Connect with us

Kisah

Seorang Pemuda Dipilih Sebagai Tukang Cuci Bulanan Terbaik Melakukan Kerja Pembersihan Di Sekitar Kawasan Kaabah, Namun Pemuda Tersebut Menolak Tawaran Ganjaran Pekerja Terbaik Sebaliknya Memilih Untuk Solat Di Hijr Ismail

Published

on

jhvuvg

Seorang Pemuda Dipilih Sebagai Tukang Cuci Bulanan Terbaik Melakukan Kerja Pembersihan Di Sekitar Kawasan Kaabah, Namun Pemuda Tersebut Menolak Tawaran Ganjaran Pekerja Terbaik Sebaliknya Memilih Untuk Solat Di Hijr Ismail

Kisah seorang pemuda menjadi tular di laman Twitter apabila dipilih sebagai tukang cuci bulanan terbaik ketika melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan Kaabah. Namun menolak tawaran duniawi sebaliknya Memilih Untuk Solat Dalam Hijr Ismail.

Kaykhusraw berkongsi sekeping gambar pemuda berasal dari Pakistan itu yang diberi peluang untuk bersolat di Hijr-Ismail sebagai ganjaran pekerja terbaik.Dia berasal dari Pakistan. Di Kaabah, beliau telah dipilih sebagai pembersih yang paling rajin pada bulan itu. Mereka mahu memberi ganjaran wang kepadanya tetapi dia enggan.

Sebaliknya, dia berkata dia mahu solat di Hijr-Ismail. Pintu-pintu ditutup, Hijr-Ismail telah ditugaskan kepadanya dan imej ini berlaku.Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian. Laporan berita yang dipetik dari Astro Awani; Solat di Hijir Ismail, hadiah buat tukang cuci Kaabah

ee6

Gambar pekerja Pakistan yang diberi kesempatan bersolat di dalam Hijir Ismail mengundang sebak di kalangan pengguna media sosial.

ee7 1 252x300 1

– Foto Twitter LELAKI dari Pakistan ini merupakan antara individu paling bertuah di dunia. Jika umat Islam lain berebut-rebut ingin memasuki Hijir-Ismail, dia diberi keistimewaan bersolat di dalam kawasan tersebut tanpa gangguan. Menerusi entri dimuat naik ‘Izz al-Din Kaykhusraw di Twitter miliknya, lelaki bertuah itu adalah salah seorang pekerja yang bertanggungjawab membersihkan Kaabah. Apabila dia diundi sebagai pekerja terbaik untuk bulan tersebut, pihak pengurusan Masjidil Haram ingin memberi ganjaran di atas segala kerja kerasnya. Namun, dia menolak. Sebaliknya dia menyampaikan hasrat untuk menunaikan solat di dalam Hijir Ismail.

Keinginan itu menjadi kenyataan apabila mereka membenarkannya beribadah di kawasan berkenaan. Bagi menghormati hasrat tersebut, pengurusan mengarahkan supaya pintu masuk ke Hijir Ismail ditutup sepenuhnya untuk lelaki itu. Gambar pekerja Pakistan yang sedang bersolat di dalam Hijir Ismail itu tular dan mengundang rasa sebak kepada pengguna media sosial.

ee8 300x210 1

Dia berasal dari Pakistan. Di Kaabah, beliau telah dipilih sebagai pembersih yang paling rajin pada bulan itu. Mereka mahu memberi ganjaran wang kepadanya tetapi dia enggan. Sebaliknya, dia berkata dia mahu solat di Hijr-Ismail. Pintu-pintu ditutup, Hijr-Ismail telah ditugaskan kepadanya dan imej ini berlaku GANJARAN SOLAT DI MASJID AL-HARAM Soalan: Adakah terdapat hadith berkaitan ganjaran pahala solat di masjid al-Haram? Jawapan : Alhamdulillah,

segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Masjid al-Haram (المسجد الحرام) merupakan sebuah masjid yang terletak di kota Makkah yang kelihatan antara tempat yang suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjid ini juga di dalamnya terletak rumah Allah iaitu baitullah atau dinamakan Ka’bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila ingin mengerjakan ibadah solat. Selain itu juga, nama masjid al-Haram disebut dalam al-Qur’an di beberapa tempat, antaranya: Firman Allah SWT: إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ Maksudnya:

“Sesungguhnya (amatlah z4lim) orang-orang yang k4fir serta menghalang manusia dari jalan Allah (agama Islam) dan dari memasuki Masjid al-Haram (Makkah) yang Kami jadikan ia sebagai tempat beribadah bagi seluruh umat manusia (yang beriman) sama ada yang menetap di situ atau yang datang berziarah”. [al-Haj:25] Imam Ibn Kathir mengatakan ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT telah menjadikan ia (masjid al-Haram) sebagai tempat ibadah bagi semua manusia dan tidak ada perbezaan antara yang bermukim di tempat tersebut ataupun orang yang tinggal jauh dari tempat tersebut.

[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 409/5] Demikianlah jelaslah pada kita bahawa masjid al-Haram merupakan salah satu masjid yang mulia kerana namanya dinukilkan di dalam al-Qur’an yang mulia. Di samping itu juga, masjid al-Haram terletak di dalam tempat yang mulia iaitu Makkah al-Mukarramah. Matan Hadith Antara matan hadith yang menceritakan akan kelebihan masjid al-Haram adalah: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”.

[Riwayat Muslim (1394)] Imam al-Nawawi berkata ketika mensyarahkan hadith ini pada bab kelebihan solat di masjid Makkah dan Madinah, pengecualian di dalam hadith tersebut telah menjadi perselisihan antara ulama’ dalam menentukan samada Makkah atau Madinah yang lebih mulia. Sebahagian mereka iaitu mazhab Syafie dan jumhur mazhab Syafie mengatakan Makkah dan masjid al-Haram lebih mulia daripada Madinah. Sebahagian lagi iaitu Imam Malik dan kumpulan yang bersama dengannya mengatakan bahawa Madinah dan masjid al-Nabawi lebih mulia daripada Makkah dan masjid al-Haram.

Untuk itu, mazhab al-Syafie serta jumhur memahami pengecualian itu adalah dengan mengatakan bahawa solat di masjid al-Haram lebih afdhal daripada solat di masjid al-Nabawi. Adapun Imam Malik dan kumpulan yang bersama dengannya mengatakan bahawa yang dimaksudkan solat di masjid al-Nabawi kemuliannya lebih berbanding solat di masjid al-Haram kerana ia dibaca tanpa “أ” iaitu tidak membawa maksud lebih mulia.

Selain itu juga, mazhab kami iaitu mazhab Syafie tidak mengkhususkan kelebihan solat di kedua masjid tersebut hanya diperolehi apabila seseorang itu menunaikan solat fardhu sahaja bahkan ia umum dan termasuk juga di dalam kesemua solat-solat sunat. Kesimpulannya, kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith.

[Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9] Persoalan Antara persoalan yang timbul berkaitan masalah ini adalah: Soalan: Benarkah solat di Masjid al-Haram mendapat 100 ribu kali ganda pahala berbanding solat di tempat lain? Jawapan: Hal ini disebut di dalam sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda: صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”.

[Riwayat Ahmad (15271)] [Sanadnya adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika beliau mentakhrijkan hadith ini di dalam musnad Ahmad] Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa ganjaran bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram adalah amat besar berbanding masjid-masjid yang lain. Soalan: Adakah solat di mana-mana masjid di Makkah akan mendapat ganjaran seperti di dalam hadith kerana kesemuanya adalah tanah haram ataupun ganjaran tersebut hanya diperolehi apabila seseorang itu menunaikan solat di masjid al-Haram sahaja? Jawapan: Hal ini menjadi perbahasan dalam kalangan para ulama’ dalam menentukan masalah ini. Namun begitu,

kami cenderung untuk mengatakan bahawa ganjaran yang besar atau gandaan pahala itu diperolehi bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram dan ia juga meliputi tanah haram keseluruhannya. Kami cenderung dengan pendapat ini kerana ia juga merupakan pendapat Atha’ bin Abi Rabah berdasarkan hadith di dalam musnad Abi Daud al-Thoyalisi. Begitu juga, ia juga merupakan pendapat al-Zarkashi dan juga al-Ruyani. Ganjaran ini meliputi keseluruhan tanah haram termasuklah masjid al-Haram. Pendapat ini dipegang oleh mazhab Hanafi mengikut pendapat yang masyhur, mazhab Maliki dan juga mazhab al-Syafie bahawa ganjaran yang besar ini meliputi tanah haram Makkah keseluruhannya. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 239/37] Antara dalil bagi menyokong pendapat ini terdapat di dalam musnad Abi Daud al-Thoyalisi: يَا أَبَا محمد ، هَذَا الفَضْلُ الَّذِي تَذْكُرُ فِي المَسْجِدِ الحَرَامِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ الَحَرمِ؟ قَالَ: لَا بَلْ فِيْ الحَرَمِ فَإِنَّ الحَرَمَ كُلَّهُ مَسْجِد Maksudnya: “Atha’ telah ditanya:

Wahai Abu Muhammad (Atha’ bin Abi Rabah), kelebihan yang kamu sebutkan ini hanya pada masjid al-Haram sahaja ataupun pada tanah haram? Maka beliau menjawab: Tidak, bahkan ia pada tanah haram kerana tanah haram semuanya adalah masjid”. [Lihat: Musnad al-Thoyalisi, no. Hadith 1464, 707/2] Tambahan pula, walaupun masjid al-Haram mengalami perubahan dari sudut saiz dan binaannya tetapi sesiapa yang solat di tempat tersebut akan mendapat ganjaran yang sama seperti orang yang solat di bahagian yang asal masjid.

Soalan: Apakah terdapat larangan bermusafir ke masjid-masjid bagi tujuan ibadah? Jawapan: Terdapat sebuah hadith yang menunjukkan larangan untuk kita menyusahkan diri bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, masjid al-Nabawi dan juga masjid al-Aqsa. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)] Penutup Kesimpulannya, tidak dinafikan lagi bahawa solat di masjid al-haram dan juga masjid al-Nabawi mempunyai kelebihan yang amat besar dan tersendiri.

Dengan itu, kami nyatakan sekali lagi bahawa ganjaran yang dimaksudkan di dalam hadith berikut adalah bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram dan ia juga meliputi tanah haram keseluruhannya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan untuk menunaikan solat di tempat yang mulia seperti ini. Amin.

Sumber: Karteldakwah

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending