Connect with us

Petua

Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini Dapat Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur

Avatar of kidin

Published

on

vrtvt

Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini Dapat Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur

kedatangan lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana lipas ini kotor dan banyak kuman. Kalau guna penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet memang tak sesuai, nanti semua bahan makanan yang disimpan berbau kimia.

Jadi kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih semula jadi iaitu gunakan rempah ratus.
Caranya mudah, tiada bahan kimia dan tak keluar modal kerana guna bahan yang memang sedia ada di rumah.

Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya. Caranya;

1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.

img 5118 19 32 494871 1

2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.

3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.

150432097 419246509401539 3319382942407486412 o 19 07 515316

Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!

INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.

Sumber: Ummi As

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU