Connect with us

SEMASA

Penyanyi Terkenal Allahyarham Siti Sarah Berkali Bertanya, Mahu Bayarkan Sewa Rumah Untuk Orang Miskin

Published

on

Penyanyi Terkenal Allahyarham Siti Sarah Berkali Bertanya Mahu Bayarkan Sewa Rumah Untuk Orang Miskin

Penyanyi Terkenal Allahyarham Siti Sarah Berkali Bertanya, Mahu Bayarkan Sewa Rumah Untuk Orang Miskin

Baru-baru ini telah dikabarkan dengan penyanyi terkenal ini dimasukkan ke hospital.

Selama tiga malam tidak putus doa orang ramai mahu melihat Siti Sarah Raisuddin kembali sedar. Takdir tuhan tetap menginginkan ibu anak empat ini kembali ke pangkuanNya. Melihatkan kasih sayang sebegitu untuk Allahyarham Siti Sarah menginsafkan banyak jiwa.

Sewaktu hayat Sarah, di sebalik aktifnya berniaga, terselit jiwa yang dekat dengan amal kebajikan. Menerusi insta story yang dikongsikan, Ustaz Ebit Lew, menulis akan pekerti baik yang pernah Sarah lakukan semasa hayatnya.

Banyak Kali Allahyarham Siti Sarah Nak Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin

Berkali-kali Sarah bertanyakan padanya untuk membayarkan rumah sewa orang miskin dan anak yatim yang pernah dibantu sebelum ini.

“Ya Allah sedihnya rasa. InsyaAllah @Shuibsepahtu @sitisarahraisuddin dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

@sitisarahraisuddin banyak kali tanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.. semoha Allah beri syurga Firdaus padanya.

Sabar ya @shuibsepahtu Allah sayang.. insyaAllah.”

Screen Shot 2021 08 09 at 9.13.10 AM

Tepat jam 5.13 pagi tadi, Siti Sarah Raisuddin, 37 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, bayinya yang baru dilahirkan secara pembedahan.

Al-Fatihah.. Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia. Salam takziah buat Shuib sekeluarga.

Majalah ilmu: Semoga shuib dan keluarga tetap tabah. Sama2 doakan buat ar wah. AlFatihah

Sumber: Ebit Lew / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.