SEMASA
Yasin dalam keadaan baik, dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih, selain menjadi imam, dia turut mengajar b4nduan lain mengaji
Yasin dalam keadaan baik, dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih, selain menjadi imam, dia turut mengajar b4nduan lain mengaji
Zain Sulaiman memaklumkan bahawa penyanyi Yasin Sulaiman dalam keadaan baik setelah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan iaitu menanam 17 pokok ganja dan mengedar.
Zain Sulaiman dan ahli keluarga lain bergilir-gilir melawat penyanyi berusia 46 tahun itu di penjara yang tidak lupa melakukan amal ibadah.
“Yasin dalam keadaan baik. Dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar.
“Harap dia terus ambil ubat. Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh banduan lain dan kakitangan di sana,”
“Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam, dia turut mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik,” katanya.
Malah Zain berkata, dia juga akan membantu dua anak Yasin untuk melawat bapa mereka yang akan diuruskan dalam masa terdekat.
Selain itu, Zain berkata dia sekeluarga telah mendapatkan khidmat pasukan guaman selain turut melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman agar dapat menampung kos guaman.
“Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduhan yang berat.
“Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Sumber: Harian Metro
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah