Connect with us

Kisah

Seorang Warga Emas Yang Didakwa Wanita Tertua Di Dunia Berusia 399 Tahun

Avatar of kidin

Published

on

EWIghaeir

Warga Emas Didakwa Wanita Tertua di Dunia Berumur 399 Tahun

Rakaman video seorang warga emas yang dituduh wanita tertua di dunia berusia 399 tahun. Rakaman video yang disiarkan di TikTok kini telah mencapai 100.7 juta tontonan.

sami5

sami6

Sementara itu, ada yang mengatakan bukan 399 tetapi lelaki berusia 163 tahun.

sami

Ramai yang mempersoal kebenaran usia wanita tersebut namun tak kurang juga yang percaya.

Rupanya 109 Tahun

Namun, perkara tersebut rupanya rekaan semata-mata. Wanita tua didakwa 399 tahun itu sebenarnya adalah seorang sami lelaki berusia 109 tahun.

Sami Budha bernama Luang Pho Yai atau Lung Ta, 109, sami yang tinggal di Thailand ini menjadi perhatian global kerana video yang dimuat naik oleh cucunya di laman TikTok @auyary13.

Menerusi akaun tersebut, terpapar beberapa buah video berkenaan sami tersebut. Video tular tersebut adalah rakaman sami tersebut sedang mendoakan seorang kanak-kanak perempuan daripada katil h0spital.

Individu Tertua Di Dunia, Wanita Jepun

Menurut CNN, individu tertua di dunia adalah seorang wanita Jepun, Kane Tananka yang berusia 119 tahun. Cucunya berkongsi gambar neneknya di laman Twitter dengan ucapan selamat hari lahir.

Kane Tananka telah melihat peristiwa-peristiwa bersejarah dunia seperti P𝐞rang Dunia Pertama, Kedua dan d𝐞mam Spanish pada 1918.

sami2

Pada 2019, The Guinness Book of World Records telah mengiktiraf beliau sebagai individu tertua di dunia.

Perkara yang luar biasa, aneh-aneh atau ganjil serta pelik sememangnya membuatkan masyarakat seronok untuk tahu dan kongsi. Tetapi apa yang lebih penting, semak dan cari tahu dahulu sebelum mempercayai sesuatu fakta atau kenyataan agar tidak tertipu hidup-hidup.

Sumber & kredit : [Reuters] [TikTok @auyary]

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.