INFO
Seorang ibu tidak menyangka anak lelakinya boleh terkena serangan strok kecil akibat terlampau kerap dibiarkan bermain telefon pintar
Seorang ibu tidak menyangka anak lelakinya boleh terkena serangan strok kecil akibat terlampau kerap dibiarkan bermain telefon pintar
Tular di Facebook baru-baru ini, seorang ibu bernama Nur Syafikkah berkongsi saat cemas beliau berhadapan peristiwa anaknya yang diserang strok kecil.
Kanak kanak tersebut secara tiba-tiba telah mengalami muntah-muntah, tidak boleh bercakap, selain tubuh badannya mengherot ke kiri.
Menurut Syafikkah, beliau menyedari keadaan pelik anaknya ketika selesai membawa anaknya membuang air kecil pada kira-kira jam 7 pagi.
Terdahulu, Syafikkah menemui anaknya bernama Wildan itu terbaring di hadapan pintu bilik, lantas mengajak Wildan untuk tidur di biliknya kerana kasihan.
Namun lain pula yang terjadi apabila anaknya itu tiba-tiba menunjukkan reaksi seperti mahu muntah dan keadaan mulutnya seperti menghisap sesuatu.
“Kalau nak muntah, jangan muntah atas katil, jom pi toilet. Dia pun bangun terus pi toilet dengan saya.
“Bila nak duduk ja kat toilet, dia terus jatuh belah kiri, kena kepala sikit. Kali kedua pula dia nak jatuh, terus saya tangkap dia, adik kalau tak nak muntah takpe jom tidur,” kata Syafikkah yang menyedari anaknya itu masih leka bermain telefon pintar pada jam 4 pagi sebelum peristiwa itu terjadi.
Sebaik sahaja keluar dari tandas, Syafikkah bukan sahaja menyedari gaya jalan Wildan tidak normal seperti biasa, malah anaknya itu tidak lagi dapat memberi bercakap apabila dipanggil namanya.
Tidak menunggu lama, Syafikkah segera bergegas membawa anaknya itu ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Syafikah, dirinya hampir terduduk apabila doktor memaklumkan punca anaknya diserang strok kerana gelombang otak anaknya bergerak terlampau aktif.
Semoga peristiwa ini menjadi tauladan kepada ibu bapa yang lain, Syafikkah menjelaskan, peristiwa duka ini terjadi kerana ‘si kecil’ itu terlalu kerap melihat skrin akibat penggunaan gajet yang tidak terkawal.
Mengenang kembali kejadian tersebut, Syafikkah telah menyalahkan dirinya dan mengakui ianya satu tamparan hebat untuk dirinya dan suami.
Sepanjang dirawat, Wildan tidak dibenarkan untuk bermain telefon pintar sama sekali.
Sumber: Malaysiapost
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.