AGAMA
4 Qul, Perisai Kuat Hindari Hasutan Syaitan Dan Iblis

4 Qul, Perisai Kuat Hindari Hasutan Syaitan Dan Iblis
Semua orang mempunyai hobi. Hobi ini sebenarnya bermula daripada minat. Ia boleh bertukar menjadi bentuk keusahawanan jika diusahakan dengan sebaik-baiknya. Namun, bagaimana kita melihat segala kehidupan itu menjadi ibadah?
Demikian inti pati yang ‘dibongkarkan’ oleh Tadabbur Coach, Mohd Shukri Hushin yang menjadi tenaga pengajar pada program Dapur Barokah: Dari Hobi Menjadi Usahawan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Petaling dan Akademi Sinergi Ikhlas baru-baru ini.
Ketika program yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live AADK, QuranHour dan Akademi Sinergi Ikhlas, Mohd Shukri dan isterinya, Hajilinda Silikun turut menunjukkan cara mudah memasak yong tau foo kepada para peserta dari Kampung Lindungan dan Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
MOHD SHUKRI dan isterinya, Hajilinda turut berkesempatan memasak pada program Projek Dapur Barokah: Dari Hobi Menjadi Usahawan baru-baru ini.
Umat Islam sebenarnya berada zon selesa dalam kehidupan sehingga lupa dan malas. Untuk menjalani kehidupan norma baharu, kita perlu banyak berinteraksi dengan al-Quran melalui membaca, memahami dan beramal.
“Ramai mengatakan yakin dengan ALLAH dan al-Quran sebagai petunjuk kepada hamba yang bertakwa. Begitupun, dalam konteks kehidupan sehari, berapa peratuskah keyakinan terhadap al-Quran?” soalnya.
Pada masa sama, beliau menyarankan umat Islam agar mengamalkan bacaan empat surah iaitu Surah an-Nas, Surah al-Falaq, Surah al-Ikhlas termasuk Surah al-Kafirun untuk membangunkan keluarga sakinah.
“Ingat, dalam kehidupan kita ada musuh yang selalu menghasut hati kita iaitu jin, iblis dan syaitan sebagai musuh nyata. Hakikatnya, kita terlepas pandang musuh yang selalu menghuru-harakan kehidupan kita iaitu diri kita sendiri. Jadi, jangan tuding pada orang lain.
“Sebenarnya, suara kecil dalam diri kitalah yang menghasut emosi yang tidak stabil dan tidak istiqamah dalam ibadah. Nafsu diri lebih sukar dikawal. Oleh itu, kita perlu kebal jiwa agar tidak ditembusi hasutan,” ujarnya.
Terdahulu, seramai 20 peserta hadir pada majlis taklimat dan penyerahan bahan memasak di Masjid al-Islamiah, Kampung Lindungan.
Selain itu, antara pengisian acara adalah sesi #QuranHour iaitu Tadabbur Surah Al-Mulk yang dikendalikan oleh Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Akademi Sinergi Ikhlas, Muhamad Harfiz Hamzah.
DARI kiri, Muhammad Harfiz, Mazlinna dan Hakimin Hafiz ketika penyampaian al-Quran wakaf di Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Mazlinna Kassim pula menyempurnakan majlis penyerahan al-Quran wakaf kepada nazir, Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Hakimin Hafiz Husain dan Nazir Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Muhammad Halim Zamri.
Kedua-dua masjid turut mengaktifkan Rumah Ngaji dengan kerjasama WUIF bagi dimanfaatkan oleh kariah untuk belajar mengaji secara percuma.
Majalah Ilmu: Semoga memberi manafaat kepada kita semua. mudah-mudahan kita semua dimudahkan urusan aamiin.
Foto: Fouziah Amir & Freepik
Sumber: sinar plus
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.