Kisah
(Video) Walaupun Hidup Dαif Dan Serba Kekurangan, Keadaan Tersebut Tidak Menghalang Seorang Remaja Untuk Mengajar Kanak-kanak Mengaji Secara Percuma
(Video) Walaupun Hidup Dαif Dan Serba Kekurangan, Keadaan Tersebut Tidak Menghalang Seorang Remaja Untuk Mengajar Kanak-kanak Mengaji Secara Percuma
Perkongsian video tersebut yang dimuat naik oleh Vitaminbae di saluran YouTubenya itu menyentuh hati pelbagai pihak dan kini tular di laman web tersebut, selain meraih 14,300 tontonan serta menerima 1,400 tanda suka.
Walaupun hidup dαif dan serba kekurangan, keadaan tersebut tidak menghalang seorang remaja untuk mengajar kanak-kanak mengaji secara percuma di Kampung Tawau Lama.
Rahmat Ansir, 18, berkata, pada mulanya tidak berniat untuk membuka kelas mengajar al-Quran, namun keinginan mula timbul apabila jirannya merayu supaya dia mengajar anaknya mengenal al-Quran.
“Ada orang di sini (jiran) minta tolong saya untuk mengajar anaknya mengenal al-Quran, namun aku bilang diriku sendiri tidak seberapa juga tetapi dia merayu pada saya asalkan anaknya pandai alif ba ta. Aku terima, alhamdulillah anaknya kini sudah mengenal al-Quran.
“Keesokan harinya, aku menerima lagi murid baharu setelah dibawa oleh jiranku tadi dan alhamdulillah, sekarang sudah ada 20 hingga 30 murid aku mengajar, namun kadang-kadang aku kesian pada muridku kerana rumahku tempat mengajar sangat kecil dan tidak selesa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Rahmat yang menetap dengan neneknya berkata, timbul perasaan malu pada dirinya untuk mengajar kanak-kanak itu kerana dia tidak habis melanjutkan pelajarannya di sebuah madrasah di Indonesia kerana mahu menjaga neneknya, seorang penjual kuih di Sabah.
“Dalam hati berdosa sebab pengajianku tidak sehebat orang lain yang boleh khatam al-Quran tetapi kesian budak-budak di sini yang betul-betul mahu belajar mengenal al-Quran, malah aku akan berpesan pada murid-murid jika diriku ada salah, beritahu abang (Rahmat) sebab abang pun baharu belajar dan kita sama-sama belajar.
Antara rekasi netizen yang tersetuh dengan apa yang dilakukan oleh Rahmat
“Kalau ikutkan al-Quran, iqra dan kelengkapan mengaji di sini memang tidak cukup dan kebanyakannya semua diberikan oleh orang ramai dan ibu bapa pada murid-muridku.
“Aku kesian pada mereka sebab bila waktu padat iaitu selepas maghrib, mereka akan berkongsi al-Quran dan ada juga yang berebut-rebut, namun itu sahaja yang aku mampu,” katanya.
Dalam pada itu, Rahmat berkata, dia juga mengambil tindakan yang mulia mengutip buku-buku lama yang diajar di sekolah atau meminta daripada rakan-rakannya bagi tujuan pembelajaran kanak-kanak di situ yang tidak bersekolah disebabkan kurang berkemampuan.
Menurutnya, dia juga membuat satu tabung untuk anak-anak berkenaan demi mengajar murid-muridnya menabung supaya duit tersebut dapat digunakan mereka untuk membantu ibu bapa mereka, jika keadaan terdesak untuk menggunakan duit.
“Sudah tiga kali tabung itu dipecahkan oleh pencuri, namun aku kumpul duit upahku dan telah aku gantikan semula supaya murid-murid ini dapat gunakan dan beri kepada ibu bapa mereka.
“Di sini kebanyakannya kurang berkemampuan dan kalau nak mengaji pun jauh dari kampung. Ini juga sebab aku mengajar anak di sini mengaji,” katanya.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah