Connect with us

Kisah

(Video) Sanggup Menyewa Helikopter Semata-mata Ingin Menaburkan Wang Dari Udara Sebanyak RM 52 ribu Untuk Meraikan Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

Avatar of kidin

Published

on

uygbn

(Video) Sanggup Menyewa Helikopter Semata-mata Ingin Menaburkan Wang Dari Udara Sebanyak RM 52 ribu Untuk Meraikan Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

Biasanya majlis perkahwinan pasti diwarnai dengan pelbagai acara menarik seperti persembahan silat, tarian tradisional, pertunjukan bunga api dan sebagainya. Acara itu adalah bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana majlis dalam budaya masyarakat Melayu.

Namun apa yang berlaku di Pakistan ini memang sesuatu yang sangat tidak diduga, malah jauh tidak terfikir dek akal kita semua.

15HMros 1615847709

Sewa helikopter, tabur duit dari udara

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan sebuah helikopter yang berlegar dalam satu majlis perkahwinan di sana.

Memetik laporan, helikopter tersebut disewa oleh empat beradik dalam keluarga Rana Family yang bersepakat meraikan majlis perkahwinan salah seorang daripada mereka.

Difahamkan pada awalnya, adik-beradik lelaki dalam keluarga Rana itu dikatakan telah menetap di Itali sejak 20 tahun lalu atas urusan perniagaan di sana.

Bagaimanapun adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain sahaja yang tinggal di Pakistan kerana menjaga rumah dan tanah hak milik keluarga.

Bersempena dengan majlis perkahwinan adik bongsu itu, kesemua beradik tersebut bersepakat kembali ke tanah air untuk meraikan hari bahagia mereka bersama.

Sebagai kenang-kenangan, mereka bersepakat menyewa sebuah helikopter dengan kos kira-kira RM42,000 sebagai simbolik kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian, helikopter itu yang bergerak dari kediaman mereka menuju ke dewan perkahwinan di Phalia dikatakan telah menabur sejumlah wang kertas matawang Dolar dan Euro kepada orang awam di sepanjang perjalanan.

Turut sama yang berpeluang menikmati ‘hujan’ wang tunai tersebut adalah para tetamu yang terlibat dalam perarakan majlis perkahwinan.

Menurut sumber, wang tunai yang ditaburkan adik-beradik kaya itu berjumlah kira-kira RM52,000.

Video yang dimuat naik ke Youtube seperti di bawah.

Sumber: Gulf News / Curlytales / Youtube

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.