Connect with us

Petua

Tips Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau, Cuma Guna 3 Bahan Sahaja Hasilnya Bersih Dan Bau Pun Hilang

Avatar of kidin

Published

on

muka

Tips Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau, Cuma Guna 3 Bahan Sahaja Hasilnya Bersih Dan Bau Pun Hilang

Kebersihan bantal jarang diberi perhatian meskipun sebenarnya ia adalah tempat pengumpulan kuman dan bakteria tanpa kita sedari.Sekurang-kurangnya bantal perlu dicuci setiap enam bulan sekali bagi memastikan ia dapat bertahan lebih lama.Bantal diperbuat daripada pelbagai jenis bahan termasuk bulu angsa, kekabu, polister atau lateks.

Macam mana nak bersihkan bantal begini? Nah! Boleh cuba cuci bantal ini ikut cara yang dikongsi oleh Nismira melalui akaun TikTok miliknya. Menggunakan 3 bahan hasilnya bantal penuh peta memang bertukar bersih.

553

Tips bersihkan bantal yang kotor, kuning dan berbau

1. Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.

2. Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.

3. Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.

4. Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.

5. Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.

6. Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas.

7. Kemudian boleh dijemur hingga kering.

8. Hasilnya…memang puas hati

1025724

Kata Nismira setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.

Selamat mencuba

Sumber: Nismira

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.