Connect with us

INFO

Sebelum Kita Mahu Membeli Perlu Tahu 5 Ciri Durian Musang King Untuk Mengelak Dari Ditipu

Published

on

Sebelum Kita Mahu Membeli Perlu Tahu 5 Ciri Durian Musang King Untuk Mengelak Dari Ditipu

Sebelum Kita Mahu Membeli Perlu Tahu 5 Ciri Durian Musang King Untuk Mengelak Dari Ditipu

Masa sekarang musim durian, harga pun sudah semakin murah. Tetapi durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang harganya kekal juga harga mahal.

Hanya sebiji sahaja boleh mencecah RM100 bahkan lebih pada bukan musim. Walaupun begitu peminatnya tetap ada dan sanggup untuk membelinya.

Dikeranakan harga yang tinggi maka sebelum hendak beli perlulah tahu ciri durian Musang King ini. Takut-takut nanti di tipu. Terutama kepada yang baru mahu rasa dan belum mahir lagi tentang ciri durian jenis ini.

1. Jenis durinya yang bentuk piramid

Durian Musang King mempunyai duri-duri yang berbentuk piramid,  dan sederhana rapat dan ada tepian yang rata.

c8ngovouwaauobm 24 48 473167

2. Buahnya berbentuk bujur

Durian Musang King kebiasaannya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadang berbentuk seperti buah pinggang). Anda pernah nampak buah pinggang? macam itu lah bentuknya.

whatsapp image 2020 06 12 at 11.39.31 pm 24 43 406621

3. Tapak sulaiman

Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.

tanaman durian musang king asli 24 26 965070

4. Tidak berduri di pangkal

Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.

tiada duri di pangkal 24 15 629839

5. Warna isi kuning kunyit

msuang king r 24 07 408110

Warna isinya berwarna kuning diraja (sebabnya itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya yang manis, sangat berlemak dan juga berkrim disertai sedikit rasa kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang sangat seimbang dan pastinya sangat sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya mudah dibuka dan ditanggalkan.

Majalah ilmu: Kepada yang penggemar pasti sudah tahu cara mengenal buah ini. Tetapi kepada yang baru mahu mencuba anda perlu tahu cara mengenal buah ini kerana mengelakkan anda dari ditipu dengan harganya yang sangat mahal. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.