INFO
STR 2025: Cara Mohon, Rayuan & Kemaskini
STR 2025: Cara Mohon, Rayuan & Kemaskini
Untuk tahun 2025 akan datang, kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai satu langkah untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. STR adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan B40 dan sebahagian M40 dengan tujuan meringankan beban hidup dan memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat.
Berikut dikongsikan info lebih lama mengenainya.
Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah kesinambungan daripada program bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
STR berfokus kepada keluarga dan individu berpendapatan rendah yang memerlukan sokongan kewangan tambahan bagi menampung keperluan asas serta mengurangkan impak inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terrkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
STR 2025 menawarkan bantuan tunai secara one-off kepada individu dan isi rumah yang layak, dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima.Bagi tahun 2025, kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan yang signifikan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
- Jumlah peruntukan meningkat kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya.
- Peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, bersamaan dengan 60 peratus penduduk dewasa negara
Kategori Penerima STR 2025
Penerima STR 2025 dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu:
- Isi Rumah (Keluarga B40 dan Sebahagian M40): Merangkumi pasangan suami isteri dengan tanggungan anak-anak atau orang tua.
- Warga Emas (Berusia 60 Tahun Ke Atas): Warga emas yang hidup sendirian atau bersama ahli keluarga lain tetapi memerlukan bantuan kewangan.
- Bujang (Individu Berpendapatan Rendah): Individu bujang yang tidak mempunyai tanggungan serta berpendapatan rendah.
Syarat Kelayakan STR 2025
Rujuk syarat-syarat kelayakan STR mengikut kategori di bawah. Pastikan anda memeriksa syarat kelayakan dengan teliti sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
Berikut syarat-syaratnya:
Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan
iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA:
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
BACA JUGA: Bantuan Raja Sehari | Bantuan RM1000 Kepada Pasangan Pengantin Baru Johor
Cara Permohonan STR 2025
Terdapat dua cara untuk memohon STR 2025, iaitu:
1. Permohonan Baharu Melalui Portal STR
Untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, kerajaan telah menyediakan platform secara dalam talian melalui Portal STR. Berikut langkah-langkahnya:
- Layari laman rasmi Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Portal ini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, atau tablet.
- Pemohon yang pertama kali menggunakan Portal STR perlu mendaftar akaun. Klik pada butang ‘Permohonan Baharu STR’ dan lengkapkan maklumat seperti nama penuh, nombor MyKad, alamat emel, nama bank, no akaun bank, nombor telefon dan sebagainya. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut:
-
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sebelum menghantar permohonan, semak semula semua maklumat yang telah diisi. Pastikan semuanya tepat untuk mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Setelah pasti maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat, klik pada butang Hantar. Satu notifikasi pengesahan akan dipaparkan sebagai bukti bahawa permohonan telah berjaya dihantar.
NOTA:
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
2. Permohonan Secara Manual di Pejabat Hasil
Selain secara online, anda juga boleh memohon STR 2025 secara manual di pejabat hasil berdekatan. Rujuk langkah-langkahnya di bawah ini:
- Dapatkan borang permohonan. Borang permohonan STR boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah atau di pejabat LHDNM berdekatan.
- Isi borang dengan lengkap. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa pemprosesan.
- Sediakan dokumen sokongan yang mungkin diperlukan, seperti: Salinan MyKad pemohon, Salinan sijil perkahwinan/perceraian/kematian (jika berkenaan), Salinan MyKad/MyKid anak-anak (jika berkenaan), Bukti pendapatan terkini, dan sebagainya.
- Serahkan borang yang telah diisi berserta dokumen sokongan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berdekatan anda.
- Jika memerlukan bantuan, anda boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di pejabat LHDNM.
Tarikh Akhir Permohonan STR 2025
Tarikh akhir permohonan STR 2025 adalah pada 30 November 2024. Bagi melayakkan anda menerima STR Fasa 1, pastikan anda membuat permohonan sebelum 30 November ini. Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Rayuan STR 2025
Bagi pemohon yang TIDAK LAYAK, anda boleh cuba untuk membuat rayuan. Rujuk cara-caranya di bawah:
- Layari laman rasmi Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Portal ini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, atau tablet.
- Log masuk ke akaun anda.
- Seterusnya, klik butang “Permohonan Semakan Semula (Rayuan)”
- Lengkapkan semula borang dengan maklumat yang diperlukan.
- Buat semakan, dan sahkan.
- Hantar. Selesai.
NOTA:
- Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat untuk semua pemohon yang berstatus “Tidak Lulus”, kecuali untuk kes Kod Duplikasi dan Kod 32 (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian)
- Walaupun tiada tempoh masa yang tepat dinyatakan, biasanya proses rayuan mengambil masa beberapa minggu untuk diproses. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status rayuan secara berkala melalui portal rasmi dan menghubungi talian hotline STR jika tiada maklum balas selepas tempoh yang munasabah.
- Jika rayuan diluluskan, pembayaran akan bermula dari fasa seterusnya.
BACA JUGA: Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen – RM300/bulan
Kemaskini STR 2025
Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDN atau melalui penghantaran Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Kemas Kini Maklumat Permohonan STR adalah bagi membenarkan Permohonan STR yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
- Maklumat Waris
Muat turun PDF soalan-soalan lazim berkaitan kemaskini STR di sini: SOALAN_LAZIM_FAQ_MySTR_KEMASKINI-MAKLUMAT-STR-2025
Kadar Bayaran STR 2025 Bagi Setiap Kategori
Bagi tahun 2025, kadar bayaran STR akan meningkat bagi setiap kategori. Ia merupakan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selama ini.

Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro Awani
Peningkatan ini bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara. Berikut ialah kadar peningkatan bayaran STR 2025:
- Kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
- Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600
Rujuk gambar rajah di bawah untuk kadar bayaran STR 2025 mengikut kategori:

Rujukan: Soalan Lazim STR 2025
Kaedah Pembayaran STR
Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya; tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit .
Jadual Pembayaran Kaunter Pedalaman Sabah & Sarawak
- Pedalaman Sabah (i) Jadual Pembukaan Kaunter Kawasan Pedalaman Negeri Sabah.
- Pedalaman Sarawak (i) Jadual Pembukaan Kaunter Kawasan Pedalaman Negeri Sarawak.
Maklumat Lanjut STR 2025
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau v. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2025, anda boleh ikuti dan layari:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
BACA JUGA: Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) | Bantuan Kewangan Sehingga RM1,500
INFO
Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap
Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap
Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!
Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.
Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.
Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!
Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09
INFO
Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai
Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai
Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.
Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):
KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN
Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!
Ringkasan Majlis:
Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan
Hari: Hari Bekerja (Weekday)
Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)
Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)
Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)
KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?
Keindahan Senibina Masjid Sendayan
Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!
Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang
Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.
Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)
Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.
Penjimatan Bajet yang Ketara
Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!
Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!
Kredit: ainulamer
INFO
Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ
Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ
Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.
Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.
Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan
Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.
Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.
Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?
Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.
Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.
Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.
APA YANG PATUT KITA BUAT?
Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!
Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.
Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah
-
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
-
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
-
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
-
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
-
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
-
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


