Connect with us

Kisah

Wanita Muslim Keturunan Britain-Pakistan, Pertama Dalam Sejarah Yang Dinaikkan Pangkat Menjadi Kapten Tentera Laut Diraja Britain

Avatar of kidin

Published

on

FXHNDFN

Wanita Muslim Keturunan Britain-Pakistan, Pertama Dalam Sejarah Yang Dinaikkan Pangkat Menjadi Kapten Tentera Laut Diraja Britain

Durdana Ansari, Wanita Muslim Pertama dalam sejarah keturunan Britain-Pakistan telah dilantik sebagai kapten wanita untuk Tentera Laut Diraja Britain.

“Wanita Muslim dan Pakistan pertama di dunia yang dinaikkan pangkat menjadi Kapten Tentera Laut Diraja. “tulis Durdana Ansari di Twitter seperti dikutip oleh The Express Tribune.

Ansari adalah ahli perniagaan Britain, bekas pengarah amal, wartawan, penyampai dan penerbit selama 22 tahun di BBC World Service. Dilahirkan di Bahawalpur, Pakistan, dia dibesarkan di Islamabad sebelum pindah ke London, di mana dia mendapat ijazah dalam media dan kewartawanan dari Birkbeck University.

Pada tahun 2012, dia menerima Order of the British Empire untuk membuat program pembangunan ekonomi untuk wanita Muslim.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai Duta Jenama untuk Universiti Sains & Teknologi Mirpur (MUST), Swat Relief Initiative (SRI), dan sebagai pemegang amanah untuk ‘Quest for Education’ (QFE).

Pelantikan Ansari sebagai kapten wanita untuk Tentera Laut Diraja Britain telah dipuji secara meluas di media sosial oleh banyak pihak, termasuk penyanyi-penulis lagu Pakistan Asim Azhar, anak saudara Ansari.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU