Connect with us

KESIHATAN

Ini Antara Tanda Kanser Payudara Yang Selalu Dan Jarang Berlaku Yang Para Wanita Mesti Tahu

Published

on

uygiub

Ini Antara Tanda Kanser Payudara Yang Selalu Dan Jarang Berlaku Yang Para Wanita Mesti Tahu

Kanser merupakan salah satu penyakit yang amat ditakuti ramai. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, antara kanser yang paling kerap menjangkiti rakyat Malaysia ialah kanser kolorektal, kanser paru-paru dan kelenjar prostat bagi lelaki manakala kanser payudara, kanser kolorektal dan kanser pangkal rahim merupakan kanser paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Oleh itu, langkah pencegahan dan pengesanan awal patut dilakukan bagi mengelakkan kanser ini merebak dan menjangkiti organ lain. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai simptom kanser payudara, ikuti perkongsian oleh Hello Doktor berikut.

Simptom kanser payudara mungkin berbeza bergantung kepada individu. Kadangkala, kanser payudara tidak akan menunjukkan sebarang simptom hinggalah pesakit didiagnosis dengan kanser tahap 3 atau 4. Tanda-tanda juga mungkin berbeza mengikut jenis kanser payudara dan sejauh mana kanser telah merebak.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh memeriksa payudara sendiri untuk mengesan sebarang ketulan.

Pakar percaya bahawa pemeriksaan kendiri jika dilakukan bersama ujian pengesanan yang lain boleh membantu pesakit untuk mengesan kanser payudara pada tahap yang lebih awal.

Hanya anda yang benar-benar mengenal payudara sendiri. Oleh itu, anda perlu peka dan perhatikan jika terdapat sebarang abnormaliti pada bahagian payudara anda.

Tanda lazim kanser payudara

Antara simptom lazim kanser payudara ialah bengkak pada bahagian payudara, rasa sakit yang luar biasa dan juga perubahan pada bahagian puting.

1. Bengkak atau ketulan pada bahagian payudara

Ketulan yang tidak pernah sembuh atau hilang merupakan antara simptom terawal kanser payudara. Doktor anda boleh mengesan ketulan pada bahagian payudara ketika melakukan mamogram sebelum ketulan tersebut dapat dirasa pada badan.

Selalunya, nodus limfa tidak dapat dirasai oleh orang yang sihat. Namun, kadangkala ia boleh membengkak ketika melawan infeksi. Jika anda sedang demam, normal untuk anda rasa sakit pada sekitar leher ataupun rasa ketulan pada bahagian bawah ketiak.

Namun, bukan semua jenis bengkak atau ketulan pada bahagian payudara bermaksud anda menghidap kanser.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

pp1

2. Sakit yang luar biasa pada bahagian payudara

Kebanyakan kanser payudara menyerang dengan senyap dan tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

Tetapi, kajian telah mendapati bahawa 1 dalam 10 wanita yang mengalami tanda-tanda tertentu seperti sakit pada bahagian payudara ketika datang haid mungkin mempunyai kanser payudara.

Inflammatory breast cancer selalunya bermula dengan sakit pada bahagian payudara. Sakit ini diikuti dengan kulit yang kemerah-merahan dan juga bengkak.

Disebabkan kanser ini menyebabkan payudara menjadi bengkak dan sakit, sukar untuk pesakit sedar tentang kehadiran sebarang ketulan.

Oleh itu, jika anda rasa tidak selesa ataupun sakit pada bahagian payudara, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jika ia bukan kanser, mungkin itu tanda anda sedang menghidap penyakit lain.

3. Sakit pada kawasan puting

Geseran pada baju dalam ataupun alahan boleh menyebabkan puting menjadi gatal-gatal. Namun, ia juga merupakan salah satu simptom kanser.

Penyakit Paget merupakan sejenis kanser yang menyerang kawasan puting payudara.

Jika kawasan puting anda bersisik, gatal, kemerahan dan sakit-sakit, anda mungkin menghidap Paget’s disease.

Selalunya, wanita akan alami simptom ini selama berbulan-bulan sebelum ia didiagnos sebagai kanser payudara.

pp2

tanda kanser payudara

4. Perubahan pada bahagian puting

Satu lagi simptom kanser payudara ialah rasa sakit pada bahagian puting. Kanser payudara boleh mengakibatkan perubahan pada sel payudara di belakang kawasan puting.

Oleh itu, kadang kala, pesakit akan alami masalah puting termasuk ke dalam ataupun nampak lain dari segi saiz dan juga bentuk daripada keadaan asal.

Walau bagaimanapun, keadaan puting boleh berubah ketika wanita datang haid. Namun, itu tidak bermakna perubahan yang berlaku merupakan sesuatu yang normal dan boleh dipandang ringan.

Selain simptom diatas, terdapat juga beberapa simptom atau tanda kanser payudara yang jarang berlaku. Jika anda alami simptom dibawah, ia mungkin disebabkan oleh kanser payudara ataupun merupakan simptom penyakit lain.

1. Buah dada membesar secara tiba-tiba

Buah dada boleh membesar ketika seorang wanita itu mengalami akil baligh. Namun, jika anda sudah lanjut usia, saiz buah dada yang tiba-tiba membesar merupakan salah satu tanda kanser payudara.

Jangan abaikan rasa sakit tersebut jika ia diikuti rasa pedih ketika dipegang. Perhatikan juga sama ada payudara anda berwarna kemerah-merahan.

Selain itu, payudara yang membengkak akan membuatkan pesakit rasa kulitnya tegang di sekitar kawasan payudara.

2. Ulser pada permukaan payudara

Ulser pada permukaan payudara merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku. Namun, ia merupakan salah satu tanda kanser payudara yang tidak patut diendahkan.

Luka dalam bentuk ulser ini boleh terjadi daripada tumor asal (primary tumor) ataupun daripada tumor kedua (secondary tumor) yang telah merebak.

Kadangkala, pesakit jadi amat takut ketika melihat payudara mereka yang dipenuhi ulser. Mereka kemudiannya enggan berjumpa doktor atas alasan malu ataupun takut.

Luka pada bahagian payudara juga boleh menghasilkan bau yang tidak enak. Ini akan membuatkan pesakit kanser payudara rasa amat sedih dan tertekan.

Kanser yang dibiarkan tidak dirawat akan membentuk luka pada bahagian kulit. Kanser tersebut boleh bergerak menembusi lapisan kulit lalu menghasilkan luka terbuka ataupun ulser pada luar payudara.

3. Kulit rasa sedikit panas

Pesakit yang mengalami inflammatory breast cancer (IBC) boleh mengalami simptom kulit rasa panas, merah, membengkak dan sakit. Tambah lagi, pesakit yang menghidap IBC juga boleh mengalami demam.

pp3

Berapa pantas kanser payudara merebak?

Kanser payudara yang telah melalui metastasis turut dikenali dengan kanser payudara tahap 4. Ketika ini, kanser telahpun merebak ke kawasan lain seperti hati, otak, tulang ataupun paru-paru.

Menurut pakar, kanser payudara memerlukan masa 5 tahun di dalam badan pesakit untuk membentuk kanser. Mungkin semasa kali terakhir anda memeriksa payudara, kanser tersebut masih lagi dalam saiz kecil.

Namun, ia boleh membesar dua kali ganda daripada saiz asal jika dibiarkan tidak dirawat. Ketika anda sudah boleh merasa ketulan tersebut, ia mungkin sudah membesar hingga ⅓ daripada saiz bola golf.

Seperti kanser lain, sel kanser payudara boleh berpecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian badan yang lain melalui saluran darah ataupun sistem limfa.

Tumor yang berlaku akibat metastasis akan mempunyai sel yang sama seperti sel kanser di bahagian payudara. Jika sel kanser tersebut merebak ke bahagian paru-paru, sel kanser di paru-paru akan terdiri daripada sel kanser payudara.

Kanser payudara boleh menyerang kembali apabila pesakit sudah sembuh. Hampir 30% wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara akan mengalami kanser lain akibat metastasis.
Walaupun kanser payudara metastasis sukar untuk sembuh secara total, pesakit boleh melakukan rawatan untuk mengekang penyakit tersebut selama beberapa tahun.

Ada pelbagai jenis rawatan yang boleh menjadi pilihan pesakit kanser. Jika satu rawatan itu dirasakan tidak berkesan, banyak lagi rawatan lain yang boleh dicuba oleh pesakit.

Paling penting, jangan pernah putus asa untuk melawan penyakit ini. Selain itu, anda perlu berehat dan kekal bertenang supaya kualiti hidup tetap terjaga.

pp4

Tanda mengikut tahap kanser payudara

Setaip tahap yang berlainan mempunyai simtom yang berbeza. Sebagai contoh:

Tahap 1: Pada tahap ini, simptom sukar untuk dikenal pasti. Mungkin sel kanser wujud pada bahagian payudara, namun ia masih lagi belum merebak ke bahagian lain.

Tahap 2: Kanser sudah mula merebak. Ketulan muncul lebih besar daripada 2 sentimeter. Kanser juga mungkin telah merebak ke bahagian nodus limfa.

Tahap 3: Kanser sudah jadi makin teruk. Kulit payudara mungkin telah dipenuhi dengan ulser disebabkan inflamasi. Pada waktu ini, tumor telahpun merebak ke bahagian dada ataupun nodus limfa yang lain.

Tahap 4: Kanser telahpun menunjukkan semua simptom-simptom yang berkaitan kerana ia telahpun merebak ke bahagian badan yang lain.

Sumber: Hello Doktor, KP Kesihatan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KESIHATAN

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion di Amerika Syarikat – Industri Bernilai Tinggi

Published

on

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion di Amerika Syarikat – Industri Bernilai Tinggi

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion di Amerika Syarikat – Industri Bernilai Tinggi

Ketum, tumbuhan tropika yang berasal dari Asia Tenggara, telah digunakan selama berabad-abad oleh penduduk tempatan sebagai penawar semula jadi untuk kesakitan, peningkatan tenaga, dan memperbaiki mood. Walaupun di rantau ini, penggunaan Daun ketum dilihat sebagai amalan tradisional, ia kini menjadi subjek perdebatan hangat di Amerika Syarikat (AS) kerana penggunaannya semakin meluas dan terus berkembang menjadi industri bernilai $1 bilion. Bagaimanapun, populariti Daun ketum turut datang bersama perdebatan mengenai risiko kesihatan dan cabaran peraturan.

Adakah Daun Ketum Berbahaya?

Setakat ini, masih terdapat kekurangan data saintifik untuk menentukan sepenuhnya keselamatan daun ketum. Menurut para penyelidik, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami sepenuhnya risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan daun ketum. Pengambilan daun ketum secara tradisional jarang menyebabkan kesan buruk, tetapi penggunaan daun ketum dalam bentuk pekat, seperti minuman, mungkin mendatangkan risiko yang lebih tinggi.

Menurut Dr. Kirsten E. Smith, seorang penolong profesor psikiatri dan sains tingkah laku di Universiti Johns Hopkins, bahaya timbul apabila terdapat kemungkinan kesan buruk yang boleh dijangkakan, namun pada masa ini, data yang ada masih belum mencukupi untuk mengesahkan bahawa daun ketum sememangnya berbahaya.

Walaupun begitu, produk daun ketum yang lebih pekat boleh menjadi toksik jika diambil dalam dos yang besar. Ini amat jelas dalam minuman berasaskan daun ketum yang mungkin mengandungi kadar sebatian aktif yang lebih tinggi. Misalnya, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) telah mengeluarkan amaran terhadap produk Black Liquid Kratom yang dikaitkan dengan tingkah laku agresif, peningkatan kebimbangan, dan juga satu kes kematian yang dilaporkan.

Risiko yang Berkaitan dengan daun ketum

FDA memberi amaran bahawa penggunaan daun ketum boleh menyebabkan kerosakan hati, sawan, dan juga ketagihan. Terdapat kes kematian yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan daun ketum, tetapi dalam kebanyakan kes, pengguna juga terlibat dalam pengambilan dadah lain, menjadikan sumbangan kratom dalam kematian tersebut tidak jelas.

Terdapat juga tindakan undang-undang yang melibatkan tuntutan kematian salah terhadap syarikat yang menjual ketum, di mana pihak plaintif mendakwa bahawa tuntutan pemasaran yang mengelirukan dan ketiadaan label keselamatan yang jelas menyebabkan pengguna tidak mendapat maklumat lengkap mengenai risiko yang dihadapi, terutamanya apabila ketum berinteraksi dengan bahan lain.

Ketum sering dipromosikan sebagai alternatif yang selamat kepada opioid atau sebagai cara untuk merawat gejala pengunduran opioid secara sendiri. Walau bagaimanapun, menurut Matthew Rossheim, seorang profesor dari Universiti North Texas yang telah menjalankan kajian mengenai penyebaran ketum di kedai tembakau dan vape, tuntutan ini tidak disokong oleh kajian perubatan yang mencukupi.

Daun Ketum

daun ketum yang telah di petik : Sumber gambar mstar

 

Adakah ketum Diklasifikasikan sebagai Dadah?

Pada tahun 2016, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA) cuba mengklasifikasikan ketum sebagai bahan terkawal, sama seperti heroin dan ekstasi, yang akan menjadikan pemilikan dan pengedaran ketum sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang. Walau bagaimanapun, selepas bantahan kuat daripada kumpulan advokasi pro-ketum, usaha ini ditinggalkan. Sehingga kini, DEA masih menganggap ketum sebagai “dadah yang menjadi kebimbangan.”

Status Perundangan Ketum

Di AS, status perundangan ketum berbeza mengikut negeri. Beberapa negeri seperti Alabama, Arkansas, Indiana, Rhode Island, Vermont, dan Wisconsin telah mengharamkan ketum sepenuhnya atas kebimbangan kesihatan dan keselamatan. Sementara itu, negeri lain seperti Tennessee dan Ohio sedang mempertimbangkan rang undang-undang yang mengatur penggunaan ketum.

Tindakan FDA terhadap Ketum

Walaupun ketum belum lagi dikenali secara meluas di kalangan pengguna AS, FDA telah menyedari penggunaannya dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan ketum untuk tujuan perubatan sehingga keselamatannya dapat dinilai sepenuhnya. Selama beberapa tahun, FDA telah mengeluarkan surat amaran dan menyita produk daripada pengeluar ketum tertentu selepas menerima laporan mengenai kesan buruk, termasuk kematian.

Ketum belum diluluskan oleh FDA untuk sebarang penggunaan perubatan, dan agensi tersebut juga telah membuat kesimpulan bahawa ketum tidak boleh dipasarkan sebagai makanan tambahan atau “aditif makanan dalam makanan konvensional”. FDA telah bekerjasama dengan agensi persekutuan lain, termasuk Perlindungan Kastam dan Sempadan AS, untuk mengawal penjualan produk ini dan memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko penggunaan ketum.

Kajian FDA terhadap Ketum

Penemuan awal daripada kajian pertama FDA mengenai ketum menunjukkan bahawa daun kering yang dikisar dalam bentuk kapsul tidak menimbulkan komplikasi besar; kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan ialah muntah, terutamanya di kalangan mereka yang menerima dos lebih tinggi. Walaupun hasil kajian ini kelihatan menjanjikan, terdapat beberapa had yang perlu diambil kira – kajian ini belum lagi disemak oleh rakan sebaya atau diterbitkan secara rasmi. Kajian ini juga melibatkan sampel yang kecil, hanya 40 peserta, dan penemuan mungkin tidak terpakai kepada minuman dan pekat kratom yang lebih popular.

FDA kini mempunyai tiga kajian yang sedang dijalankan mengenai ketum dan sedang mencari permohonan untuk mendapatkan pembiayaan berjuta-juta dolar bagi menilai potensi penyalahgunaannya. Pada Ogos 2024, FDA mengumumkan hasrat untuk menjalankan kajian keempat, tetapi rancangan tersebut ditarik balik sejurus selepas itu.

Kesan Penggunaan Ketum

Penggunaan daun ketum pada dos rendah diketahui dapat memberi kesan rangsangan kepada individu, yang mungkin berasa lebih bertenaga dan ceria. Ini merupakan sebab utama ketum digunakan secara tradisional oleh petani dan pekerja fizikal di Asia Tenggara untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan kerja. Namun, kesan positif ini hanya terhad kepada dos yang rendah. Jika diambil secara berlebihan, daun ketum boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Kesan Sampingan Penggunaan Ketum Berlebihan

Pengambilan ketum dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan beberapa gejala negatif seperti:

  • Khayal: Pengguna akan mengalami halusinasi atau perasaan tidak sedar.
  • Pening dan Loya: Penggunaan dalam jumlah yang besar sering dikaitkan dengan rasa pening dan mual.
  • Mengantuk: Daun ketum dalam dos tinggi bertindak sebagai sedatif, menyebabkan individu berasa mengantuk.

Kesan buruk penggunaan jangka panjang termasuklah:

  • Bibir dan Kulit Kehitaman: Pengguna yang mengambil ketum secara berterusan mungkin akan melihat perubahan pada kulit dan bibir yang menjadi kehitaman seolah-olah terbakar.
  • Kulit Kering dan Kerap Sembelit: Kulit pengguna menjadi kering dan masalah sembelit sering dilaporkan akibat penggunaan ketum yang berpanjangan.
  • Hilang Selera Makan dan Berat Badan Menyusut: Penggunaan ketum dalam tempoh lama boleh menyebabkan individu kehilangan selera makan, seterusnya menyusutkan berat badan.
  • Masalah Tidur: Ketum menyebabkan gangguan tidur yang boleh membawa kepada insomnia kronik.
  • Hipotiroidisme: Penggunaan berpanjangan mungkin menyebabkan masalah pada kelenjar tiroid.
  • Kerosakan Hati: Pengambilan berlebihan dalam tempoh panjang juga dikaitkan dengan kerosakan hati.

Gejala Ketagihan Ketum

Pengguna ketum yang mengalami ketagihan akan mempamerkan gejala seperti:

  • Sakit Sendi: Pengguna yang ketagih sering mengadu sengal-sengal pada bahagian sendi.
  • Mata dan Hidung Berair: Ini adalah antara gejala awal ketagihan, di mana pengguna kerap mengalami masalah ini apabila tidak mengambil ketum.
  • Rasa Lemah dan Malas Bekerja: Ketagihan ketum mengurangkan motivasi dan tenaga untuk bekerja.
  • Mudah Marah: Individu yang ketagih mungkin lebih cepat berasa marah dan tidak sabar apabila tidak dapat mengambil ketum.

Kesimpulan

Walaupun terdapat kekurangan data saintifik yang mencukupi mengenai keselamatan ketum, industri ini terus berkembang pesat di AS malah di malaysia. Pengguna ketum perlu berhati-hati terhadap potensi risiko yang wujud terutamanya jika produk tersebut diambil dalam bentuk pekat atau digabungkan dengan bahan lain. Pihak berkuasa kesihatan terus memantau perkembangan ini dan berusaha untuk memberikan lebih banyak panduan serta penyelidikan mengenai kesan jangka panjang ketum.

Baca Juga:

15 Khasiat Misai Kucing yang Terbukti Secara Saintifik untuk Kesihatan Anda

Panduan Lengkap Cara Menanam Halia dalam Pasu untuk Hasil Maksimum

 

 

Continue Reading

KESIHATAN

Tips Menurunkan Berat Badan: Panduan Menurunkan Berat Badan dengan Cara Sihat

Published

on

Tips Menurunkan Berat Badan

Tips Menurunkan Berat Badan: Panduan Menurunkan Berat Badan dengan Cara Sihat

Tips Menurunkan Berat Badan

 

Ramai yang mencari tips menurunkan berat badan tanpa menggunakan produk kurus kerana risau jika muncul kesan sampingan daripada produk tersebut. Menurunkan berat badan adalah satu matlamat yang biasa bagi ramai orang, tetapi sering kali menjadi cabaran besar kerana susah untuk konsisten. Artikel ini akan membincangkan pelbagai strategi dan tips menurunkan berat badan dan membantu anda mencapai berat badan ideal dengan cara yang sihat dan berkesan. Berikut adalah tips menurunkan berat badan tanpa menggunakan produk dan dijamin akan memberi kesan positif kepada diri anda jika anda bersabar dan konsisten.

 

Tips Menurunkan Berat Badan

1. Menetapkan Matlamat yang Realistik

Mengukur Berat Badan Ideal
Ketahui berat badan ideal anda berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI). Anda boleh mengiranya sendiri atau menggunakan penggiraan secara dalam talian.

Menetapkan Matlamat Jangka Pendek dan Panjang
Tetapkan matlamat yang boleh dicapai dalam jangka masa pendek dan panjang.

2. Pemakanan yang Sihat

Tips Menurunkan Berat Badan

Pengambilan Kalori yang Seimbang
Kira jumlah kalori yang diperlukan setiap hari untuk mencapai defisit kalori. Anda boleh mengira kalori anda secara dalam talian. Untuk menurunkan berat badan, kalori yang anda perlu ambil adalah tidak melebihi kalori keperluan harian anda. Contohnya, kalori keperluan harian anda adalah 1500 kalori jadi anda hanya perlu mengambil 1000 kalori sahaja untuk memastikan berat badan anda menurun.

Makan Makanan Berkhasiat
Fokus pada makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak.

Elakkan Makanan yang Diproses
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula, garam, dan lemak tepu terutamanya yang ada dalam makanan segera.

3. Merancang Makanan

Menyediakan Makanan di Rumah
Masak sendiri makanan anda untuk mengawal bahan-bahan yang digunakan dan saiz hidangan.

Merancang Menu Mingguan
Rancang menu mingguan untuk memastikan diet anda seimbang dan pelbagai.

4. Aktiviti Fizikal

Senaman Kardio
Lakukan senaman kardio seperti berjalan, berlari, atau berenang sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Latihan Kekuatan
Sertakan latihan kekuatan dua kali seminggu untuk membina otot dan meningkatkan metabolisme.

Aktiviti Harian
Tambah aktiviti fizikal dalam rutin harian anda seperti menggunakan tangga dan berjalan kaki.

5. Mengurus Stres

Teknik Relaksasi
Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, yoga, atau pernafasan dalam.

Rehat yang Cukup
Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam.

6. Meminum Air yang Cukup

Kepentingan Hidrat
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk membantu proses metabolisme dan pengeluaran toksin.

Mengelakkan Minuman Bergula
Kurangkan pengambilan minuman bergula seperti soda dan jus buah yang tinggi kandungan gula.

7. Pantau Kemajuan Anda

Menyimpan Jurnal Makanan
Catat makanan yang anda makan setiap hari untuk memantau pengambilan kalori.

Menimbang Berat Badan Secara Berkala
Timbang berat badan anda setiap minggu untuk melihat kemajuan anda.

8. Sokongan Sosial

Sertai Kumpulan Sokongan
Bergabung dengan kumpulan sokongan yang mempunyai matlamat yang sama juga adalah salah satu tips menurunkan berat badan yang bersesan.

Berkongsi Matlamat dengan Keluarga dan Rakan
Kongsi matlamat anda dengan orang terdekat untuk mendapatkan sokongan dan dorongan.

9. Elakkan Diet Ekstrem

Kesan Buruk Diet Ekstrem
Elakkan diet yang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan masalah kesihatan lain. Selain itu apabila berat badan anda turun secara mendadak akibat diet ekstrem, kemungkinan besar berat badan anda juga akan naik mendadak sekiranya anda sudah berhenti untuk diet. Tips menurunkan berat badan ini perlu diikuti agar kesihatan badan anda terjamin.

Fokus pada Gaya Hidup Sihat
Pilih gaya hidup sihat yang berpanjangan daripada perubahan drastik yang sukar dikekalkan.

Menurunkan berat badan memerlukan komitmen, kesabaran, dan disiplin. Dengan mengikuti tips dan strategi yang dikongsikan di atas, anda boleh mencapai matlamat berat badan ideal anda dengan cara yang sihat dan berkesan. Ingat, setiap usaha kecil akan membawa kepada perubahan besar.

Tips Menurunkan Berat Badan

FAQ

Berapa kerap saya perlu bersenam untuk menurunkan berat badan?
Anda disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, termasuk senaman kardio dan latihan kekuatan.

Adakah saya perlu mengira kalori untuk menurunkan berat badan?
Mengira kalori membantu memastikan anda berada dalam defisit kalori, yang penting untuk penurunan berat badan.

Apakah makanan terbaik untuk sarapan pagi jika ingin menurunkan berat badan?
Pilih sarapan yang tinggi protein dan serat seperti telur, yogurt, dan bijirin penuh.

Bagaimana cara mengatasi keinginan makan makanan manis?
Minum air, makan buah-buahan segar, atau pilih kudapan yang sihat seperti kacang untuk mengatasi keinginan makan makanan manis.

Continue Reading

KESIHATAN

Syed Saddiq berjaya menempuh cabaran dalam Spartan Race dan berkongsi pengalaman.

Published

on

Syed Saddiq

Syed Saddiq berjaya menempuh cabaran dalam Spartan Race dan berkongsi pengalaman.

Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini berkongsi pengalaman menariknya menyertai Spartan Race kategori Beast. Acara larian berbukit ini melibatkan larian sejauh 21.09 kilometer dengan menghadapi kira-kira 30 halangan yang mencabar. Walaupun cuaca panas sekitar 40 darjah celsius, Syed Saddiq tetap nekad menghabiskan lariannya dengan penuh semangat.

 

 

Antara cabaran yang dihadapi ialah Tyrolean Traverse, Armer, dan Olympus Wall. Bagi Olympus Wall, peserta perlu berpaut pada dinding dan bergerak secara melintang tanpa menjejakkan kaki ke lantai, menjadi salah satu cabaran paling sukar bagi Syed Saddiq. Cabaran ini bukan sahaja menguji kekuatan tangan, tetapi juga menguji kepintaran dalam mengatur langkah.

Bagi sesiapa yang gagal mengharungi cabaran Olympus Wall, mereka akan dikenakan penalti berlari sejauh 200 meter sambil membawa beg pasir seberat 30 kilogram. Meskipun begitu, beliau dapat mengharungi semua cabaran dengan jayanya, berkat pengalamannya di Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kekuatan mental yang dimiliki.

Syed Saddiq

Beliau juga berkongsi bahawa Spartan Race merupakan sebahagian daripada ‘checklist’ aktiviti yang ingin disertainya. Sebelum ini, beliau telah menyertai acara ultra-marathon dan Ironman Half, dan kini merancang untuk menyertai acara Ironman Full pada masa akan datang. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, Syed Saddiq terus mengukir pencapaian baru dalam dunia sukan.

Continue Reading

Trending