Petua
Ubi Manis Mempunyai Banyak Khasiat, Cara Tanam Ubi Manis / Keledek Dalam Guni Atau Karung
Ubi Manis Mempunyai Banyak Khasiat, Cara Tanam Ubi Manis / Keledek Dalam Guni Atau Karung
Tak sah kalau tidak beli ubi manis ni Kalau pergi tamu atau pasar, sebab mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Ubi manis adalah sejenis tanaman yang menjalar dan amat senang ditanam. Cepat dituai selepas ditanam iaitu sekitar 5-6 bulan sahaja.
Antara khasiat ubi manis ni ialah membekalkan tenaga, kaya dengan vitamin C yang baik untuk tulang, gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah.
Selain itu, ubi manis mengandungi zat besi yang membantu pengeluaran sel darah putih, mengurangkan stress dan memetabolismekan protein.
Ubi manis juga kaya dengan potassium yang mengawal degupan jantung dan signal saraf, mengawal aktiviti buah pinggang dan mengurangkan bengkak.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memakan ubi manis dalam diet mereka.
Karotenoid yang terdapat pada ubi kayu mampu melawan kanser dan meningkatkan daya tahan penyakit seseorang.
Mulai hari ini amalkan memakan ubi manis setiap hari kerana ia mempunyai banyak khasiat.
CARA TANAM UBI MANIS /KELEDEK DALAM GUNI ATAU KARUNG
Bagi anda yang tidak mempunyai kawasan menanam yang luas, anda boleh cuba cara ini. Ambil pucuk ubi dibahagian paling hujung sekali (gambar)
Isi guni dengan tanah hitam dicampur dengan pasir dan baja subur, tak kisah la berapa karung yang korang nak isi, lagi banyak karung, lagi banyaklah hasilnya nanti.
Tebuk lubang pada guni tersebut dan cucuk pucuk ubi tadi pada lubang tersebut, siram setiap hari, ubi akan berbuah lebih kurang 4-6 bulan.
Inilah hasil tuaiannya
Dah ada idea nak tanam ubi dalam guni, lepas ni akak tak perlu lagi beli ubi, jom tanam.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah