INFO
Tidak Perlu Bergaduh Dengan Adik Beradik, Ini Solusinya Siapa Yang Patut Pegang Geran Tanah Apabila Ada Banyak Nama
Tidak Perlu Bergaduh Dengan Adik Beradik, Ini Solusinya Siapa Yang Patut Pegang Geran Tanah Apabila Ada Banyak Nama
Banyak di kalangan keluarga di Malaysia yang selalu menjadi konflik masalah tentang harta peninggalan orang tua apabila sudah meni nggal. Kerap akan terjadi masalah di antara adik beradik tentang siapa yang akan patut memegang geran tanah apabila di dalamnya mempunyai banyak nama. Sampai ada situasi yang bermasam muka Kerana takut mahu beri adik beradik lain pegangnya.
Untuk mencegah masalah ini tidak berlarutan, Konsultan Guaman Tanah yang juga Pengasas E-Guaman Hartanah, Salkukhairi Abd Sukor telah membagikan penjelasan tentang solusinya dengan kes ini.
Ini hanya isu kecil saja
Kebanyakan masalah ini selalu dihadapi kepada penama-penama didalam geran kongsi pemilikan bersama. Isu ini kecil sahaja sebenarnya. Tetapi kerana tiada ilmu, benda yang kecil sahaja pun boleh jadi bahan untuk berbalah satu sama lain.
Ramai saya dapati hanya satu pihak sahaja yang “konker” pegang geran. Bila orang lain nak pinjam geran untuk sesuatu urusan, bukan main kerek nya dia.
Pasal konon takut geran hilang lah. Takut nanti tidak pulang balik lah. Bermacam-macam alasan diberinya. Macam lah geran tanah tu boleh bawak mati dalam kubur.
Tidak perlu sampai takut kalau tidak pegang geran
Isu ini sebenarnya, isu siapa yang patut pegang geran tanah itu tidak penting pun. Dan tidak sepatutnya pun dijadikan bahan untuk menjadi perbalahan.
Asalkan nama anda sudah didaftarkan dalam geran itu tersebut sebagai pemilik yang sudah berdaftar, dari segi perundangan hak dan kepentingan anda akan sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Jadi apa yang nak ditakutkan kalau tak pegang geran sekalipun.
Tiada masalah kalau nak pindah milik/ jual tanah
Habis tu nanti kalau dia seorang saja yang pegang geran, kalau saya nak jual atau buat pindahmilik kepada anak saya macam mana? Banyak jugak yang tanya soalan ni.
Sebenarnya tak de masalah, kalaulah sekiranya pemilik bersama yang pegang geran tu tak kasi pinjam geran untuk anda uruskan urusan pindahmilik, anda sebenarnya boleh tulis surat kepada pejabat tanah memaklumkan yang anda ingin melakukan urusan pendaftaran pindahmilik tetapi pemilik bersama yang pegang geran tersebut enggan serahkan geran tanah asal tersebut kepada anda.
Pejabat tanah boleh arahkan pemilik bersama yang pegang geran asal tanah tadi menyerahkan geran tanah asal tersebut kepada pejabat tanah untuk tujuan di atas.
Boleh buat geran pendua jika enggan serah
Sekiranya pemilik bersama tadi enggan beri kerjasama, pejabat tanah boleh keluarkan GERAN PENDUA untuk membolehkan urusan pendaftaran pindahmilik tadi dilakukan.
Bukan itu sahaja, pemilik bersama yang degil tak nak serah geran tanah asal tadi boleh diambil tindakan undang-undang seperti didenda atau dipenjara.
Kemudian ada juga yang tanya. Tak boleh ke pejabat tanah keluarkan satu geran seorang kepada setiap pemilik bersama? Baru lah senang.
Dalam Kanun Tanah Negara menyatakan dalam satu masa, hanya satu Suratan Hakmilik Asal (Geran Tanah Asal) sahaja akan dikeluarkan untuk satu bidang tanah.
Ertinya, setiap satu tanah hanya akan ada satu geran asal sahaja. Dia tidak akan jadi 10 geran atau 20 geran untuk satu tanah, walaupun penama dalam geran itu melebihi seorang.
Jadi soal siapa nak pegang geran asal tu pakat-pakat lah anda selesaikan secara baik.
Amalan biasa, pemilik paling besar bahagian akan pegang
Dalam Kanun Tanah Negara tak de pun menetapkan syarat-syarat siapa yang patut pegang geran untuk tanah geran pemilikan bersama ni. Cuma dari segi amalan kebiasaannya, mungkin pemilik bersama yang mempunyai bahagian terbesar yang akan pegang geran.
Pun begitu ia tidak semestinya begitu. Boleh sahaja kalau nak dibuat penggiliran siapa yang pegang geran. Misalnya tahun ni Pak Abu pegang geran. Tahun depan Pak Karim. Begitulah seterusnya sampai semua pemilik bersama dalam geran tu merasa pegang geran asal tanah tersebut.
Boleh simpan di Pejabat Tanah
Tetapi kalau masih nak bergaduh jugak, simpan sahaja lah geran asal tanah tu kat pejabat tanah. Kalau korang nak tahu, Pejabat tanah ada sediakan perkhidmatan menyimpan geran asal bagi sesuatu tanah.
Cara ini lebih baik dan lebih selamat. Geran pun selamat. Tak payah nak bergaduh soal siapa nak pegang geran lagi.
Kalau mana mana pemilik bersama ada sebarang urusan nak buat berkenaan tanah tersebut seperti nak buat urusan pindahmilik bahagian dia kepada anak dia misalnya, boleh terus ke pejabat tanah dan petugas di pejabat tanah akan dapatkanya untuk anda. Selepas selesai urusan tersebut, pejabat tanah akan simpan dan jaga geran tersebut bagi pihak anda.
Inilah pentingnya ilmu perundangan hartanah. Kalau takde ilmu pasti semua tindakan kita akan berdasarkan emosi dan perasaan.
Jika faham undang-undang masalah tanah selesai dengan baik
Urusan tanah ni kalau nak selesai guna emosi dan perasaan, memang tak kan selesai lah jawabnya. Sebaliknya nak selesai kena ikut lah Undang-undang.
Undang-undang tanah di negara kita ni bukan semalam baru kerajaan gubal.
Dah ada sejak merdeka lagi. Jadi ia antara Undang-undang yang boleh dikatakan lengkap dan detail di negara kita. Pendek kata, jika anda faham undang-undang, insyaallah semua masalah berkenaan tanah akan dapat diselesaikan dengan baik.
Majalah ilmu: Semoga dengan perkongsian solusi ini dapat memberi anda ilmu pengetahuan dan dengan ilmu ini insyallah apabila anda sudah faham jadi anda tidak perlu risau lagi dan tak perlu lagi untuk ada perbalahan antara adik beradik lagi selepas ini.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Salkukhairi Abd Sukor / Vanillakismis
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment