Petua
Satu Formula Yang Dipanggil ‘Kompas Kewangan’, Kalau Guna Formula 30:60:5:5 Ini, Gaji RM2500 Boleh Simpan RM750 Sebulan
Satu Formula Yang Dipanggil ‘Kompas Kewangan’, Kalau Guna Formula 30:60:5:5 Ini, Gaji RM2500 Boleh Simpan RM750 Sebulan
Perkongsian Nur Aliah Mohd Nor (Lia Omey) di laman Facebooknya. Mungkin anda rasa tak mungkin nak simpan duit RM750 jika bergaji RM2500. Namun segalanya tak mustahil jika anda menggunakan formula 30:60:5:5. Semoga formula yang dikongsikan ini boleh membantu anda menyimpan duit setiap bulan.
Rupanya Sangat Mudah Kalau Kita Simpan Duit Gaji Guna Formula 30:60:5:5 Ni
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
▶️ Untung (30%)
▶️ Terpaksa (60%)
▶️ Bocor (5%)
▶️ Sampah (5%)
Dapatkan dulu pendapatan bersih korang.
Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih
1. Untung (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.
Simpanan ini termasuklah dengan:
> Simpanan jangkamasa pendek
> Simpanan jangkamasa panjang
> Simpanan emergency
> Simpanan pelajaran
> Simpanan pencen
> Simpanan pelancongan
> Simpanan wakaf
> Simpanan sedekah
Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:
> Tabung Haji
> Saham
> Unit Trust
> Takaful (Islamic Insurance)
> EPF
> ASB
> Hartanah
> Emas
2. Terpaksa (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.
Contoh loan:
> Loan rumah
> Loan kereta
> ASB Financing
> Personal loan
> PTPTN
Contoh sara diri dan keluarga:
> Minyak kereta
> Bil telefon
> Bil api air
> Keperluan keluarga
Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
3. Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh:
> ASTRO
> Kredit kad
Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
4. Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.
Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC)
> Tealive, Starbucks
> Karoke
> Tengok wayang
Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan:
> Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan
> Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan
> Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.
Nota: Formula Abg Abu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.