Connect with us

Kisah

(VIDEO) Selepas 30 Tahun, Kampung ‘Ghaib’ Muncul Kembali

Published

on

UDHG8ASWG

(VIDEO) Selepas 30 Tahun, Kampung ‘Ghaib’ Muncul Kembali

Sebelum ini ‘lenyap’ selama 30 tahun kerana pembinaan empangan, Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, kini dapat dilihat semula. Ia selepas kemarau menyebabkan paras air empangan berkenaan turun mendadak.

Mirror UK melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu dapat dilihat selepas kawasan berkenaan tidak dilanda hujan selama hampir dua bulan.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunan di permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu.

Penduduk tempatan dapat melihat kereta berkarat dan jalan lama.

reu2022hm 1645492438

Ketika musim kemarau, kampung lama itu akan muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik sebelum ini menyebabkan kampung itu tenggelam.

Bagaimanapun, kini adalah musim sejuk, tetapi hampir keseluruhan kawasan kampung itu dapat dilihat. Kapasiti empangan itu pada masa ini hanya 15 peratus. Ia sekali gus mendedahkan bangunan dan struktur di kampung berkenaan. Pesara Maximino Perez Romero, 65, berkata dia berasa seperti sedang menonton filem.

Sumber; hmetro

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.