SEMASA
Anggota Polis Temui Hidayah, Memeluk Islam Ketika PKP

Anggota Polis Temui Hidayah, Memeluk Islam Ketika PKP
Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah seorang anggota polis. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak menghalang hasrat seorang anggota polis untuk memeluk agama Islam selepas memperoleh petunjuk Allah SWT.
Menerusi sebuah posting di laman Facebook Polis Daerah Rompin, Banyong Sering mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Rompin, Mohd Nabil Mohd Fauzi di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin, pada Jumaat lalu.
Difahamkan, anggota polis berusia 38 tahun itu memilih nama Islam iaitu Muhammad Adam Benjamin Sering sekali gus disambut baik oleh warganet yang turut meluahkan rasa syukur.
Rata-rata mendoakan agar lelaki yang berasal dari Sri Aman, Sarawak itu kekal beristiqamah di jalan Allah SWT dan dipermudahkan urusan dalam menjalani kehidupan sebagai saudara baharu.
Moga jadi muslim yang taat
Moga Allah merahmati hidupmu
“Terima kasih, alhamdulillah”
Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.
Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.
Sumber: Facebook Polis Daerah Rompin / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah