Petua
Tips Cantik Dan Bertenaga Dengan Rebusan Air Kunyit

Tips Cantik Dan Bertenaga Dengan Rebusan Air Kunyit
Kunyit adalah sejenis herba yang amat dikenali dan popular bagi masyarakat melayu kita. Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.
Tahukah anda bahawa terlalu banyak alasan terbaik mengapa seorang wanita harus mengamalkan minum air kunyit ini.
Air kunyit menyimpan banyak manfaat untuk tubuh, terutamanya dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan berkesan untuk kekal buang angin di tubuh, langsing, lancarkan piriod dan banyak lagi kebaikkan dan manfaatnya.
Menyedari kebaikan ini, Puan Noor Azlina dan Puan Reen menyediakan sendiri ramuan air herba kunyit ini untuk diamalkan.
Menurut perkongsian Puan Noor Azlina :
Ina suka buat sendiri air kunyit sebab jimat dan sedap sangat. Tak payah beli dah buat jer kat rumah. Time period pom ina minum sebab boleh lawaskan , darah keluar memang berketul ketulla keluar (cakap terus)
Badan pom ringan jer.. Angin pom keluar laju jer. Kalo nak kurus tu tak tahula boleh ker tak minum air kunyit berhantu ni. Motif minum air ni sebab nak bagi badan ringan jer..muka pom nampak aa seri . Korang tengokla bahan bahan mudah je.
Kunyit , halia , asam jawa , nise ( ore kelate pangil) a.k.a gula melaka. Pastu 2 biji serbuk manjakani ( tak nak boh pom tak ape). Korang agak agakla sendiri. Jangan lupa blender kunyit + halia.
Ina guna botol air mineral kecik ni utk seminggu minum. Ikut step kat bawah tu
Daun panan jangan lupa Tak buh tak sedap tau. Masakla sampai gelegak
Tadaaa dah siap tapis dan terus isi dalam botol.
Hari hari buat minum. Setengah cawan.
Kaedah betul cara buat Homemade kunyit.
- 1 Ketul Kunyit Hidup
- 1 Ketul sederhana Halia
- 3 batang serai dikutuk
- 1 sudu besar asam jawa (tapis)
- 2 ketul gula melaka atau digantikan 1 atau 2 sudu besar madu asli (tetapi jika ingin guna madu…campurkan ketika hendak diminum nanti.)
- 1 sudu kecil halba
- 2 biji manjakani ketuk2 kasar..jika ank dara/belum berkahwin yg nak minum jamu nie minum bole abaikan bab manjakani tu ye..x perlu letak.
Kaedahnya:
- Masukkan 6 cawan air kedalam periuk. Rebus semua bahan hingga mendidih.
- Tutup api dan sejukkan sekejap dalam 10-15 minit.
- Sudah agak sejuk..kisar air rebusan tadi bersama semua bahan2 yg dimasukkan td
- tapis air td.
- Rebus lagi dlm 5 minit dan sejukkan.
- Minum ketika suam 1 cawan waktu pagi sebelum makan. Boleh juga masukkan dlm peti ais lebihan air td dan minum untuk esoknya.
Pesanan dan tips penting :
- Amalkan 2 atau 3 kali sminggu.
- Untuk wanita hamil, berpantang dan menyusukan anak tidak digalakkan minum ye, takut memberi kesan pada kandungan dan baby yang menyusu nanti.
- Untuk wanita yg keguguran boleh minum untuk beri tenaga pada tubuh badan.
- Jika sedang period, boleh mnum tapi setengah cawan je, minum 1 kali sepanjang tempoh period.
- Untuk masalah period tidak teratur, boleh minum macam biasa 2 atau 3x sminggu.
- Jika sedang makan ubat dari hospital, jarakkan antara 1 hingga 2 jam baru minum jamu nie.
- Banyakkan minum air kosong untuk membantu proses pembuangan toksin lebih cepat dan lancar nanti.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
Sumber : Puan Noor Azlina
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.