Connect with us

Petua

Tips Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih Supaya Berbuah Lebat

Published

on

tips 2

Tips Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih Supaya Berbuah Lebat

Ada banyak khasiatnya Buah lemon yang kita tahu. Jadi tak rugi tanam di rumah. Selain melalui keratan batang dan daun, lagi satu cara untuk tanam lemon adalah dari biji benihnya. Beli lemon dan ambil bijinya untuk dijadikan benih. Caranya dikongsi oleh Fazliana Musa.

1. Beli buah lemon segar, ambil biji dan cuci.

2. Jemur biji lemon tadi hingga kering (saya jemur dalam 2-3 hari juga).

3. Kemudian simpan dalam bekas bertutup yang dilapik dengan tisu basah. Cara ini lebih kurang dua minggu kita akan nampak tunasnya keluar. Tapi jika mahu tunas keluar lebih cepat buang kulit biji lemon selepas dijemur. Insya-Allah 2-3 hari tunas akan keluar.

Tanam Pokok Lemon

4. Bila tunas dah mula naik boleh alih anak benih ke bekas semaian. Bila anak benih keluar empat helai daun alih ke tanah atau dalam pasu.

Tanam Pokok Lemon Tanam Pokok Lemon

Tip sekiranya tanam pokok lemon tak mahu berbuah

Ada juga yang dah berjaya tanam pokok lemon tapi tak berbuah pula walau dah bertahun tahun . Kalau begini keadaannya boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh netizen.

Tanam Pokok Lemon

Foto Facebook Norfarizah Bakar

  • Kalau pokok lemon tak berbuah hanya lebat daun, buat teknik luruh daun untuk paksa pokok berbuah. Pangkas juga dahan kalau terlalu rimbun.
  • Bubuh baja buah.
  • Sembur dengan bancuhan air ajinomoto. Sukatannya:
    – 5 sudu makan ajinomoto bersama 1 liter air bagi pokok setahun ke atas dan yang kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
    – Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
    – Waktu siraman : waktu redup petang jam 6 ptg ke atas. Siram 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.

Insya-Allah selepas melakukan tip ini, pokok lemon akan berbunga dan berbuah.

Tanam Pokok Lemon

Foto Facebook Raudzah Abd Salam

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.