SEMASA
Syukur, Ustaz Ebit Lew Selamat Sampai Di Bumi Gaza Diiringi Dengan Kereta Berperisai, Ustaz Mohon Maaf Kerana Tidak Boleh Selalu ‘Update’

Syukur, Ustaz Ebit Lew Selamat Sampai Di Bumi Gaza Diiringi Dengan Kereta Berperisai, Ustaz Mohon Maaf Kerana Tidak Boleh Selalu ‘Update’
Sejak pendakwah yang terkenal ini, Ustaz Ebit Lew menuju ke Gaza bertujuan untuk misi kemanusiaan, sangat jarang kita dapat lihat perkongsiannya di laman sosial seperti yang selalu.
Ada satu masa, rakyat di negara Malaysia sedikit panik juga apabila pendakwah itu langsung tidak pernah memuat naik sebarang perkembangannya di sana sampailah beliau memecahkan kebimbangan orang ramai dengan memaklumkan beliau berada dalam keadaan selamat.
Sudah selamat masuk Gaza
Lepas beberapa bulan disana, Ebit Lew telah memuat naik satu perkongsian di laman sosial pagi tadi dengan mengabarkan sudah selamat memasuki bumi Gaza, Palass tin dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai disepanjang perjalanannya.
Terima kasih sangat kepada yang banyak membantu
Katanya, team yang disertai beliau adalah merupakan team yang pertama di dunia yang dibenarkan memasuki melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru sahaja ini.
Dalam perkongsian beliau awal pagi tadi, Ebit Lew sempat mengucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan Malaysia, kedutan Malaysia di Mesir, Tengku Mahkota Johor (TMJ), pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga kerajaan Mesir yang banyak sangat membantu didalam misi ini.
View this post on Instagram
Kata beliau lagi, Semasa kali pertama jejakkan kaki ke bumi Palass tin, perasaannya seperti balik ke kampung halaman sendiri berkemungkinan kerana doa yang selalu kita panjatkan kepada rakyat disana.
Beliau juga turut jelaskan bahawa dia kurang memuat naik perkembangan semasa menjalankan misi kerana faktor keselamatan. Jadi, Ebit Lew berharap semua rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar dan selamat.
Majalah ilmu: Semoga perjalanan ustaz Ebit Lew disana berjalan dengan lancar. Marilah sama-sama kita mendoakan ustaz disana agar selamat dengan perlindungan Allah SWT. Semoga Allah kekuatan dan semangat kepada semua mereka di san. Aamiin.
Sumber: Facebook Ebit Lew, Instagram Ebit Lew / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
SEMASA
“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”

“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”
Seorang guru wanita dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom, Pontian pada Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Jamaliah Aris, 37, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya.
Namun siapa sangka, perjalanan yang sepatutnya berakhir dengan pertemuan seorang ibu dan anak bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat keluarganya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain, kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dan sebuah lori Isuzu putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan lori berkenaan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan dan kenderaan turut disita.
Polis turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam masa sama, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak trafik IPD Pontian.
Perkongsian berita itu mengundang rasa sedih ramai netizen yang membayangkan betapa beratnya kehilangan tersebut buat anak-anak dan keluarga mangsa.
Ramai turut menitipkan doa agar roh Jamaliah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Kadang-kadang, ada insan yang keluar rumah hanya untuk melakukan rutin harian biasa.
Namun tanpa diduga, itu menjadi perjalanan terakhir dalam hidup mereka.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













1 Comment