SEMASA
SPiM Tekno | Skim Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM500,000
Berita baik buat usahawan diluar sana! Anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM500,000 berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno (SPiM Tekno).
SPiM Tekno
Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno (SPiM Tekno) ini diwujudkan adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan khusus kepada usahawan dalam bidang teknologi dan di bawah Program Pembangunan Usahawan Tekno.
Sila rujuk syarat-syarat asas dan khusus dibawah sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
BACA JUGA: MyLesen GDL 2.0 | Subsidi Lesen Memandu, Wujudkan 700 Kuota Peluang Pekerjaan
Syarat-syarat Asas
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
- Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
- Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Skop Pembiayaan
Skop pembiayaan yang ditawarkan melalui skim ini meliputi:-
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Ubah suai Premis Perniagaan
Had Pembiayaan
Berikut ialah merupakan had pembiayaan yang akan ditawarkan melalui skim ini dengan tempoh pembiayaan selama 1-10 tahun @ 12-120 bulan.
> Milikan Tunggal / Perkongsian :
- Minima: RM50,000.00
- Maksimum: RM250,000.00
> Syarikat Sdn. Bhd :
- Minima: RM50,000.00
- Maksimum: RM500,000.00
Jaminan Atau Cagaran
Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau; Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau; Gabungan kedua-duanya sekali.
Atau; Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.
Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
Cara Memohon
Sekiranya berminat untuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui dalam talian di pautan berikut: https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat negeri/daerah berhampiran anda.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.