INFO
Berapa Jauh Anda Boleh Pergi Dengan Meter Minyak Berkelip?
Berapa Jauh Anda Boleh Pergi Dengan Meter Minyak Berkelip?
Dalam perkongsian Ilmu kenderaan kali ini admin nak memberi sedikit ilmu tentang asas pengetahuan kenderaan.
Sebelum ini ramai pemandu kenderaan diluar sana tertanya-tanya berapa jauhkah kereta anda mampu untuk berjalan jika lampu amaran E minyak kereta anda menyala dan berkelip-kelip.
Perkara ini menjadi igauan ramai orang kerana bimbang akan kehabisan minyak atas jalan jika terus memandu, bagaimanapun ia bukanlah digalakkan, lakukan jika hanya keadaan memaksa.
Jadi, pentingkah untuk mengetahui jarak anggaran ini? sebenarnya ia penting untuk mengetahui jarak kereta anda boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.
Dikongsikan oleh Encik Zulhisham Tokasid mengenai perkara ini, katanya anda jangan ‘panic’ jika lampu amaran minyak anda menyala.
Mari baca perkongsian beliau:
Jangan panic jika indicator fuel anda menyala di julat E.
Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ):
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.
2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.
3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.
3. Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.
Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.
Sumber : Malaysian Review
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.