Kisah
21 tahun hidup bersama, suami isteri dij3mput Ilahi selang 72 jam, jenazah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat namun, keadaan jenazah seperti baru mening’gal dan dahinya masih berpeluh

21 tahun hidup bersama, suami isteri dij3mput Ilahi selang 72 jam, jenazah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat namun, keadaan jenazah seperti baru mening’gal dan dahinya masih berpeluh
Mengharapkan j0doh yang berkekalan di dunia sehingga ke syurga perlu disertai dengan t4nggungjawab antara suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mengikut p4nduan Islam yang sebenar.
Perk0ngsian oleh Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia menerusi Faceb0ok ketika menguruskan jen4zah pas4ngan suami isteri yang dij3mput ilahi selang 72 jam ternyata menjentik hatii ramai.
Kedua-duanya yag dikebumikan bersebel4han telah menjalani hidup bersama selama 21 tahun sebelum ajaI memisahkan mereka di dunia ini.
Menurutnya, tanda orang beriman jelas kelihatan ketika jen4zah si suami hendak dikaf4nkan, sekaligus membvktikan kebesaran Allah dan memberi pering4tan kepada semua yang masih hidup.
Allah memuIiakan jen4zah dari dunia lagi

21 tahun hidup bersama, suami isteri dij3mput Ilahi selang 72 jam, Allah S.W.T memuIiakan jen4zah ini dari dunia lagi.
24 Februari 2021 – Bilik Gerakan Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM) menerima panggilan untuk memb4ntu menguruskan satu jen4zah lelaki berumur 65 tahun warga Indonesia.
Oleh kerana arwah pemegang kad permastautin tetap (MyPR), jadinya jen4zah tidak boleh dituntut sehingga selesai urusan dokumentasi dengan pihak berw4jib kemudian barulah segala urusan berkaitan pengebumi4n jen4zah dapat dilakukan.
KASIH HINGGA HUJUNG NY4WA.
Kasih isteri terhadap suaminya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia mninggal dunia 72 jam selepas suami yang dikasihi itu pergi buat selama lamanya aklbat tekanan dar4h rendah.
Si suami mninggaI dunia pada 22 Februari 2021 di sebuah h0spital di Selangor. Manakala si isteri menghembvskan n4fas terakhir 3 hari kemudian di kediamannya di Dengkil aklbat k4nser 0tak.
PENGURUSAN JEN4ZAH
Bagaikan telah berjanji dan begitu indahnya pengaturan dari Allah S.W.T. Dialah yang maha kuasa menyatukan pas4ngan ini dengan pernik4han dan Dia jualah yang mem4tikan pas4ngan ini dan Dia jugalah yang menentukan disemadikan bersebelahan
Seperti tidak boleh berpis4h pas4ngan ini umpama sedang menikmati perjalanan yang indah bersama. Heb4tnya perancanganMu, Ya Allah.
Jen4zah si isteri diuruskan di Dengkil dan selamat dikebvmikan di Tan4h Perkub0ran Islam di Pekan Dengkil selepas Zohor semalam (25 Februari 2021) manakala suaminya pula dikebumikan bersebelahan isterinya sebelum maghrib hari yang sama.
Semasa pr0ses kafan, sekali lagi perkara pelik berlaku..
T4NDA PERGINYA ORANG BERIMAN.
Alhamdulillah,kami ditugaskan untuk menguruskan jenazah si suami di hospital. Saat melihat keadaan jenazah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat itu kami terkejut kerana keadaan jenazah seperti baru meninggal dan dahinya masih berpeluh.
Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku, wajahnya sungguh tenang seperti sedang tidur. Kelu lidah kami sebentar melihat kebesaran yang Allah S.W.T tunjukkan.
Lalu jenazah pun dimandi dengan segera sepertimana biasa. Tetapi, semasa proses kafan. Masya Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku. Dahi jenazah ini mengeluarkan air dan kami lap air tersebut.
Semasa hendak dipakaikan wangian pada jenazah, sekali lagi kami melihat dahi jenazah berpeluh. Kami tutup muka arwah dan selesailah proses mandi dan kafan. Seterusnya kami menuju ke masjid berdekatan rumah arwah untuk solat jenazah. Selesai tugas kami di sini dan seterusnya van masjid pula akan bawa jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah S.W.T telah pun memuliakan jenazah ini di atas jasa-jasanya yang Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.
Mengikut cerita dari anak saudara arwah, bapa saudaranya selalu bangun di tengah malam dan bersolat tahajjud. Ditambah pula amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling semasa arwah masih hidup, yang mana hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.
Wajah tenang seperti sedang tidur..
Sungguh istimewa jenazah ini.
Mayat kebiasannya akan mengeras dan membeku. Tetapi jenazah ini empat hari di dalam peti sejuk mayat. Melihat dari keadaan dagingnya masih merah dan masih berpeluh. Wajahnya tenang seperti sedang tidur.
MasyaAllah, kembalilah jiwa itu dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang.
Rasulullah SAW bersabda:
“Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:”
i. Bila dahinya berkeringat.
ii. Air matanya berlinang.
iii. Hidungnya keluar hingus.
Maka hal tersebut penanda rahmat Allah S.W.T untuk si mayat.
Rasulullah S.A.W bersabda :
إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.
”Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi]
Jom sama sama kita aminkan doa ini.
”Kami bersyukur ya Allah kerana dipilih olehmu untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Terimalah amal kebajikan kami dan ampunkan dosa dosa kami Ya Allah. Semoga dengan petunjukmu dapat jadikan kami yang hina ini insan yang berguna dan dirahmati olehMu dan tempatkanlah pasangan suami isteri ini di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh”. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFFESIONAL ANTARABANGSA
Saiful Nizam
SKUAD TINDAKAN KHAS KHAS SPJM
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












