Namun di sebalik kesakitan yang ditanggung, Alang tetap dikenali sebagai seorang wanita yang lembut hati, suka membantu, suka memberi dan tidak pernah berkira dengan sesiapa.
Malah, suaminya sendiri, Muhamad Naim, mengakui masih banyak kebaikan isterinya yang hanya diketahui selepas pemergiannya.
“Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu dia seorang yang sangat lembut hati. Dia suka memberi, suka membantu dan suka menggembirakan orang lain.
“Tetapi banyak kebaikannya tidak pernah dia ceritakan. Dia tidak menjadikan amalnya sebagai cerita. Dia hanya melakukannya dengan diam, dengan ikhlas dan dengan hati yang penuh kasih,” tulisnya.
Lebih menyentuh hati, lapan hari selepas pemergian isterinya, Naim menerima mesej menerusi nombor telefon arwah daripada pihak Baitus Solehah.
Ketika itulah beliau mengetahui bahawa arwah isterinya selama ini banyak menyumbang kepada rumah kebajikan tersebut.
Bukan itu sahaja, Alang juga rupanya mempunyai seorang anak angkat bernama Saad yang kini sudah berusia tujuh tahun.
Menurut Naim, isterinya sentiasa mengikuti perkembangan Saad sejak kecil. Malah setiap kali Saad menyambut hari lahir, arwah pasti akan menghantar hadiah dan tidak pernah lupa bertanya khabar.
“Alang follower page Baitus Solehah dan selalu ikuti perkembangan Saad. Alang ikuti perkembangan Saad dari Saad bayi,” kongsi pihak Baitus Solehah.
Lebih membuatkan ramai sebak apabila pihak Baitus Solehah sendiri memaklumkan bahawa segala sedekah jariah yang dilakukan Alang akan terus menjadi teman buatnya di alam barzakh.
“Sedekah dalam senyap. Alhamdulillah, itulah amalan yang orang tak tahu,” tulis mereka.
Dalam satu lagi perkongsian yang sangat menyentuh hati, Naim berkata dia kini sedar ada manusia yang hidupnya tidak pernah riuh. Tetapi apabila dia pergi, barulah orang nampak betapa banyak kebaikan yang telah ditinggalkan.
“Arwah isteri saya sudah tiada di sisi saya. Tetapi hari ini, saya melihat sendiri bahawa kasihnya masih hidup. Kebaikannya masih berjalan. Dan jejak amalnya masih menyentuh hati orang lain.”
Menurutnya lagi, kehilangan paling berat ialah apabila seseorang yang terlalu baik dipanggil pulang, lalu yang tinggal hanyalah rindu, kenangan dan doa yang tidak pernah putus.
Pemergian Alang bukan sahaja meninggalkan luka buat suami dan keluarga, malah membuatkan ramai tersentuh dengan kisah hidupnya yang penuh kasih sayang.
Naim sendiri memaklumkan bahawa pada hari terakhir isterinya, dia menjadi imam solat jenazah, mengusung sendiri keranda arwah ke kubur dan turun sendiri ke liang lahad untuk menyempurnakan persemadian wanita yang paling dicintainya itu.
“Setiap satunya terlalu berat untuk abang lalui. Tetapi sebagai suami, itulah tanggungjawab terakhir yang abang mampu lakukan untuk sayang.”
Di antara sijil nikah dan sijil kematian, tersimpan seluruh kisah cinta mereka.
Ada kasih, ada pengorbanan, ada sabar, ada air mata dan terlalu banyak kenangan yang belum sempat dihabiskan bersama.
Namun di sebalik semua kesedihan itu, Alang meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada harta dan kemewahan.
Dia meninggalkan nama yang baik.
Dia meninggalkan doa.
Dia meninggalkan sedekah jariah.
Dan dia meninggalkan bukti bahawa kebaikan yang dibuat dalam diam, akhirnya akan tetap dikenang walaupun tuannya sudah tiada.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa Alang Eppy, menerima segala amal baiknya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













