SEMASA
[Video] Demi Nak Menghafaz Al-Quran Dalam keadaan Yang Serba Kekurangan, Pelajar Muslim Di Kenya Tulis Al-Quran Atas Kayu
[Video] Demi Nak Menghafaz Al-Quran Dalam keadaan Yang Serba Kekurangan, Pelajar Muslim Di Kenya Tulis Al-Quran Atas Kayu
Tidak semua dikurniakan dengan nikmat kesenangan yang melimpah ruah, ada yang diuji dengan kesus4han. Salah satu nikmat atau peluang yang mungkin kita tidak sedari adalah apabila boleh bersekolah dan belajar dalam keadaan yang baik.
Masih ramai kanak-kanak di dunia ini tidak mendapat akses pendidikan yang sebaiknya. Pun begitu, ia tidak menghalang mereka untuk sentiasa berusaha mencapai kejayaan walaupun dalam keadaan yang serba ked4ifan. Sama seperti golongan kanak-kanak di sebuah sekolah agama di Kibusu, Kenya, yang gigih belajar dengan menulis ayat Al-quran di atas kayu.
Menerusi video yang dimuatnaik IlmFeed di Youtube, kanak-kanak itu dilihat sedang belajar di dalam kelas yang serba kekurangan. Tiada meja dan kerusi, hanya bersimpuh di atas lantai, peralatan belajar mereka hanyalah dakwat dan kayu.
Sambil menulis, mereka akan menghafal dan membaca ayat Al-quran tersebut. Setelah selesai digunakan pada hari itu, kayu tersebut akan dicuci dan digunakan pada esok hari pula. Dalam tempoh itu, kanak-kanak tersebut perlu mengingati ayat Al-quran yang telah ditulis oleh mereka.
Shaykh Sulaiman Moola yang melawat kanak-kanak itu kagum dengan semangat mereka yang mencintai dan memartabatkan Al-quran walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Moga kita juga sentiasa berlapang dada dan mencintai Al-quran dengan sepenuh hati walau dalam apa keadaan sekalipun.
Jom saksikan video di bawah ini untuk ‘menelusuri’ kegigihan kanak-kanak di Kenya ini.
Sumber: IlmFeed via https://detikkiniviral.net/
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.