SEMASA
MyLesen GDL 2.0 | Subsidi Lesen Memandu, Wujudkan 700 Kuota Peluang Pekerjaan
MyLesen GDL 2.0 | Subsidi Lesen Memandu, Wujudkan 700 Kuota Peluang Pekerjaan
Sukacita dimaklumkan, kepada Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai kelas D (tempoh memegang lesen sekurang-kurangnya satu tahun) atau kelas E Competent Driving License (CDL) dan tiada dalam senarai hitam mahkamah, anda dialukan-alukan untuk memohon subsidi bagi mendapatkan lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi dibawah inisiatif program MyLesen GDL 2.0.
BACA JUGA: PerantiSiswa | Tarikh Terima Peranti Fasa Pertama & Cara Membuat Permohonan Fasa Kedua
MyLesen GDL 2.0
Untuk makluman anda, MyLesen GDL 2.0 adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.
Dengan wujudnya program ini, ia menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19 dan secara holistik kepada industri yang terlibat.
Sasaran Program
- Individu yang sedang mencari kerja khususnya kepada individu yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
- Syarikat-syarikat logistik/pengangkutan besar atau kecil yang memerlukan pekerja (pemandu kenderaan perdagangan/pemandu lori).
- Penempatan pekerjaan adalah bergantung kepada tawaran pekerjaan oleh industri.
Syarat Permohonan (Calon/Peserta)
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Memiliki kelas D atau E Lesen Memandu Kompeten (CDL).
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tiada dalam senarai hitam sama ada oleh pihak mahkamah, JPJ, atau PDRM.
- mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
- Penyertaan calon adalah tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Sekiranya berminat untuk memohon, sila layari pautan berikut: https://forms.gle/hTvePaM6bTesTxdE8
NOTA: Program ini terhad kepada 700 kouta sahaja (terhad kepada permohonan awal). Permohonan akan ditutup setelah kuota dipenuhi.
Syarat Permohonan (Syarikat Logistik/Pengangkutan)
- Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Penyertaan syarikat adalah tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Mana-mana syarikat logistik/pengangkutan yang ingin memohon subsidi ini, sila hantarkan permohonan anda melalui pautan berikut: https://forms.gle/S6ryiJcaXaiFsJLz7
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda melalui emel berikut: mygdl2.0@mot.gov.my
Atau, sila rujuk pautan berikut: https://www.mot.gov.my/
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.