KESIHATAN
Wanita Ni Kongsi Ceritanya Yang Kerap Guna ‘Cotton Bud’ Bersihkan Telinga Lepas Mandi, Punca Mengakibatkan Gegendang Telinganya Pecah Dan Merasakan Sakit Yang Tersangat Hingga Tidak Dapat Tidur Semalaman
Wanita Ni Kongsi Ceritanya Yang Kerap Guna ‘Cotton Bud’ Bersihkan Telinga Lepas Mandi, Punca Mengakibatkan Gegendang Telinganya Pecah Dan Merasakan Sakit Yang Tersangat Hingga Tidak Dapat Tidur Semalaman
Ramai orang masih menggunakan putik kapas atau cotton bud untuk membersihkan telinga, bahkan ada juga antaranya kalau sehari tidak dapat korek telinga rasa tidak bersih dirinya. Sepertimana yang telah terjadi kepada seorang wanita ini, disebabkan setiap kali selepas mandi menjadi habitnya mesti korek telinga akhirnya mengundang padah. Tindakan korek telinga tersebut sebenarnya mengundang bahaya dan boleh membawa kepada gegendang telinga pecah.
Faridah Arshad yang juga pengguna aplikasi TikTok telah berkongsi kesan di atas perbuatannya itu menjadi punca mengakibatkan gegendang telinganya pecah dan merasakan sakit yang tersangat hingga tidak dapat tidur semalaman sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
“Mula-mula ingatkan air biasa yang keluar dari telinga tapi rupanya nanah. Makin lama makin sakit sampai terasa bunyi letup-letup dalam telinga. Tak boleh tidur.”
Mendedahkan lagi berkenaan tanda-tanda awal yang dia rasa sebelum benar-benar sakit adalah difahamkan bahawa sebelum itu dia ada dengar seakan bunyi meletup di telingnya.
“Pada hari kejadian yang benda letup-letup tu macam bergerak, itu mula rasa tak selesa. Saya korek telinga dengan cotton bud sebab nak tahu. Bila saya korek yang keluar bukan tahi telinga tapi cecair macam nanah.
“Saya pelik juga sebab keluar nanah tak sakit, itu yang saya korek lagi dan korek lagi makin dalam.
“Malam tu tiba-tiba saya tengar seakan bunyi tup dalam telinga saya dan terus sakit sangat hingga tidak boleh tidur malam. Sakit yang tersangat sakit!,”ujarnya.
Dapatkan Rawatan
Selepas berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan, doktor jelaskan kepadanya bahawa gegendang telinganya pecah.
Atas sebab itu dia telah dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, namun Faridah akui telinganya masih ada nanah yang meleleh dan terpaksa menyumbatkan kapas buat sementara agar cecair tersebut tidak terus meleleh keluar daripada telinganya.
Selain itu Faridah juga mohon agar orang lain tidak lagi menggunakan cotton bud kerana tidak mahu kejadian yang sama berulang pada orang lain.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar buat semua agar tidak lagi menggunakan cotton bud untuk membersihkan telinga.
Hakikatnya kita semua tidak perlu pun korek telinga dan sebaiknya ikut saranan doktor dengan sekadar mengalirkan air bersih pada telinga atau beli ubat titis bagi melarutkan kotoran atau lagi bagus membuat rawatan pembersihan khas bersama doktor yang profesional.
Sumber : TikTok @Faridah Arshad
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.