Connect with us

Keluarga

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri Serta Keluarga

Published

on

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri Serta Keluarga

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri Serta Keluarga

1. Sering bergaduh

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.

2. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

3. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Kurang sabar

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu berharga .

6. Gagal mengawal emosi dan amarah

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

7. Kurang berdoa

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa iingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Moga rezeki kita akan semakin luas dan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak semakin erat.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.