Petua
7 rawatan cegah masalah badan berbau, terutamanya Remaja lelaki
7 rawatan cegah masalah badan berbau, terutamanya Remaja lelaki
Sesetengah daripada kita mempunyai masalah badan berbau. Keadaan itu membuatkan orang disekeliling kurang selesa dengan kita, malah tahap keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai juga sedikit menurun.
Kenapa terdapat orang yang bau badannya sangat kuat ya?
Menjawab kepada persoalan itu, Doktor Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil memberi pencerahan.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Tulisnya di Facebook, masalah itu juga dikenali sebagai bromhidrosis.
“Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu apokrin dan ekrin.
“Bau badan lebih dikaitkan dengan kelenjar peluh apokrin kerana peluh yang dihasilkan lebih pekat dan mengandungi feromon(sejenis hormon). Kelenjar peluh apokrin banyak terletak di sekitar ketiak, payudara dan kelengkang,” terangnya.
Ujar beliau lagi, bau badan terhasil apabila peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria pada permukaan kulit.
“Adakalanya bau ini sangat kuat sehingga mengganggu keselesaan sendiri dann orang yang berada di sekeliling. Hal itu juga secara tidak langsung boleh menjejaskan keyakinan dan harga diri,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Kamarul Ariffin berkata, sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan.
Namun begitu, maklum beliau, masalah tersebut lebih cenderung berlaku pada remaja sahaja.
“Ini kerana kelenjar apokrin mula aktif setelah umur akil baligh (puberty). Ia juga lebih cenderung berlaku kepada lelaki,” tambah Dr Kamarul.
Selain itu, jelas beliau, bau badan juga dipengaruhi oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih, kari dan minuman beralkohol.
“Bukan itu sahaja, merokok juga boleh menyebabkan badan dan mulut seseorang itu berbau yang tidak menyenangkan,” ungkapnya.
Jadi, apakah rawatan untuk mengatasi masalah berkenaan?
Berikut saranan Dr Kamarul:
i) Kerapkan mandi untuk bersihkan kulit.
ii) Pakai pakaian yang bersih.
iii) Pilih pakaian daripada kapas (cotton).
iv) Trim bulu ketiak dan ari-ari.
v) Gunakan sabun antibakteria.
vi) Gunakan semburan antipeluh dan bau badan.
vii) Kurangkan bawang putih, kari dan alkohol.
Jadi, buat mereka yang mungkin berhadapan dengan masalah badan berbau terlalu kuat, bolehlah mencuba beberapa kaedah yang disyorkan.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah