SEMASA
Ust Ebit Lew Sayu Melihat Dua Beradik OKU, Belikan Kerusi Roda Elektrik

Kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk dua orang beradik yang ditemui oleh Ust Ebit Lew ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Kemahuan yang tinggi untuk berusaha dan terus hidup telah mengatasi kekurangan fizikal dua beradik ini. Benarlah kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Mereka tidak sesekali menjadikan kekurangan mereka sebagai OKU sebagai alasan untuk berputus asa atau berpeluk tubuh menunggu orang lain menghulurkan bantuan dan simpati.
Selagi ada kudrat, selagi itu mereka cuba berusaha untuk meneruskan hidup dengan penghasilan sendiri.
BACA JUGA: Suami Cacat Kaki Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Haji, Bertongkat Dan Sentiasa Ditemani Isterinya
Walaupun OKU, Tidak Malu Mencari Rezeki Halal
Walaupun tidak mempunyai anggota badan yang sempurna, mereka tidak malu untuk berusaha mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan.
Dua beradik ini tidak mempunyai kaki dan tangan yang sempurna. Oleh itu, pergerakan mereka sangat terbatas untuk berjalan, ataupun memegang menggunakan tangan.
Dengan idea kreatif mereka berdua, mereka menggunakan kayu beroda dan duduk di atasnya untuk bergerak ke satu tempat dari satu tempat yang lain dengan mudah. Selain itu, mereka juga meletakkan bakul buah diatasnya untuk dijual.
Melihat keadaan serta kegigihan dua beradik ini, ust Ebit Lew tidak melepaskan peluang untuk menyantuni mereka dan menghulurkan bantuan yang sepatutnya.
Beliau juga sempat membeli satu kerusi roda elektrik untuk kegunaan mereka berdua secara bergilir-gilir dan menghulurkan sejumlah wang tunai untuk kegunaan harian dua beradik ini.
Bukan itu sahaja, beliau turut berkongsi pesanan untuk dua beradik ini agar kekal tabah menghadapi ujian, jaga solat dan mentaati perintah Allah. Kelihatan juga mereka berpelukan bertiga sambil mengesatkan air mata.
BACA JUGA: Skim MyEzyCover | Pembiayaan Insurans Kenderaan Penjawat Awam
Menuai Komen Positif Netizen
Tidak asing lagi, Ust Ebit Lew memang terkenal dengan sifat pemurah dan prihatin beliau lebih-lebih lagi terhadap golongan yang memerlukan bantuan. Ini menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen positif di setiap postingan beliau.
“Terima kasih Ustaz bantu mereka dua beradik, semoga mereka terus kuat untuk cari rezeki buat keluarga mereka, ujian manusia ni berbeza beza, ada yang berat, ada yang ringan, tapi ketahuilah bila mana kita diuji, itu tandanya Tuhan sayang dengan kita, dia masih peduli akan kita. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada ❤️”
“Allahuu..sebak tanpa sedar kluar airmata sis..rasa terharu sgt ..tabahnya 2 brder ni..semoga dprmudahkan segala urusan dn buat ustaz kesyangan semua..tkasih atas kasihsyg yg ustaz .tunjukkan semoga murah rezeki..tkasih ustazah..hanya ALLAH yg dpt membalas budi baik ustaz.”
Disamping itu, netizen turut memuji dan terharu melihat kecekalan dua beradik yang kurang upaya (OKU) ini untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai pujian serta doa yang dilontarkan untuk mereka berdua.
“Masyaallah walaupun mereka hidup begini tpi hati drg kuat dan redha atas ujian diberi .mereka inspirasi buat kita even ada kekurangan masih teruskan kehidupan seperti biasa ❤️ semoga mereka sentiasa dlm lindungi ALLAH dan dimurahkan rezeki slalu buat mereka .amiiinn🤲🏻 ❤️”
“kita ni yg sempurna tubuh badan klu tak besyukur lagi dan malas bekerja tak tahulah nk kata apa.”
“Allahu Akbar..posting2 mcm nilah buat saya selalu x jadi g salon2 kecantikan utk cantikkan itu dan ini..ikut hati kata nak kalu dah cantik, nak cantik lagi tapi Iman kata jangan (semacam ada yang menegah berbuat demikian) ..Dah cukup sempurna Allah kurniakan saya dengan wajah Dan tubuh badan yg sihat/x cacat pada mana2 anggota tubuh badan.Syukur Alhamdulillah..😭😭😪😪”
Apapun, semoga ini menjadi inspirasi untuk kita agar sentiasa berusaha dan tidak berputus asa dalam kehidupan.
Sumber: FACEBOOK UST EBIT LEW
SEMASA
isteri Kehilangan Terjawab: Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah, Anak Dedah Punca Sebenar

Tanda Tanya Kehilangan Nadia Kesuma Terjawab, Disahkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung
Kehilangan pelakon terkenal, Nadia Kesuma, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi dan tanda tanya orang ramai yang sejak beberapa hari lalu tertanya-tanya mengenai nasib pelakon berkenaan.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, anak arwah turut memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung selepas dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.
Namun begitu, perkara yang lebih meruntun perasaan apabila keluarga dimaklumkan mengenai pemergian arwah lewat, iaitu sekitar jam 11.10 malam, dan makluman tersebut disampaikan oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini,” katanya lagi sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan ibunya.
Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi platform media sosial masing-masing.
Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis.
Arwah merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan, dengan perjalanan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.
Pemergian mengejut pelakon yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta ini nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh peminat yang mengikuti perjalanan seninya selama ini.
SEMASA
PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah
Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.
Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor
Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding
Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.
Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.
Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:
“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”
Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.
Didenda RM9,000
Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.
Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.
“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.
Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.
SEMASA
Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong
Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.
Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.
Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.
Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














