Connect with us

Kisah

Kisah Warga Emas, Tok Wan Yang Berusia 68 Tahun Menjadi Rider Penghantar Makanan Untuk Menyara Hidup

Published

on

sdvd

Kisah Warga Emas, Tok Wan Yang Berusia 68 Tahun Menjadi Rider Penghantar Makanan Untuk Menyara Hidup

kerja sebagai rider penghantaran makanan ini kebiasaannya dilakukan oleh orang-orang muda kerana ia memerlukan tenaga dan kepantasan.

Sayu bila melihat seorang atuk yang dikategorikan sebagai warga emas, berusia 68 tahun tetapi masih melakukan kerja penghantaran makanan demi meneruskan hidup.

Ramai netizen yang tersentuh melihat seorang tua yang dalam keadaan fizikal yang tidak berapa baik masih melakukan kerja seperti ini.

Lelaki yang dikenali dengan panggilan Tok Wan itu sudah dua bulan bekerja sebagai rider untuk sebuah syarikat Ehailing. Difahamkan sebelum ini Tok Wan bekerja sebagai pemandu lori.

Video mengenai Tok Wan itu dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok danielasyhraf1370 yang kini menjadi viral apabila ditonton lebih 1.4 juta kali di aplikasi Tiktok.

Selepas tular mengenai video tersebut terdapat ramai dikalangan netizen yang menawarkan diri untuk memberikan bantuan kepada Tok Wan.

Semoga Tok Wan diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan beliau.

 

PicsArt 11 20 06.17.04

Antara komen dari netizen
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.