Connect with us

Petua

Cara Membancuh Simen Lantai Paling Mudah Tak Sakit Pinggang, Lagi Mudah Kerja

Published

on

jsj

Cara Membancuh Simen Lantai Paling Mudah Tak Sakit Pinggang, Lagi Mudah Kerja

Rumah teres kebiasaannya akan ada ruang tanah 3 kaki atau 5 kaki di dalam pagar, kebiasaanya akan dijadikan ruang untuk bercucuk tanam seperti serai, kunyit dan sebagainya. Ada juga yang lebih selesa untuk simen sahaja bahagian tersebut agar lebih kemas dan tidak terbiar begitu sahaja dengan ditumbuhi rumput atau lalang.

Ada antara kita yang akan melakukan DIY sendiri menyimen agar dapat berjimat. Untuk yang kali pertama melakukan kerja tersebut, bolehlah jadikan panduan daripada Ahmad Saif. Kaedah yang dikongsikan berkenaan cara untuk membancuh simen akan menjadi kerja menyimen lebih mudah.

Tips melapis lantai konkrit batu mudah tanpa besi

Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 je), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber je.

Ratio konkrit:
1 beg simen
2½ kereta sorong pasir
1 kerata sorong batu

Langkah 1 : Letak simen atas bukit pasir

simen

Langkah 2 : Pecahkan beg simen

simen1

Langkah 3 : Cedok pindah ke sebelah..cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir cepat bercampur.

simen2

Langkah 4 : Pindah sekali lagi, cedok bawah

simen3

Langkah 5 : Dah sekata pun, buat lah kawah

simen4

Langkah 6 : Tabur batu di tebing kawah

simen5 1

Langkah 7 : Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 min untuk resapan.

simen6 1

Langkah 8 : Anda akan rasa tebing tu sangat lembut..sangat mudah dan ringan..tarik dan ratakan je..sambil tarik akan rata dengan sendiri

simen7 1

Langkah 9 : Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. pastikan air tak bertakung. Done

simen8

Ini adalah layer konkrit kasar yer..licin tak DIy lagi.

Sumber : Ahmad Saif

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.