Kisah
Seorang Wanita Dari Tokyo Sanggup Meninggalkan Anak Perempuannya Berusia 3 Tahun Selama Seminggu Di Rumah Demi Pergi Bercuti Bersama Kekasih
Seorang Wanita Dari Tokyo Sanggup Meninggalkan Anak Perempuannya Berusia 3 Tahun Selama Seminggu Di Rumah Demi Pergi Bercuti Bersama Kekasih
Mahkamah Daerah Tokyo menjatuhi huku.man pen.jara 8 tahun terhadap seorang wanita berusia 26 tahun kerana mengabaikan anak perempuannya yang berumur 3 tahun sehingga menyebabkan mangsa mening.gal dunia. wanita dari Tokyo tersebut sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia 3 tahun selama seminggu di rumah demi pergi bercuti bersama kekasihnya.
Tinggalkan Anak 3 Tahun Seminggu Bersendirian
Laman berita News On Japan melaporkan semalam bahawa tertuduh meninggalkan mangsa bersendirian di rumah mereka selama seminggu pada 2020.
Mahkamah membuat keputusan tersebut terhadap Saki Kakehashi kelmarin selepas dia, mengaku bersalah.
Sumber : Asahi
Wanita itu telah meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa di apartmen mereka di bandar Ota ketika dia menghabiskan masa bersama teman lelakinya di bandar Kagoshima selama seminggu. Wanita itu menganggap anaknya akan baik-baik sahaja.
Kakehashi membuat panggilan kecem.asan dan berkata, Noa tidak bernafas sejurus sekembalinya daripada percutian tersebut pada 13 Jun 2020, demikian menurut agensi berita Kyodo News.
Perut Anak Hampir Kosong, Dehidrasi, Kelaparan
Noa dibawa ke h0spital tetapi disahkan mening.gal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan. Perut mangsa juga hampir kosong.
D0ktor-d0ktor mendapati ruam di bahagian punggungnya kerana lampin yang tidak ditukar terlalu lama. Pendakwa raya mendakwa Kakehashi cuba menyembunyikan fakta kes dengan menyapu ubat pada ruam tersebut selain menukarkan lampin baharu sebelum dia membuat panggilan kecem.asan, lapor Kyodo.
Menurut pendakwa raya, Kakehashi bertindak menyekat Noa di ruang tamu dengan sofa yang menghalang laluan ke pintu dapur sebelum berangkat ke Kagoshima. Bagaimanapun, Kakehashi berkata, ia mahu mengelakkan Noa daripada mencede.rakan diri sendiri dengan pisau atau barangan dapur lain.
Tidak Dihantar Ke Rumah Pengasuh
Noa dilaporkan tidak dihantar ke rumah pengasuh selama lebih setahun sebelum dia mening.gal dunia. Kakehashi tinggal sendirian bersama anak perempuannya selepas bercerai dengan bapa Noa pada 2016.
Tidak terbayang bagaimana keadaan anak kecil 3 tahun kelaparan dan ketakutan bersendirian selama seminggu. Semoga ada penyesalan dan kesedaran yang dirasakan oleh wanita itu atas sikap tidak bertanggungjawabnya.
Sumber : [Kosmo]
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qurâan
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah