Petua
Baca Doa Ni Semasa Basuh Beras Untuk Lembutkan Hati Anak Dan Pasangan Supaya Rumah Tangga Bahagia
Baca Doa Ni Semasa Basuh Beras Untuk Lembutkan Hati Anak Dan Pasangan Supaya Rumah Tangga Bahagia
Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar pasti terfikir, kenapa susah sangat anak nak dengar cakap. Adakah kita tahu rutin harian membasuh beras yang dilakukan itu sebenarnya rahsia paling mudah untuk jadikan anak-anak lembut hatinya dan menjadi soleh dan solehah. Ibu bapa juga kena teliti cara melayan dan mendidik mereka. Adakah terlampau garang atau terlalu dimanjakan.
Perkongsian dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi dia memberi tip paling mudah nak diamalkan hanya dalam beberapa minit saja.
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.
Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.
Bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi boleh juga lembutkan hati pasangan dan diri ibu sendiri pun sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Ini juga yang selalu di pesan Rasulullah SAW doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.
Adab basuh beras
Genggam beras.
Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa ini dan tiuplah pada beras tersebut.
“Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi”.
4. Cuci dan gaulkan beras arah lawan jam
5. Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan itu pada anak-anak dan pasangan.
Tambahan
Sambil membasuh beras boleh juga berselawat kerana ia turut menjadi pelindung yang baik untuk seluruh ahli keluarga.
Sumber: Ustaz Abdullah Khairi
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.