Petua
Tips Supaya Pokok Bendi Berbuah Banyak, Di Setiap celah ada buahnya
Tips Supaya Pokok Bendi Berbuah Banyak, Di Setiap celah ada buahnya
Puan Liyana Mohd Poad berkongsi tip yang boleh dipraktikkan untuk mereka yang menanam pokok ini di rumah. Jika betul caranya insya-Allah pokok bendi berbuah banyak, setiap celah akan ada buahnya.
Tip supaya bendi berbuah banyak di setiap celah
Bagi yang suka tanam bendi saya beri tip supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah. Rujuk gambar untuk tip tip tersebut.
Sebelum itu asasnya bendi perlu dua perkara yang sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.
Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah. Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras. Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal keran bendi senang berbuah dan senang dijaga.
1. Cari benih bendi renek
Ini namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau. Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu. Pokok ini saya tanam dalam polibeg saiz 14″
2. Letak tempat penuh cahaya
Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.
3. Daun kena buang bila petik buah
Apabila petik buah, buang sekali daun yang menyokong buah tersebut.
Ini paling penting. Selepas petik bendi, buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Puan Liyana Mohd Poad
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah