Connect with us

SEMASA

Tokoh Agamawan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menjawab Pertanyaan Pengguna Media Sosial Berhubung Hukum Berpuasa Warga Johor Yang Bekerja di Singapura

Published

on

jhgc

Tokoh Agamawan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menjawab Pertanyaan Pengguna Media Sosial Berhubung Hukum Berpuasa Warga Johor Yang Bekerja di Singapura

Tokoh agamawan terkenal, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman Twitter miliknya berkata demikian menjawab pertanyaan pengguna media sosial berhubung statusnya yang bekerja di Singapura.

Penduduk beragama Islam yang tinggal di Johor namun bekerja sepanjang hari di Singapura dibenarkan untuk menyambut perayaan Aidilfitri hari ini.

Mukarramah Mustapa dalam satu hantaran menjelaskan ramai warga Johor yang bekerja di Singapura keliru samada perlu berpuasa atau menyambut Aidilfitri susulan waktu Subuh atau sahur masih berada di Malaysia.

Bagaimana pun, terpaksa berada di Singapura bermula pagi hingga tengahari akibat tuntutan pekerjaan.

Susulan itu, Zulkifli menjelaskan bahawa umat Islam yang berada dalam situasi tersebut boleh menyambut perayaan Aidilfitri seperti biasa.

“Boleh berhari raya di Johor sebelum ke tempat kerja. Boleh makan sepanjang berada di Singapura tetapi afdhal di tempat tertutup kerana meraikan waktu setempat yang masih berada dalam Ramadan.

“Selain itu, solat sunat hari raya hanya sekali, tidak perlu dua kali,” jelasnya menerusi hantaran media sosial terbabit.

Akhbar melaporkan umat Islam yang menetap di Singapura bakal menyambut perayaan Aidilfitri esok susulan pengiraan mendedahkan bahawa anak bulan Syawal tidak mungkin dilihat pada waktu matahari terbenam semalam.

Sumber; KOSMO! ONLINE

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.