Connect with us

SEMASA

Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew Dedah Amal Kebajikan Siti Sarah Semasa Masih Hidup

Avatar of majalahilmu

Published

on

Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew Dedah Amal Kebajikan Siti Sarah Semasa Masih Hidup

Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew Dedah Amal Kebajikan Siti Sarah Semasa Masih Hidup

Pemergian seorang penyanyi yang terkenal, Siti Sarah Raissuddin dijemput ilahi pada pagi tadi turut mendapat reaksi dari seorang pendakwah yang terkenal Ustaz Ebit Lew.

Menerusi entri Instagram, Ebit menitipkan rasa sedihnya atas kehilangan tersebut dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah atas pemergiannya.

Dalam memberitahu, penyanyi lagu Kesetiaan itu pernah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.

bgbgb

“Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” coretnya menerusi Instastory.

Pagi tadi, berita duka itu dikongsi pelawak, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

rnhfnfgndg

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music. Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Majalah ilmu: Sama-sama doakan buat arwah. AlFatihah.

Sumber: Utusan Online / Wowberita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU